omniture

Huawei Datacom Dinamakan Peneraju dalam Gartner® Magic Quadrant™ 2022 untuk Infrastruktur LAN Berwayar dan Tanpa Wayar Perusahaan

Huawei
2022-12-28 21:29 67

SHENZHEN, China, 28 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Huawei mengumumkan bahawa ia telah dinamakan sebagai Peneraju dalam Gartner® Magic Quadrant™ 2022 untuk Infrastruktur LAN Berwayar dan Tanpa Wayar Perusahaan, satu-satunya vendor bukan Amerika Utara yang mendapat kedudukan dalam Leaders Quadrant. Huawei menganggapnya sebagai satu pencapaian penting dan percaya ia merupakan satu lagi bukti pengiktirafan global terhadap barisan penuh tawaran rangkaian Huawei. Rangkaian penyelesaian Huawei yang luas termasuk Penyelesaian CloudCampus 3.0, suis siri CloudEngine, Titik Akses (AP) Wi-Fi AirEngine dan platform pengurusan rangkaian automatik dan pintar NCE iMaster.

Huawei Datacom dinamakan Peneraju dalam Gartner® Magic Quadrant™ 2022 untuk Infrastruktur LAN Berwayar dan Tanpa Wayar Perusahaan
Huawei Datacom dinamakan Peneraju dalam Gartner® Magic Quadrant™ 2022 untuk Infrastruktur LAN Berwayar dan Tanpa Wayar Perusahaan

Sebagai pembekal yang cemerlang dalam pasaran infrastruktur LAN berwayar dan tanpa wayar perusahaan global, Huawei memiliki banyak kekuatan, termasuk portfolio produk yang komprehensif, platform pengurusan rangkaian didayakan Kecerdasan Buatan (AI)-dan Pembelajaran Mesin (ML), sokongan yang mengutamakan tanpa wayar dan "Keupayaan Melaksanakan" dan "Penyempurnaan Visi" yang utama dalam industri.

Huawei memiliki set tawaran infrastruktur LAN berwayar dan tanpa wayar perusahaan yang holistik. Produk dan penyelesaian yang dibawakan termasuk Penyelesaian CloudCampus hujung-ke-hujung merentas LAN, WLAN dan WAN, suis siri CloudEngine beraneka ciri, AP Wi-Fi AirEngine pemenang anugerah dan platform pengurusan rangkaian automatik dan pintar NCE iMaster terbukti di lapangan. Setakat ini, produk dan penyelesaian ini telah menawarkan perkhidmatan kepada berjuta-juta pelanggan di seluruh dunia merentas industri, serta mendapat pujian tinggi dalam proses itu.

Huawei tetap komited terhadap pasaran perusahaan global dan sentiasa berinovasi untuk menetapkan penanda aras untuk rangkaian perusahaan dari segi seni bina rangkaian dipermudah, reka bentuk perkakasan yang terbaik dalam kelas, penyampaian perisian yang tangkas dan model perniagaan yang fleksibel.

Lebih spesifik, Huawei mempermudah seni bina rangkaian kampus daripada tiga lapisan menjadi dua menerusi penyelesaiannya yang terdiri daripada suis pusat dan Unit Jarak Jauh (RU). Dengan mengutamakan inovasi perkakasan, Huawei memperkenalkan antena pintar Wi-Fi 6 generasi ketiga yang inovatif dan rangkaian suis CloudEngine serba baharu serta AP AirEngine. Berhubung inovasi perisian, Huawei menonjol dengan platform pengurusan rangkaian automatik dan pintar NCE iMaster berkuasa yang menyokong rangkaian pemanduan berautonomi L3 yang pertama dalam industri untuk kampus. Apabila melibatkan model perniagaan yang inovatif, Huawei membezakannya daripada vendor-vendor lain dengan melancarkan model platform pengurusan awan boleh sewa dan boleh dijual serta pilihan pelaksanaan yang fleksibel termasuk atas-premis, awan awam Huawei dan awan milik-MSP.

Sehingga kini, tawaran rangkaian kampus Huawei telahpun digunakan secara meluas oleh pelanggan di lebih 170 negara dan wilayah dalam sektor-sektor seperti perkhidmatan awam, pendidikan, penjagaan kesihatan, pembuatan, kewangan dan tenaga, bagi membantu mereka membina asas digital yang kukuh untuk perjalanan transformasi digital mereka.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Penyelesaian CloudCampus Huawei, sila kunjungi: https://e.huawei.com/en/solutions/business-needs/enterprise-network/campus-network

Penafian Gartner

Gartner tidak mengendors mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak mencadangkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor dengan penilaian tertinggi atau designasi lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh dianggap sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan, sama ada tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk apa-apa jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu. Gartner dan Magic Quadrant ialah tanda dagangan dan tanda perkhidmatan berdaftar bagi Gartner Inc. dan/atau sekutunya di A.S. dan di peringkat antarabangsa serta digunakan dalam siaran ini dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara.

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Awards