omniture

CGTN: Kevitalan dalam menghadapi COVID-19: China bersiap sedia untuk bekalan perubatan

CGTN
2022-12-28 21:32 42

BEIJING, 28 Disember 2022 /PRNewswire/ -- China telah berusaha untuk menjamin bekalan perubatan yang diperlukan bagi tujuan pencegahan dan kawalan COVID-19 setelah ia melonggarkan langkah-langkah epidemiknya pada awal Disember, yang disusuli oleh peningkatan jangkitan dan permintaan yang melonjak terhadap ubat-ubatan.

Pentadbiran Produk Perubatan Kebangsaan negara ini menggesa pihak-pihak berkuasa kawal selia perubatan pada semua peringkat untuk menerima pakai pelbagai langkah yang dipertingkat seperti menghantar kakitangan ke kilang-kilang bagi tujuan pemeriksaan dan mengukuhkan pemeriksaan pensampelan kualiti, untuk melindungi bekalan perubatan yang diperlukan seperti ubat-ubatan terapeutik, reagen ujian, vaksin, pelitup muka perubatan dan pakaian pelindung.

Perusahaan farmaseutikal juga telah berusaha untuk menjamin bekalan.

Wilayah Shandong, Timur China merupakan tapak pengeluaran terbesar bagi bahan-bahan mentah untuk ubat-ubatan analgesik antipiretik di negara ini. Banyak syarikat di wilayah ini memberi tumpuan pada pasaran eksport, namun menyelaraskan saluran pengedaran mereka dan meningkatkan kapasiti pengeluaran dengan pantas bagi menjamin bekalan domestik.

Jabatan-jabatan kerajaan tempatan juga telah membantu syarikat-syarikat untuk mengakses bahan-bahan mentah dan pengangkutan bagi menjamin kestabilan rantaian bekalan perindustrian untuk produk-produk penting. Bahan mentah dan persiapan telah dihasilkan pada kapasiti penuh, seperti yang dinyatakan oleh Zhang Haibo, pengarah di Jabatan Industri dan Teknologi Maklumat di Wilayah Shandong kepada China Media Group.

Zhang berkata mereka juga akan berkoordinasi antara perusahaan pengeluaran, institusi perubatan dan peredaran komersial antara lain serta mengatur penghantaran ubat-ubatan bagi meningkatkan kebolehcapaian kepada ubat-ubatan untuk orang ramai.

Syarikat-syarikat farmseutikal di seluruh negara ini juga telah menerima pakai langkah-langkah seperti transformasi teknologi dan barisan pengeluaran baharu untuk memperluaskan kapasiti pengeluaran dan memenuhi permintaan pasaran.

Tan Guanghua, pengurus besar di Jabatan Perniagaan Farmaseutikal Guangzhou Xiangxue Pharmaceutical Co., LTD. di Wilayah Guangdong, selatan China, berkata bahawa mereka telah membuka dua barisan pengeluaran baharu untuk mengeluarkan ubat-ubatan paten Cina dan meningkatkan kapasiti pengeluaran harian kira-kira sebanyak 50 peratus.

Bagi reagen pengesan antigen, Zhou Jian, timbalan ketua jabatan industri produk pengguna di Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat, berkata di satu sidang akhbar pada 14 Disember bahawa kesemua 42 pengilang telah dimasukkan ke dalam senarai putih kerajaan dan dikehendaki untuk mendapatkan dan menyimpan bahan-bahan yang penting demi menjamin bekalan reagen yang mencukupi.

Zhou berkata vaksin negara ini juga dapat memenuhi keperluan pencegahan dan kawalan epidemik semasa, memandangkan China telah membina barisan pengeluaran vaksin COVID-19 yang terbesar di dunia, dengan kapasiti tahunan mencecah lebih daripada 7 bilion dos dan output sebanyak lebih 5.5 bilion dos.

Sebagai respons kepada permintaan yang semakin meningkat terhadap pelitup muka N95, negara ini meningkatkan pengeluarannya, menurut Zhou.

Perkhidmatan perubatan disediakan oleh hospital dan klinik

Pelbagai klinik demam sementara telah diwujudkan di peringkat akar umbi di bandar-bandar di wilayah Jiangsu dan Zhejiang, timur China, Wilayah Henan tengah dan Wilayah Guangdong selatan bagi menyediakan rawatan yang tepat pada masanya kepada individu bergejala COVID-19.

Doktor-doktor di klinik sementara akan mendiagnosis pesakit dan memberi preskripsi ubat, lalu menjadikannya mudah untuk penduduk tempatan yang mengalami keperluan perkhidmatan perubatan yang segera.

Di Wilayah Guizhou, barat daya China, beberapa klinik komuniti telah membuka perkhidmatan perundingan dalam talian yang menyokong perkhidmatan preskripsi dan penghantaran ubat. Beberapa institusi perubatan telah menyediakan saluran rawatan khas untuk kumpulan rentan yang terdiri daripada individu seperti warga tua, wanita hamil dan bayi.

Shanghai memperluaskan kapasiti klinik demam di pusat perkhidmatan kesihatan komuniti, pusat cawangan dan klinik desa untuk menerima bilangan pesakit yang semakin bertambah.

China memiliki sistem tiga-peringkat untuk menggredkan hospital, menerusi hospital primer, sekunder dan tertier. Hospital primer dan sekunder biasanya menerima pesakit daripada komuniti dan daerah tertentu. Di Shanghai, setakat ini, kedua-dua peringkat hospital ini memberi respons kepada 60 peratus daripada seluruh keperluan rawatan.

Hospital-hospital tertier mempunyai bilangan katil yang paling banyak dan menyediakan perkhidmatan perubatan yang komprehensif serta berada dalam senarai teratas. Banyak hospital tertier di Shanghai telah memperluaskan kapasiti ICU mereka dan menambah inventori ubat-ubatan mereka. 

Perbandaran Beijing menggesa hospital tertiernya untuk memainkan peranan dalam rawatan perubatan, memanfaatkan sepenuhnya pasukan-pasukan pakar dan menyediakan rawatan khusus untuk pesakit yang sakit kritikal yang dijangkiti oleh novel coronavirus mengikut kes mereka dan berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan kadar penyembuhan dan mengurangkan kadar kematian, menurut seorang jurucakap di sidang akhbar yang diadakan di Beijing pada Sabtu lalu.

https://news.cgtn.com/news/2022-12-25/Vitality-under-COVID-19-China-gears-up-for-medical-supplies-1g2XIXZjmGA/index.html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service