omniture

GAC MOTOR di Doha dan Santiago Di Tengah-tengah Keterujaan Piala Dunia

GAC MOTOR
2022-12-28 21:40 103

GUANGZHOU, China, 28 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Semasa berlangsungnya Piala Dunia 2022, GAC MOTOR melancarkan satu siri promosi berkaitan Piala Dunia di Doha, Qatar yang bertujuan untuk menghubungkan khalayak yang bersemangat dengan dunia yang ghairah antara bola sepak dan pembuatan kereta.

 

Di daerah perniagaan Doha yang meriah, paparan logo dan model GAC MOTOR dapat dilihat pada badan Aspire Tower, bangunan tertinggi Qatar. Turut dikenali sebagai The Torch Doha (Obor Doha), bangunan setinggi 318-meter ini menyalakan api untuk Sukan Asia 2006.

Di pelosok lain di dunia ini, GAC MOTOR menghiburkan penyokong tempatan dengan pesta menonton Piala Dunia di Santiago, Chile. Kira-kira empat puluh pemilik kereta GAC MOTOR, rakan kongsi dan individu berpengaruh yang terkenal berhimpun untuk menonton perlawanan yang mengujakan antara Portugal dan Maghribi bagi menyambut ulang tahun kedua jenama ini di Chile.

Perjalanan Sepanjang Hayat 

GAC MOTOR menghiburkan sekumpulan besar penyokong setia jenama ini – termasuk rakan kongsi dan jurujual terbaik – dengan acara yang mengujakan pada hujung minggu semasa berlangsungnya Piala Dunia.

Mengenakan kemeja-t "GO AND CHANGE!" khusus GAC MOTOR, rombongan tersebut seronok menonton perlawanan bola sepak yang mengujakan di Education City Stadium bersama-sama berjuta-juta orang lagi yang menonton di serata dunia.

Perjalanan selama 3 hari ini sangat penting khususnya untuk Abdulaziz Ganadili. Ganadili ialah jurujual terbaik jenama ini di Arab Saudi dan juara serantau bagi pertandingan kemahiran jualan eponimnya. "Saya berterima kasih kepada GAC MOTOR kerana menyediakan kepada saya dengan platform yang melaluinya saya berupaya bukan sahaja untuk meningkatkan kemahiran profesional saya, tetapi juga memulakan perjalanan hidup yang tidak dapat dilupakan ini," kata beliau.

Mengembara dengan Gaya: Barisan Kenderaan GAC MOTOR

Para tetamu dapat menikmati kesemua pengangkutan yang dilaksanakan oleh All New GS8 yang besar dan mewah serta kenderaan kegemaran pembeli GS4, GA6 dan model-model jenama lain.

Kenderaan GAC MOTOR didatangkan lengkap dengan reka bentuk yang amat mesra pengguna, skrin sentuh besar, teknologi AC dan penapisan udara yang berkuasa serta ekosistem dalam-kereta pintar yang memastikan keselesaan tunggangan yang maksimum.

All New GS8 dibina sebahagian besarnya untuk persekitaran Doha yang panas, kering dan berpasir dengan bumbung matahari panoramiknya yang luas meliputi bahagian dalaman dengan cahaya semula jadi tanpa menjejaskan suhu dan kualiti udara.

Keghairahanlah yang memacu inovasi, baik dalam bidang sukan mahupun teknologi kenderaan. Memandangkan GAC sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik, atlet turut melakukan yang sama. GAC MOTOR akan meneruskan misinya untuk membawa pengalaman mobiliti berpandukan teknologi ke pentas yang lebih besar melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang konsisten dan semangat ketukangan.

Source: GAC MOTOR
Keywords: Computer/Electronics