omniture

YOFC Sediakan Penyelesaian Gentian Optik kepada Pelanggan Seluruh Dunia

YOFC
2023-01-03 22:33 79

WUHAN, China, 3 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Lijing Zhou, Naib Presiden Kanan Yangtze Optical Fibre and Cable Joint Stock Limited Company (YOFC), penyedia yang terkemuka di dunia bagi prabentuk gentian optik, gentian optik, kabel gentian optik (OFC) dan penyelesaian bersepadu, baru-baru ini tiba di Peru untuk bertemu Pedro Bogarin, gabenor San Martin serta menemani beliau dalam satu lawatan ke pusat data YOFC di sana.

Naib Presiden Kanan YOFC, Lijing Zhou bertemu gabenor San Martin, Pedro Bogarin
Naib Presiden Kanan YOFC, Lijing Zhou bertemu gabenor San Martin, Pedro Bogarin

YOFC telah meluaskan jejak luar negaranya di negara-negara dan wilayah-wilayah yang disasarkan oleh Inisiatif Jalur dan Jalan sejak tahun 2014 sebagai bahagian yang penting daripada usahanya untuk melaksanakan strategi globalisasinya. Setakat ini, Syarikat ini telah menubuhkan lebih 40 pejabat di serata dunia di Afrika, Eropah, Amerika Latin dan Asia Tenggara. Dalam tahun 2022, hasil jualan yang dijana daripada perniagaan luar negara YOFC untuk tiga suku pertama menyumbang sebanyak lebih 30% daripada jumlah hasil Syarikat, mengatasi purata industri dari segi pertumbuhan.

Di Peru: Sebagai kontraktor utama untuk sebuah projek jalur lebar negara di Peru, YOFC bertanggungjawab untuk pemerolehan tanah, mendapatkan lesen-lesen yang berkaitan, pemasangan OFC, pembinaan kemudahan sokongan serta pembekalan dan pemasangan peralatan komunikasi dan sokongan. Dalam pada itu, YOFC menyediakan kemudahan komputer dan perkhidmatan rangkaian kepada lebih 4,000 organisasi tempatan dan agensi kerajaan, termasuk sekolah, hospital, balai polis dan dataran pusat. Setakat ini, syarikat ini telah memperoleh lebih 1,000 plot tanah dan lesen-lesen yang berkaitan untuk projek tersebut di samping menyiapkan pemasangan lebih 7,000 kilometer OFC, pembinaan lebih 800 tapak serta pemasangan dan pentauliahan peralatan rangkaian untuk kebanyakan tapak transmisi.

Di Filipina: Sejak beberapa tahun yang lalu, YOFC telah mengambil bahagian dalam projek DITO di empat rantau iaitu MIN, SLZ, VIS dan NCR dalam seluruh kitar hayat projek bermula daripada reka bentuk tinjauan penyelesaian rangkaian hingga pemilihan dan pengeluaran produk OFC dan ODN serta bermula daripada pemerolehan cara yang terbaik untuk pembinaan dan pemeriksaan kualiti projek. Khususnya, dalam tahun 2020, Syarikat ini, dengan bekerjasama bersama kakitangan tempatan, meneruskan kerja-kerja untuk projek tersebut bagi menyelesaikannya tepat pada masanya walaupun seluruh dunia sedang dilanda pandemik Covid-19. Setakat ini, YOFC telah memasang lebih 6,500 km tulang belakang OFC di Filipina di samping membantu pembinaan lebih daripada 1,000 tapak tanpa wayar 5G yang mengupayakan komunikasi gentian optik dan saling sambungan untuk lebih 2.6 juta pengguna. Dengan berbuat demikian, YOFC telah meningkatkan peratusan pengguna jalur lebar gentian di negara berkenaan dari 3.4% kepada 19%.

Di Indonesia: YOFC menyerahkan 1.8 juta kilometer OFC di negara berkenaan dalam tahun 2022, dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun melebihi 30%. Pelanggan tempatan Syarikat ini terdiri daripada operator utama dan pusat data hinggalah rangkaian kuasa negara. Dalam sektor projek EPC, YOFC juga telah mencipta kejayaan sejak dua tahun yang lalu dengan menandatangani kontrak untuk enam projek seluruh negara di Indonesia. Dengan menangani beberapa cabaran, antara ialah pandemik yang masih berlarutan dan siri bencana alam, pasukan berkenaan memastikan penyerahan projek yang berkualiti. Setakat ini, YOFC telah menjalankan projek-projek kejuruteraan di 13 bandar di seluruh negara tersebut dan menyiapkan pembinaan lebih 150,000 talian gentian optik di Jakarta, Bandung dan Palembang seiring dengan penyiapan pemasangan hampir 1,000 km kabel tulang belakang. Dengan berbuat demikian, syarikat ini menjadi pengupaya penting dalam transformasi digital negara berkenaan.

Di Poland: Untuk berkembang ke dalam pasaran Eropah dan memberi respons yang lebih pantas kepada permintaan pasaran, YOFC mula membina sebuah kemudahan OFC di Poland pada Mac 2021 dan menyiapkan pembinaan kemudahan tersebut dalam tempoh setahun biarpun dengan cabaran yang ditimbulkan oleh pandemik. Pada Februari 2022, kemudahan tersebut mula beroperasi dan mengeluarkan gegelung pertama OFC yang mendapat kelayakan sebelum mencapai kapasiti reka bentuknya dalam bulan Oktober apabila OFC yang mendapat kelayakan ke-1 juta km dikeluarkan daripada barisan pengeluaran.

Berdasarkan misinya iaitu "Pautan Pintar Hidup Lebih Baik" ("Smart Link Better Life"), YOFC merancang untuk terus melaksanakan strategi globalisasinya sekali gus meluaskan lagi jaringan globalnya dengan tujuan untuk memenuhi jangkaan pelanggan luar negara dengan lebih baik berdasarkan keupayaan bekalan dan perkhidmatan tempatan yang mantap.

YOFC ditubuhkan di Wuhan, Wilayah Hubei pada Mei 1988. Ia merupakan sebuah perusahaan inovatif dari segi teknologi dan pembekal global terkemuka yang mengkhusus dalam mereka bentuk dan mengilangkan prabentuk gentian optik, gentian optik dan kabel gentian optik, serta menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan bersepadu kepada pelanggannya. YOFC disenaraikan dalam Hong Kong Stock Exchange pada 10 Disember 2014 (Kod Saham: 06869.HK) dan disenaraikan dalam Shanghai Stock Exchange pada 20 Julai 2018 (Kod Saham: 601869.SH). YOFC sebahagian besarnya menghasilkan dan menjual jenis prabentuk gentian optik, gentian optik dan kabel gentian optik berbeza yang digunakan secara meluas dalam industri telekomunikasi, modul optik disesuaikan, gentian optik khas, kabel optik aktif, kabel bawah laut, kabel dan aksesori sepaksi RF dan sebagainya. YOFC turut dilengkapi dengan beberapa penyelesaian dan perkhidmatan seperti integrasi sistem dan reka bentuk kejuruteraan komunikasi. Menyediakan pelbagai produk dan penyelesaian yang berbeza untuk industri telekomunikasi dunia serta industri-industri lain seperti Utiliti Awam, Pengangkutan, Minyak & Kimia serta Ubatan. YUFC menawarkan produk dan perkhidmatannya kepada lebih 90 negara dan wilayah di serata dunia.

Source: YOFC
Related Stocks:
HongKong:06869 Shanghai:601869
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Utilities