omniture

CCTV+: Presiden China Media Group sampaikan ucapan Tahun Baharu kepada penonton global

CCTV+
2023-01-04 03:32 37

BEIJING, 4 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Presiden China Media Group (CMG) Shen Haixiong telah menyampaikan ucapan Tahun Baharu kepada penonton di serata dunia apabila tahun 2023 muncul.

Dalam ucapan tersebut, Shen berkata Parti Komunis China telah berjaya mengadakan Kongres Kebangsaan ke-20 dalam tahun 2022, menetapkan tugas dan laluan untuk memajukan penggiatan semula bangsa Cina.

Beliau berkata China Media Group telah menjadi peserta, saksi dan perakam era baharu.
 
"China Media Group melaksanakan tugas yang hebat menyiarkan Kongres besar-besaran dan hebat itu ke seluruh dunia," kata beliau.

Shen turut mengambil maklum usaha yang inovatif daripada CMG dalam mengintegrasikan seni dan teknologi untuk menyampaikan produk yang berkualiti.

"Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa Thomas Bach memuji CMG atas skala dan kejayaan yang belum pernah dicapai sebelum ini dalam membuat liputan tentang Sukan berkenaan. Program-program yang diterbitkan oleh CMG seperti 'China in the Classics' dan 'China in Poetry and Painting' bukan sahaja merupakan satu interpretasi artistik terhadap tamadun Cina yang berkekalan, tetapi juga usaha berterusan yang menyumbang kepada kepelbagaian peradaban manusia," kata beliau.

CMG menganjurkan beberapa majlis gala, bagi menandakan peristiwa seperti Festival Musim Bunga tradisional, Festival Pertengahan Musim Luruh dan cuti Hari Tahun Baharu.

Shen berkata CMG turut berfungsi sebagai platform untuk merapatkan jurang menerusi program dan forum media.

Beliau berkata seperti mana yang ditekankan oleh Presiden Xi Jinping pada banyak kesempatan, China berdiri teguh pada sisi sejarah yang benar dan sisi kemajuan insan, CMG berusaha untuk menunjukkan kebijaksanaan dan penyelesaian Cina dengan menambah baik rangkaian pengumpulan berita globalnya dan melalui dedikasi untuk mengasah keupayaannya untuk melaporkan tentang peristiwa berita dunia yang utama.

"Kini kami bersiaran dalam 68 bahasa, meningkat daripada 44, meliputi 233 negara dan wilayah. Apabila melaporkan tentang konflik Rusia-Ukraine serta pandemik COVID-19, kami meninggalkan prasangka, tetap berpegang kepada kebenaran dan membuatkan pendirian dan penyelesaian China yang objektif dan saksama didengari oleh komuniti antarabangsa," kata beliau.

Shen menyatakan bahawa tahun akan datang merupakan ulang tahun ke-10 Inisiatif Jalur dan Jalan. CMG akan terus meningkatkan kerjasama media, memajukan pertukaran dan menggalas tugasnya sebagai sebuah organisasi media yang bertanggungjawab.

Bagi mengakhiri ucapan tersebut, presiden CMG itu mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada semua yang penuh dengan nikmat kesihatan, kedamaian dan kebahagiaan.

Pautan: https://www.youtube.com/watch?v=_yiZRDVJdRQ 

 

Source: CCTV+
Keywords: Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications Advocacy Group Opinion Public Interest