omniture

Huawei Perkenal 10 Trend Utama PV Pintar untuk Masa Depan Lebih Hijau

Huawei
2022-12-27 12:35 295

SHENZHEN, China, 27 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Huawei mengadakan persidangan 10 Trend Utama PV (fotovolta) Pintar, dengan tema "Mempercepatkan Solar sebagai Sumber Tenaga Utama". Di persidangan tersebut, Chen Guoguang, Presiden Perniagaan PV+ESS Pintar Huawei, berkongsi pandangan Huawei tentang 10 trend PV Pintar dari perspektif kolaborasi berbilang senario, transformasi digital dan keselamatan yang dipertingkat.

Memandangkan proposisi tenaga boleh baharu terus meningkat, industri PV mencapai pertumbuhan yang pesat, namun industri ini masih menghadapi banyak cabaran termasuk cara untuk terus mengurangkan kos tenaga teraras (LCOE), cara untuk meningkatkan kecekapan O&M, cara untuk mengekalkan kestabilan grid kuasa memandangkan semakin banyak tenaga baharu disalurkan dan cara untuk memastikan keselamatan sistem hujung-ke-hujung.


"Di tengah-tengah pertumbuhan pesat industri PV, cabaran ini juga membawa peluang," kata Chen Guoguang. Sebagai sebuah perusahaan berpandangan ke hadapan, Huawei berminat untuk berkongsi pandangan dan pemikiran kami bersama rakan kongsi kami serta organisasi dan individu yang berminat dengan pembangunan hijau dan lestari.

Trend 1: Penjana PV+ESS

Memandangkan semakin banyak tenaga boleh baharu disalurkan ke dalam grid kuasa, pelbagai masalah teknikal yang rumit timbul dari segi kestabilan sistem, keseimbangan kuasa dan kualiti kuasa.


Justeru itu, satu mod kawalan baharu diperlukan untuk meningkatkan keupayaan kawalan dan tindak balas kuasa aktif/reaktif dan mengurangkan secara aktif kekerapan dan turun naik voltan. Dengan integrasi antara PV dan ESS serta teknologi Pembentukan Grid, kami dapat membina 'Penjana PV+ESS Pintar' yang menggunakan kawalan sumber voltan dan bukannya kawalan sumber arus, memberi sokongan inersia yang padu, penstabilan voltan sementara dan keupayaan kekal sambung kerosakan (fault ride-through). Ini akan mentransformasikan PV daripada pengikutan grid kepada pembentukan grid, lalu membantu meningkatkan suapan masuk PV.

Satu pencapaian dalam amalan teknologi ini ialah projek Laut Merah di Arab Saudi yang mendapat set lengkap penyelesaian oleh Huawei termasuk pengawal PV pintar, sistem storan tenaga bateri (BESS) litium sebagai salah satu rakan kongsi utama. Projek ini menggunakan 400 MW PV dan 1.3 GWj ESS untuk menyokong grid kuasa yang menggantikan penjana diesel tradisional dan menyediakan kuasa yang bersih dan stabil untuk 1 juta orang, seterusnya membina bandar pertama di dunia yang dikuasakan oleh 100% tenaga boleh baharu.

Trend 2: Ketumpatan dan Keandalan Tinggi

Kuasa dan keandalan tinggi peralatan di loji PV akan menjadi trend. Lihat penyongsang PV sebagai contoh, pada masa kini, voltan DC penyongsang meningkat daripada 1100 V kepada 1500 V. Dengan aplikasi bahan baharu seperti silikon karbida (SiC) dan galium nitrida (GaN) serta integrasi penuh antara teknologi digital, elektronik kuasa dan pengurusan haba, dianggarkan bahawa ketumpatan kuasa penyongsang akan meningkat kira-kira 50% dalam lima tahun akan datang dan keandalan yang tinggi dapat dikekalkan.

Loji PV 2.2 GW di Qinghai, China berada 3100 m di atas paras laut dan mempunyai 9216 Pengawal PV Pintar Huawei (penyongsang) yang beroperasi dengan stabil dalam persekitaran yang mencabar. Jumlah jam ketersediaan penyongsang Huawei melangkaui 20 juta jam dan ketersediaannya mencecah 99.999%.

Trend 3: Elektronik Kuasa peringkat-Modul (MLPE)

Dipacu oleh dasar industri dan kemajuan teknologi, PV teragih menyaksikan pembangunan yang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Kami sedang menghadapi cabaran seperti cara untuk meningkatkan penggunaan sumber bumbung, memastikan hasil tenaga yang tinggi dan cara untuk memastikan keselamatan sistem PV+ESS. Justeru itu, pengurusan yang lebih diperhalusi menjadi satu kemestian.


Dalam sistem PV, elektronik kuasa peringkat-modul (MLPE) merujuk kepada peralatan elektronik kuasa yang dapat melakukan kawalan yang diperhalusi ke atas satu atau lebih modul PV, termasuk penyongsang mikro, pengoptimum kuasa dan pemutus sambungan. MLPE membawa nilai yang unik seperti penjanaan kuasa peringkat-modul, pemantauan dan penutupan yang selamat. Memandangkan sistem PV menjadi semakin selamat dan lebih pintar, kadar penembusan MLPE dalam pasaran PV teragih dijangka mencecah 20% hingga 30% menjelang tahun 2027.

Trend 4: Storan Tenaga Tindanan

Berbanding penyelesaian ESS terpusat tradisional, penyelesaian ESS Tindanan Pintar menerima pakai seni bina teragih dan reka bentuk modular. Ia menggunakan teknologi inovatif dan pengurusan pintar digital bagi mengoptimumkan tenaga pada tahap pek bateri dan mengawal tenaga pada tahap rak. Ini menghasilkan lebih banyak tenaga pelepasan, pelaburan optimum, O&M ringkas serta keselamatan dan keandalan dalam seluruh kitar hayat ESS.


Pada tahun 2022, dalam projek ESS 200 MW/200 MWj di Singapura bagi tujuan pengawalan kekerapan dan simpanan putar, projek BESS yang terbesar di Asia Tenggara, ESS Tindanan Pintar melaksanakan pengurusan caj dan pelepasan diperhalusi bagi mencapai output kuasa yang berterusan dalam tempoh yang lebih lama dan memastikan faedah pengawalan kekerapan. Selain itu, fungsi penentukuran SOC autentik pada tahap pek bateri mengurangkan kos buruh dan meningkatkan dengan ketara kecekapan O&M.

Trend 5: Pengurusan Diperhalusi Tahap-Sel

Sama seperti peralihan sistem PV ke arah MLPE, BESS litium ditetapkan untuk membangun menuju tahap pengurusan yang lebih kecil. Hanya pengurusan yang diperhalusi pada tahap sel bateri yang dapat mengatasi masalah kecekapan dan keselamatan dengan lebih baik. Ketika ini, sistem pengurusan bateri tradisional (BMS) hanya dapat meringkaskan dan menganalisis data yang terhad dan hampir mustahil untuk mengesan kerosakan dan menghasilkan amaran pada peringkat awal. Justeru itu, BMS perlu menjadi lebih peka, pintar, malah lebih prediktif. Ini bergantung pada pengumpulan, pengkomputeran dan pemprosesan sejumlah besar data dan teknologi AI bagi mencari mod operasi optimum dan membuat ramalan.


Trend 6: Integrasi PV+ESS+Grid

Dari segi penjanaan kuasa, kami melihat semakin banyak amalan membina tapak tenaga bersih PV+ESS yang membekalkan kuasa elektrik ke pusat beban melalui talian penghantaran kuasa UHV. Dari segi penggunaan kuasa, loji kuasa maya (VPP) menjadi semakin popular dalam banyak negara. VPP menggabungkan sistem PV teragih besar-besaran, ESS dan beban boleh kawal serta melaksanakan penjadualan yang fleksibel ke unit penjanaan dan unit penyimpanan kuasa bagi mencapai pengurangan puncak, dsb.

Justeru itu, membina sistem tenaga yang stabil yang mengintegrasikan PV+ESS+Grid bagi menyokong bekalan kuasa PV dan suapan-masuk ke grid akan menjadi ukuran penting bagi menjamin sekuriti tenaga. Kami dapat mengintegrasikan teknologi digital, elektronik kuasa dan storan tenaga bagi mencapai pelengkap berbilang tenaga. Loji Kuasa Maya (VPP) dapat mengurus, mengendalikan dan memperdagangkan dengan pintar kuasa sistem PV+ESS teragih besar-besaran melalui pelbagai teknologi termasuk 5G, AI dan teknologi awan yang akan diamalkan dalam lebih banyak negara.

Trend 7: Keselamatan Dinaik Taraf

Keselamatan merupakan asas dalam pembangunan industri PV & ESS. Ini memerlukan kami untuk mempertimbangkan semua senario dan pautan serta mengintegrasikan elektronik kuasa, elektrokimia, pengurusan terma dan teknologi digital sepenuhnya untuk menaik taraf keselamatan sistem. Dalam sebuah loji PV, kerosakan yang disebabkan oleh bahagian DC menyumbang lebih daripada 70% daripada semua kerosakan. Justeru itu, penyongsang perlu menyokong pemutusan sambungan tindanan pintar dan pengesanan penyambung automatik. Dalam senario PV teragih, fungsi FCI (Pemutus Litar Kerosakan Arka) akan menjadi konfigurasi standard dan fungsi penutupan pantas peringkat-modul akan memastikan keselamatan kakitangan penyelenggaraan dan bomba. Dalam senario ESS, pelbagai teknologi seperti elektronik kuasa, awan dan AI perlu digunakan untuk melaksanakan pengurusan ESS yang diperhalusi daripada sel bateri ke seluruh sistem. Mod perlindungan tradisional berdasarkan respons pasif dan pengasingan fizikal ditukar kepada perlindungan aktif yang automatik, melaksanakan reka bentuk keselamatan berbilang dimensi bermula daripada perkakasan hingga perisian dan daripada struktur kepada algoritma.


Trend 8: Sekuriti dan Kebolehpercayaan

Selain daripada membawa manfaat, sistem PV juga mempunyai pelbagai risiko, termasuk keselamatan peralatan dan sekuriti maklumat. Risiko-risiko keselamatan peralatan sebahagian besarnya merujuk kepada penutupan yang disebabkan oleh kerosakan. Risiko-risiko sekuriti maklumat merujuk kepada serangan rangkaian luar. Bagi mengatasi cabaran dan ancaman ini, perusahaan dan organisasi perlu mewujudkan set mekanisme pengurusan "sekuriti dan kebolehpercayaan" yang lengkap termasuk keandalan, ketersediaan, sekuriti dan kebingkasan sistem dan juga peranti. Kami juga perlu melaksanakan perlindungan demi keselamatan peribadi dan alam sekitar serta privasi data.

Trend 9: Pendigitalan

Loji PV konvensional mempunyai sejumlah besar peralatan dan kekurangan saluran pengumpulan dan pelaporan maklumat. Kebanyakan peralatan tidak boleh 'berkomunikasi' dengan satu sama lain yang menjadi amat sukar untuk melaksanakan pengurusan yang diperhalusi.


Dengan pengenalan kepada teknologi digital yang canggih seperti 5G, Internet Pelbagai Benda (IoT), pengkomputeran awan, teknologi penderiaan dan data raya, loji PV boleh menghantar dan menerima maklumat, menggunakan "bit" (aliran maklumat) untuk mengurus "watt" (aliran tenaga). Seluruh pautan penjanaan-penghantaran-penyimpanan-pengedaran-penggunaan boleh dilihat, boleh diurus dan boleh dikawal.

Trend 10: Aplikasi AI

Ketika industri tenaga melangkah ke arah era data, cara untuk mengumpul, menggunakan dan memaksimumkan nilai data dengan lebih baik telah menjadi salah satu kebimbangan utama dalam seluruh industri ini.


Teknologi AI dapat diaplikasikan secara meluas untuk bidang tenaga boleh baharu dan memainkan peranan yang amat diperlukan dalam seluruh kitar hayat PV+ESS, termasuk pembuatan, pembinaan, O&M, pengoptimuman dan operasi. Penumpuan antara AI dan teknologi seperti pengkomputeran awan dan data raya menjadi semakin mendalam dan rantaian alat yang memfokuskan kepada pemprosesan data, latihan model, pelaksanaan dan operasi serta pemantauan keselamatan akan diperkayakan. Dalam bidang tenaga boleh baharu, AI, seperti barangan elektronik kuasa dan teknologi digital akan memacu transformasi industri yang mendalam.

Akhir sekali, Chen Guoguang menyatakan bahawa aplikasi tertumpu antara 5G, awan dan AI membentuk dunia di mana semua benda dapat mengesan, semua benda terhubung dan semua benda pintar. Ia muncul lebih pantas daripada yang kita sangkakan. Huawei mengenal pasti 10 trend utama dalam industri PV dan menggambarkan dunia yang hijau dan pintar dalam masa terdekat. Kami berharap agar orang ramai daripada semua lapisan masyarakat dapat berganding bahu untuk mencapai matlamat keneutralan karbon dan membina masa depan yang lebih hijau dan lebih baik.


 

Source: Huawei
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Environmental Products & Services Internet Technology Oil/Energy Telecommunications Utilities Survey, Polls & Research