omniture

Vietnam akan mengubah industri pertandingan ratu cantik dunia dengan Miss Global 2023, disokong oleh PBB

Le Nom Vietnam
2022-12-30 10:58 117

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 30 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Vietnam telah melakukan perubahan yang besar terhadap senarai kedudukan kecantikan global melalui pencapaian yang luar biasa dalam pertandingan ratu cantik antarabangsa baru-baru ini. Merebut peluang tersebut, Vietnam mengumumkan untuk menganjurkan Miss Global - salah satu pertandingan ratu canik yang paling berprestij di dunia dalam tahun 2023 untuk wanita dan ibu tunggal berumur 18-35 tahun. Tahun ini, pertandingan ini menerima komitmen untuk diiringi dan disokong oleh organisasi-organisasi antarabangsa daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, termasuk UNESCO dan Hak Asasi Manusia.

Tahun 2023 akan menjadi tahun bagi ulang tahun ke-10 Miss Global, menarik minat 100 peserta dari negara-negara yang berbeza. Setiap peserta memiliki kekuatannya sendiri dan membuat persiapan yang teliti untuk Miss Global 2023.

Miss Global 2022 – Shane Tormes dari Filipina
Miss Global 2022 – Shane Tormes dari Filipina

Sistem sokongan yang kukuh

En. Keita S. Cheick - Duta Pertubuhan Hak Asasi Manusia daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu - percaya bahawa Miss Global 2023 di Vietnam dapat menyampaikan maksud yang mendalam apabila menumpukan perhatian kepada pemerkasaan wanita, kesejahteraan dan Vietnam secara keseluruhan. Negara itu sendiri bersifat unik dan penting dari segi budaya menerusi sejarah yang panjang dan lokasi geografi yang strategik, landskap yang mempesonakan, berserta pertumbuhan ekonomi yang pesat biarpun dengan cabaran pandemik Covid-19 yang belum pernah terjadi sebelum ini. Perkongsian ini akan menjadi satu perjalanan yang mengujakan untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bersama Miss Global dan Vietnam, memandangkan pertandingan ini dapat menyebarkan pesanan budaya dan kebahagiaan wanita serta anak muda kepada dunia.

Keinginan untuk menjadi berbeza

Bagi memulakan siri acara yang cemerlang, moden dan mengagumkan, terutamanya pusingan akhir, menggamit perhatian puluhan ribu penonton, penganjur Miss Global bermula dengan pelancaran visual yang terbaik, menggunakan teknologi pemetaan yang unik untuk mengimbau kembali suasana budaya, fesyen dan artistik yang belum pernah dilakukan oleh acara atau pertandingan ratu cantik yang lain. Bagi mempersembahkan Miss Global secara sepenuhnya, persembahan peragawati dan karya seni turut ditekankan dalam sidang akhbar.

Wanita lebih daripada kecantikan

En. Henri Hubert, pengarah kreatif Le Nom Vietnam, penganjur Miss Global 2023 berkongsi: "Miss Global akan menjadi acara antarabangsa tahunan Vietnam bermula dari tahun 2023. Ini akan berlangsung lebih daripada pertandingan ratu cantik biasa dan akan menekankan sejauh mana kecantikan dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan ke seluruh dunia. Ia juga akan dirujuk sebagai acara mempesona dengan idea yang unik serta konsep yang menarik melalui visual dan persembahan yang mengagumkan. Ini merupakan peluang keemasan untuk memaparkan nilai, keindahan dan budaya Vietnam, bagi membawa Vietnam lebih dekat dengan dunia dan sebaliknya."

En. Keita S. Cheick (tiga dari kiri) dan panel Penganjur Miss Global 2023
En. Keita S. Cheick (tiga dari kiri) dan panel Penganjur Miss Global 2023

Dalam Miss Global 2023, perjalanan para peserta akan diterbitkan sebagai satu siri dokumentari dan akan ditayangkan secara meluas ke serata dunia. Ini juga merupakan pertandingan ratu cantik yang pertama dan satu-satunya yang disiarkan secara langsung oleh AXN Asia - saluran hiburan umum berbahasa Inggeris yang terkemuka di Asia.

Source: Le Nom Vietnam
Keywords: Entertainment Fashion Not for profit Women-related news Future Events