omniture

Xinhua Silk Road: Festival Seni Arab Kelima diadakan di Jingdezhen, Timur China menonjolkan pertukaran budaya antara China dan negara-negara Arab

Xinhua Silk Road
2022-12-28 08:16 68

BEIJING, 28 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Festival Seni Arab yang kelima dibuka pada 19 Disember di Jingdezhen, Wilayah Jiangxi, timur China, menyaksikan pertukaran budaya yang mendalam antara China dan negara-negara Arab.

 

Festival Seni Arab merupakan aktiviti kebudayaan yang penting di bawah kerangka Forum Kerjasama China-Negara-negara-Arab. Sejak tahun 2006, ia telahpun diadakan setiap empat tahun di China.

Acara tahun ini, dianjurkan secara bersama oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China, Kementerian Luar Negeri, Kerajaan Rakyat Wilayah Jiangxi dan sekretariat Liga Arab termasuk beberapa aktiviti seperti forum perindustrian kebudayaan, persembahan, pameran yang menampilkan karya oleh artis-artis Arab dan Cina serta pameran reka bentuk kreatif seramik.

Sebanyak 233 unit karya yang menonjol dalam pertandingan reka bentuk kreatif seramik (hak cipta) dengan menceritakan sejarah dan budaya China serta negara-negara Arab, menunjukkan pencapaian jalinan persahabatan China-Arab.

Pameran-pameran yang diadakan di Jingdezhen, turut dikenali sebagai "ibu kota porselin" China, turut menyumbang kepada pertukaran China-Arab.

Pameran porselin Cina purba untuk dieksport yang diadakan di Muzium Seramik China Jingdezhen mempersembahkan kira-kira 500 barang pameran untuk memberi gambaran sekilas kepada pengunjung terhadap perdagangan porselin antarabangsa China purba dan mendedahkan kisah-kisah pertukaran budaya sepanjang laluan Jalan Sutera purba.

Begitu juga dengan Muzium Kiln Imperial Jingdezhen mempamerkan 94 set barang pameran yang kebanyakannya berkaitan dengan budaya Arab. Sebagai contoh, sekumpulan unit porselin berwarna biru dan putih dengan corak yang ditulis dalam bahasa Arab dan bahasa Parsi merupakan saksi terbaik bagi pertukaran antara tamadun Arab dan tamadun China.

Sejak tahun 2009, lebih daripada 170 artis dari 22 negara Arab telah berkunjung ke China untuk mencari inspirasi. Sebahagian daripada mereka telah mengubah apa yang dialami oleh mereka di China menjadi karya artistik, seperti yang ditunjukkan oleh 80 lukisan, 20 arca dan 20 karya seramik yang dikumpul dalam sebuah galeri seni Jingdezhen Taoxichuan.

Tatkala China dan negara-negara Arab berusaha untuk mengukuhkan jalinan kerjasama dan menggalakkan perkongsian yang strategik, lebih banyak hasil daripada kerjasama China-negara-negara Arab dijangka akan diperoleh dalam beberapa tahun akan datang.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/331895.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Art Entertainment Publishing/Information Service Travel Trade show news