omniture

Sangfor diiktiraf sebagai Vendor dalam Panduan Pasaran Gartner untuk Pengesanan dan Respons Rangkaian

Sangfor Technologies
2022-12-29 11:05 51

HONG KONG, 29 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Sangfor Technologies (300454.SZ), vendor global yang terkemuka bagi penyelesaian keselamatan siber dan pengkomputeran awan, dengan bangganya mengumumkan bahawa ia telah diiktiraf sebagai Vendor dalam Panduan Pasaran Gartner® untuk Pengesanan dan Respons Rangkaian (NDR) [1] yang terkini.

Panduan Pasaran untuk NDR yang terkini ini menyediakan definisi dan penerangan pasaran NDR yang dikemas kini. Menurut Gartner, "Organisasi-organisasi bergantung pada NDR untuk mengesan dan membendung aktiviti pasca-pelanggaran seperti perisian tebusan, ancaman dalaman atau pergerakan lateral. NDR melengkapkan teknologi-teknologi lain yang mencetuskan amaran terutamanya berdasarkan kepada peraturan dan tandatangan, dengan membina model heuristik tingkah laku rangkaian normal dan mengesan anomali." Panduan Pasaran ini juga menyediakan cadangan, hala tuju dan analisis pasaran serta senarai sembilan belas Vendor yang mewakili dari seluruh dunia untuk membantu organisasi-organisasi yang ingin melabur dalam NDR mengemudi pasaran.

"Kami amat berbesar hati diiktiraf sebagai Vendor untuk penyelesaian NDR kami – Cyber Command," kata Kaden Zhang, Presiden Sangfor International Market. "Sangfor terus berusaha untuk menyediakan produk dan perkhidmatan keselamatan siber yang terkemuka di dunia kepada pelanggan kami. Kami percaya pengiktirafan daripada Gartner ini merupakan bukti keupayaan luar biasa produk NDR kami untuk melindungi organisasi-organisasi daripada ancaman siber yang paling sofistikated pada hari ini."

Sumber

[1]Gartner Inc., Market Guide for Network Detection and Response, Cybersecurity Research Team, 14 Disember 2022

Penafian Gartner

GARTNER ialah tanda dagangan dan tanda perkhidmatan berdaftar bagi Gartner Inc. dan/atau sekutunya di A.S. dan di peringkat antarabangsa serta digunakan dalam siaran ini dengan kebenaran. Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak mencadangkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor dengan penilaian tertinggi atau kelebihan lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh dianggap sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan, sama ada tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk apa-apa jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Latar Belakang Sangfor Technologies

Sangfor ialah vendor global berpangkalan di APAC yang terkemuka, mengkhusus dalam Keselamatan Siber, Pengkomputeran Awan dan Infrastruktur IT. Ditubuhkan pada tahun 2000 dan disenaraikan secara terbuka sejak tahun 2018 (KOD SAHAM: 300454.SZ), Sangfor melantik seramai 9,500 orang pekerja, menguruskan 60 pejabat dan menawarkan perkhidmatan kepada lebih 100,000 pelanggan seluruh dunia, kebanyakannya merupakan syarikat Fortune Global 500, institusi kerajaan, universiti dan sekolah. Kunjungi www.sangfor.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian Sangfor dan membolehkan Sangfor menjadikan Transformasi Digital Anda Lebih Mudah dan Terjamin.

 

Source: Sangfor Technologies
Related Stocks:
Shenzhen:300454
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Awards