omniture

CGTN: Kevitalan di bawah COVID-19: Pelabuhan pintar China membantu peningkatan daya pemprosesan

CGTN
2022-12-30 09:43 85

BEIJING, 30 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Pelabuhan Qingdao China, subsidiari Shandong Port Group dan pelabuhan perdagangan asing kedua terbesar di Wilayah Shandong, timur China, menyaksikan peningkatan dalam putaran tambatan bagi kapal-kapal kontena yang amat besar, menurut China Media Group.

Pelabuhan berkenaan telah mengendalikan kapal-kapal kontena yang amat besar lebih daripada 300 kali. Kapal-kapal kontena yang amat besar biasanya berukuran 400 meter panjang dan mempunyai kapasiti lebih 20,000 unit bersamaan dua puluh kaki (TEU).

Pelabuhan berkenaan turut mengendalikan kapal-kapal kontena 200-meter-panjang lebih daripada 3,900 kali, satu peningkatan 7-peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut CMG.

Mengendalikan pengangkutan sebanyak itu di bawah impak COVID-19 adalah mencabar, khususnya dengan pengurangan tenaga kerja. Walau bagaimanapun, kadar pemunggahan di Pelabuhan Qingdao meningkat sebanyak 16 peratus dari Januari hingga November, hasil daripada sistem pintar penetap rekod pelabuhan tersebut.

Pandemik COVID-19 telah memberi impak yang besar ke atas pelabuhan global dan industri pengangkutan air. Namun begitu, Pelabuhan-pelabuhan utama China telah menyaksikan peningkatan dalam daya pemprosesan dan melakar kemajuan yang penting dalam pembinaan digital dan pintar, yang memainkan peranan yang utama dalam pembangunan pintar pelabuhan-pelabuhan di seluruh dunia.

Pelabuhan Qingdao merupakan pelabuhan pertama di dunia yang memiliki sistem pengangkutan landasan-udara yang berupaya mengendalikan 1.5 juta TEU setiap tahun. Sistem tersebut mencatat rekod dunia yang baharu dalam bulan Jun kerana mengurus sebanyak 67.76 TEU dalam tempoh sejam, dengan purata 60.18 TEU sejam, satu lonjakan 14.2-peratus daripada rekod sebelumnya.

Kini, China menerajui dunia dari segi bilangan terminal automatik, baik yang telah dibina mahupun yang sedang dibina, menurut Kementerian Pengangkutan. Kesemua pelabuhan utama di Shanghai dan Tianjin dilengkapi dengan kren atau landasan jambatan automatik.

Digandingkan dengan pelaburan yang berterusan dalam pelabuhan domestik serta sejumlah besar perusahaan berteknologi tinggi, konsep dan amalan pembinaan pelabuhan pintar bersifat inovatif, Mi Weijian, seorang profesor di Shanghai Maritime University, memberitahu Xinhua.

Untuk pelabuhan korporat yang besar seperti Shandong Port Science and Technology Group, kerjasama dalaman menjadi kunci untuk menaik taraf kemudahan sedia ada menjadi terminal kontena kawasan dermaga automatik sepenuhnya yang membantu mengurangkan kos keseluruhan sebanyak 70 peratus berbanding dengan terminal yang baru dibina, menurut Xinhua.

"Ketika ini, kami mempunyai terminal tradisional, terminal separa-automatik dan terminal automatik sepenuhnya," kata Wang Yusheng, timbalan pengurus besar kumpulan. "Pemuatan dan pemunggahan oleh sesebuah kapal boleh dilakukan di tiga jenis terminal yang berbeza, yang memaksimumkan integrasi sumber-sumber terminal."

Pautan: https://news.cgtn.com/news/2022-12-28/Vitality-under-COVID-19-China-s-smart-ports-aid-increased-throughput-1g7OLnTDJtK/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control Maritime/Shipbuilding Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Transportation