SEOUL, Korea Selatan, 28 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Hackathon Dalam Talian Global – APPETIZER HACKATHON 2022 dihoskan oleh Kementerian PKS dan Syarikat Pemula serta Yayasan Kerjasama Perniagaan Besar & Kecil, Hal Ehwal Luar Bandar Korea dan dianjurkan oleh NAVER Cloud dan Korea Software Industry Association telah melabuhkan tirai kira-kira selepas enam minggu menerusi majlis penganugerahan akhir yang telahpun diadakan pada 30 November.
Tahun ini merupakan tahun kedua APPETIZER HACKATHON 2022 dan ia membawakan kira-kira 30 pasukan peserta yang terdiri daripada pembangun tempatan, syarikat pemula dan mahasiswa universiti di Asia Tenggara dengan setiap pasukan peserta memanfaatkan API cemerlang yang disediakan oleh sepuluh syarikat API di Korea Selatan untuk membangunkan pelbagai model perniagaan.
Senarai kedudukan terakhir untuk 8 pasukan teratas ditentukan daripada pembentangan akhir yang diadili oleh panel hakim yang terdiri daripada pakar-pakar API. Pasukan Bruschetta yang terdiri daripada mahasiswa universiti dari Indonesia telah memenangi acara hackathon global tahun ini dan membawa pulang hadiah utama bernilai USD 5,000.
Pasukan Bruschetta, pemenang bagi acara tahun ini, menggunakan pengurusan langganan dan API penyelesaian daripada STEPPAY sebagai API utama mereka dan menggunakan Langcode CXP, AI perbualan yang menyediakan soalan dan respons diperibadikan serta API sekunder mereka untuk membangunkan perkhidmatan yang dinamakan 'SMEEMS'. SMEEMS ialah perkhidmatan yang membolehkan pengurusan langganan individu berhubung jumlah pengebilan dengan hanya satu klik untuk pelanggan. Ia dijangka membawa kemudahan kepada pelanggan dengan fungsi bot sembangnya dan penyelesaian satu klik sekali gus menyampaikan peningkatan jualan dan kesedaran jenama yang lebih baik untuk perusahaan kecil dan sederhana.
Pasukan COOKIE, pemenang tempat kedua bagi acara tahun ini, menggunakan USIGN API, penyelesaian tandatangan digital standard antarabangsa daripada Korea Corporation Security (KCS), untuk membangunkan aplikasi mesra alam 'SWIPE', yang melaluinya Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan pengguna boleh melaporkan isu-isu alam sekitar tanpa dokumentasi berasingan dan mendapat banyak ulasan yang positif. Bagi Pasukan CODER, satu lagi pemenang tempat kedua, menggunakan Pcanpi API daripada Data B, perkhidmatan semakan bahasa Inggeris automatik untuk membangunkan 'KIDSLINGO', mainan untuk kanak-kanak yang menyediakan perkhidmatan semakan tatabahasa bahasa Inggeris, telah mendapat perhatian khalayak.
Selain itu, Pasukan D2HD, pemenang tempat ketiga bersama bagi acara tahun ini, menggunakan API pengikis (scraping) Twitter waktu sebenar Hash Scraper untuk membangunkan 'Getgoing', perkhidmatan enjin gelintar untuk syarikat-syarikat usaha niaga kecil dan sederhana serta pembantu digital berkuasa Pasukan SanSan Tech, 'EVE' dibangunkan menggunakan API Pengikis Pasaran Global (Global Market Scraping API) daripada Lamy Solution dan Langcode CXP, AI perbualan yang menyediakan soalan dan respons diperibadikan, turut menggamit perhatian daripada khalayak. 'VegVault', perkhidmatan tempahan makanan yang membantu pekerja korporat menerusi pengurusan pengambilan makanan yang sihat di samping turut menangani perubahan iklim dengan berkesan, dibangunkan menggunakan EcoLoop API daripada Hana Loop serta pengurusan langganan dan API penyelesaian daripada STEPPAY, juga berjaya menggamit perhatian.
Pasukan tempat pertama di hackathon diberikan hadiah bernilai USD 5,000, dua pasukan tempat kedua masing-masing diberikan hadiah bernilai USD 3,000 dan lima pasukan tempat ketiga masing-masing diberikan hadiah bernilai USD 1,000. Kesemua pasukan yang mengambil bahagian sepanjang jadual program hackathon turut diberikan USD 500 sebagai hadiah penyertaan.
APPETIZER HACKATHON 2022 tahun ini diadakan untuk mempromosikan dan menjamin pengguna global berpotensi bagi API Marketplace. Ia berperanan sebagai sebuah acara untuk memaparkan API Korea Selatan yang hebat kepada pasaran global. Anda boleh mengalami API Korea Selatan yang hebat ini di 'https://www.appetizer.kr'.