BEIJING, 4 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Shen Haixiong, presiden China Media Group (CMG), menyampaikan salam Tahun Baru dalam satu ucapan kepada penonton luar negara melalui CGTN, China Radio International dan melalui internet pada 1 Januari 2023.
"Dilimpahi cahaya matahari musim sejuk yang hangat, kami mengalu-alukan tahun 2023, tahun baharu yang penuh dengan janji dan harapan. Saya ingin menyampaikan salam saya kepada anda dari Beijing," kata beliau.
Shen mengambil maklum bahawa pada tahun 2022, Parti Komunis China (CPC) telah berjaya mengadakan Kongres Kebangsaan ke-20, menetapkan tugas dan laluan untuk memajukan penggiatan semula negara ini pada segenap aspek melalui laluan Cina menuju pemodenan.
Beliau berkata sebagai peserta, saksi dan perakam era baharu, CMG membawakan kongres besar-besaran dan hebat untuk dunia dan menerbitkan pelbagai ciri berkualiti untuk menceritakan kisah luar biasa China sepanjang dekad luar biasa yang lalu, seterusnya mendapat pujian yang meluas daripada penonton dari dalam dan luar negara.
Sepanjang tahun lalu, CMG meneroka inovasi bersepadu "Ideas+Art+Technology" untuk berusaha mencapai matlamat bagi menyampaikan produk yang berkualiti melalui saluran, rangkaian dan platform televisyen.
Sebagai contoh, semasa menyiarkan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, CMG mengguna pakai teknologi canggih untuk mempersembahkan "suasana romantik gaya Cina" yang melaluinya Semangat Olimpik bergabung dengan budaya Cina dan percikan teknologi menerangi ais dan salji. Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa Thomas Bach memuji CMG atas skala dan kejayaan yang belum pernah dicapai sebelum ini bagi liputan terhadap Sukan itu.
Program-program yang diterbitkan oleh CMG seperti "China in the Classics" dan "China in Poetry and Painting" bukan sahaja merupakan interpretasi artistik tamadun Cina yang berkekalan, tetapi juga semangat berterusan yang menyumbang kepada kepelbagaian peradaban manusia, tambah Shen.
Beliau menyatakan bahawa rancangan-rancangan CMG seperti Gala Festival Musim Bunga, Gala Festival Pertengahan Musim Luruh dan Gala Tahun Baharu telah membantu membangkitkan semangat untuk budaya Cina di luar negara, acara tayangan program filem dan televisyen Cina telah membantu membina jambatan merentas tamadun dan menyatukan hati dan minda melalui imej dan juga filem.
Setelah berakhirnya Kongres Kebangsaan CPC ke-20, CMG melancarkan satu siri 58 acara media luar negara melalui "New Journey: China and the World" untuk membincangkan perkaitan pemodenan Cina dan kepentingannya kepada dunia bersama rakan-rakan dari negara-negara berbeza, menerima sokongan dan liputan daripada lebih 2,000 outlet media antarabangsa.
Tambahan pula, pada tahun 2022, CMG telah menambah baik rangkaian pengumpulan berita globalnya dan berdedikasi untuk mengasah keupayaannya untuk melaporkan tentang kisah berita dunia yang terkemuka. Ketika ini, CMG bersiaran dalam 68 bahasa, meningkat daripada 44, dengan liputan 233 negara dan wilayah.
Dalam laporannya tentang konflik Rusia-Ukraine dan pandemik COVID-19, Shen berkata CMG telah meninggalkan prejudis, tetap berpegang kepada kebenaran dan membuatkan pendirian dan penyelesaian China yang objektif dan saksama didengari oleh komuniti antarabangsa.
"Kapasiti untuk komunikasi ialah satu metrik yang penting untuk outlet media antarabangsa dan kebenaran merupakan sumber kevitalan bagi kesemua organisasi media," kata beliau.
"Pada tahun akan datang, kami akan terus mara ke hadapan dengan daya usaha dan kecekalan serta menyampaikan prospek baharu dalam era baharu di China kepada komuniti antarabangsa dari pelbagai perspektif."
Tahun 2023 turut menandakan ulang tahun ke-10 cadangan untuk Inisiatif Jalur dan Jalan.
"Kami akan terus menjalin persahabatan melalui kerjasama media, memajukan pertukaran dan pembelajaran bersama antara tamadun dan menggalas tugas kami sebagai sebuah organisasi media yang bertanggungjawab dalam menggalakkan nilai-nilai bersama insan dan membina sebuah komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia," simpul beliau.