omniture

CGTN:Bagaimana wad kecemasan di China berhadapan dengan pesakit COVID yang semakin bertambah?

CGTN
2023-01-04 08:42 65

BEIJING, 4 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Qu Fucheng yang berusia sembilan puluh tahun sedang menunggu rawatan COVID-19 beliau di Hospital Zhongnan Wuhan apabila anak lelaki beliau menyedari betapa sesaknya jabatan kecemasan itu.


"Bapa saya berada dalam keadaan yang amat kritikal di rumah," anak lelakinya memberitahu CGTN, sambil mengerutkan dahi. "Sekiranya sesuatu berlaku ke atasnya kerana saya tidak mengendalikan situasi tersebut dengan baik, saya tidak tahu bagaimana saya dapat memaafkan diri saya sendiri."

Timbalan ketua jabatan tersebut berkata mereka telah menyaksikan "peningkatan yang ketara" dari segi bilangan pesakit, sementara kebanyakan yang sakit teruk merupakan warga emas yang menghidap penyakit sedia ada.

Dalam usaha untuk tidak meninggalkan pesakit tanpa pengawasan, jabatan kecemasan itu mengubah bilik pemantauan kecemasan menjadi zon penampan bagi mengurangkan masa menunggu.

Di situlah tempat Qu Fucheng dipindahkan.

"Melihat keadaan serius yang dialami oleh bapa saya, doktor-doktor segera membawanya ke salah satu katil," kata anak lelaki itu. "Saya fikir ia tidak akan berjalan dengan sebegitu lancar ketika saya berada di rumah."

Untuk merawat seramai mungkin pesakit, semua kakitangan dan peralatan perubatan telah beroperasi sepanjang masa dengan "keberkesanan tempur" sepenuhnya. Selepas menerima rawatan bantuan pertama, tidak lama kemudian keadaan Qu menunjukkan sedikit peningkatan.

Ketua jururawat Tian Yu memberitahu CGTN bahawa zon penampan tidak mencukupi untuk melancarkan aliran kerja, menambah bahawa aliran kerja yang baik adalah amat penting untuk jabatan kecemasan.

Tiada "serbuan hospital"

Langkah-langkah berkenaan diambil dalam banyak wad kecemasan di seluruh China, memandangkan negara ini menyaksikan peningkatan bilangan pesakit COVID selepas menarik balik beberapa sekatan COVID.

Ada yang bimbang akan berlakunya terlalu ramai pesakit untuk ditempatkan di hospital, lalu membawa kepada keadaan yang digelar sebagai "serbuan hospital" seperti serbuan bank semasa krisis ekonomi. Mujurlah keadaan ini tidak berlaku hasil daripada pelarasan yang tepat pada masanya di hospital-hospital.

Bandar-bandar seperti Beijing membina lebih banyak klinik demam sementara, manakala bandar-bandar lain seperti Chongqing memperluaskan jabatan rawatan demam sedia ada dan menugaskan semula doktor-doktor daripada jabatan-jabatan lain untuk menyokong rawatan COVID.

Penyelesaian dalam talian

Kerajaan Cina turut memperluaskan perkhidmatan perubatan dalam talian untuk pesakit COVID-19 pada 12 Disember. Kawasan-kawasan seperti Beijing, Zhejiang dan Hunan telahpun mengamalkan dasar baharu itu.

"Perkhidmatan perubatan dalam talian dapat memberi khidmat runding dan panduan ubat-ubatan untuk lebih ramai pesakit yang tinggal di rumah," menurut Jiao Yahui, ketua Biro Pentadbiran Perubatan di bawah NHC kepada China Media Group. "Preskripsi boleh dibuat secara dalam talian dan ubat-ubatan akan dihantar secara luar talian, yang dapat mengurangkan tekanan untuk berjumpa doktor di luar talian dan mengelakkan kesesakan di hospital bagi mengurangkan risiko jangkitan silang."

Pautan: https://news.cgtn.com/news/2022-12-30/How-do-emergency-wards-in-China-cope-with-increasing-COVID-patients--1gaC64zlYv6/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service