omniture

Boulevard World Menyumbang kepada Visi Saudi 2030 dengan Mercu Tanda Metasight di Timur Tengah

Unilumin Group., Ltd.
2022-12-27 12:23 24

RIYADH, Arab Saudi, 27 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Riyadh Season, langkah yang penting dalam mencapai Visi Saudi 2023, berusaha untuk menarik minat lebih ramai pelancong dan merangsang pertumbuhan pelancongan di Arab Saudi melalui pelbagai pengalaman budaya dan hiburan serta pelbagai kandungan budaya.


Boulevard World dilancarkan secara rasmi pada 21 November sebagai sebahagian daripada Riyadh Season 2022, membawa pengunjung dalam satu perjalanan ke serata dunia dengan mempersembahkan pelbagai budaya dari AS, Perancis, Greece, India, China, Sepanyol, Jepun, Maghribi, Mexico dan Itali.

Boulevard World berkolaborasi dengan Unilumin Group, sebuah syarikat teknologi tinggi Cina untuk menarik pelancong dari seluruh dunia dan mencipta pengalaman hiburan baharu yang belum pernah dialami oleh mereka. Dengan sejumlah besar paparan LED Metasight disokong oleh teknologi integrasi dan kawalan perisian, Boulevard World memaparkan reka bentuk artistik dan kandungan kreatif kepada audiens dan mencipta ruang pengalaman imersif yang dipenuhi dengan sains serta teknologi moden. Justeru itu, Boulevard World telah menjadi satu lagi mercu tanda hiburan yang bertaraf dunia.

Skrin berbentuk sfera besar yang dicipta oleh Unilumin akan menggamit perhatian pelancong serta merta apabila mereka memasuki Boulevard World. Sebagai produk inovatif oleh Unilumin, skrin berbentuk sfera itu telah memecah Rekod Dunia Guinness dan menjadi mercu tanda bandar baharu di Arab Saudi. Ia turut memperlihatkan hubungan yang kukuh di seluruh kampung global yang dianjurkan oleh Boulevard World. Di samping itu, skrin siling LED terbesar di Timur Tengah dan yang pertama di Arab Saudi, berserta berpuluh-puluh skrin besar definisi-ultra-tinggi (UHD) luar, membolehkan Boulevard World mempersembahkan budaya dan sejarah yang pelbagai kepada pengunjung.

Riyadh Season memulakan kerjasama dengan Unilumin sejak tahun 2021. Menggunakan paparan LED Unilumin dan penyelesaian Metasight, Riyadh Season menawarkan perkhidmatan kepada lebih 15 juta pelancong di seluruh dunia dan telah memacu pembangunan pelancongan rantau ini. Profesionalisme Unilumin sepanjang projek itu telah meninggalkan kesan yang mendalam ke atas pelanggan di Timur Tengah.


 

Source: Unilumin Group., Ltd.
Related Stocks:
Shenzhen:300232
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Semiconductors Travel Licensing/marketing agreements New products/services Trade show news