omniture

CGTN: Sektor swasta membantu merangsang ekonomi dilanda virus di China

CGTN
2023-01-02 16:33 40

BEIJING, 2 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Pemimpin-pemimpin tertinggi China berikrar untuk memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada sektor swasta untuk merangsang ekonomi yang dilanda COVID-19, memandangkan sektor swasta yang berkembang pantas memainkan peranan yang besar dalam mencipta peluang pekerjaan baharu, menggalakkan inovasi teknologi dan menstabilkan pertumbuhan ekonomi.

Persidangan Kerja Ekonomi Pusat, yang telahpun diadakan pada pertengahan Disember untuk menetapkan keutamaan ekonomi bagi tahun 2023, menyeru layanan yang sama rata terhadap perusahaan swasta dan menegaskan perlindungan yang berasaskan undang-undang untuk hak harta perusahaan swasta dan kepentingan usahawan.

Persidangan tersebut menjangkakan peningkatan yang menyeluruh dalam ekonomi dan rangsangan kukuh untuk persidangan pasaran tersebut pada tahun akan datang dan ia menggalakkan lebih banyak modal persendirian mengambil bahagian dalam pembinaan projek-projek negara yang penting.

Ekonomi swasta terus menyaksikan pertumbuhan yang kukuh biarpun dengan cabaran yang dicetuskan oleh COVID-19. Mulai Januari 2020 hingga Ogos 2022, bilangan perusahaan swasta Cina meningkat daripada 35.2 juta kepada 47.0 juta. Pada tahun 2021, ia menyumbang sebanyak 92.1 peratus daripada kesemua perusahaan.

Pada tahun 2021, sektor swasta menyumbang 48.6 peratus dagangan asing, 56.5 peratus pelaburan aset tetap, 59.6 peratus hasil cukai, lebih 60 peratus KDNK, lebih 70 peratus inovasi teknologi dan lebih daripada 80 peratus guna tenaga bandar.

Nilai dagangan asing perusahaan swasta ialah 19 trilion yuan ($2.7 trilion) pada tahun 2021, dengan peningkatan 26.7 peratus berbanding tahun sebelumnya. Ia melangkaui 14.03 trilion yuan oleh perusahaan yang dilaburkan oleh pihak asing dan 5.94 trilion yuan oleh perusahaan milik negara.

500 perusahaan swasta terbesar China 

Sebanyak 500 perusahaan swasta terbesar China memiliki prestasi yang lebih kuat, dengan ambang kemasukan mengikut hasil operasi meningkat daripada 20.2 bilion yuan pada tahun 2019 kepada 26.4 bilion yuan pada tahun in 2021.

Mereka turut menyuntik momentum pertumbuhan yang kukuh ke dalam perdagangan asing. Nilai eksport mereka meningkat dua kali ganda daripada 121.2 bilion yuan pada tahun 2019 kepada 245.4 bilion yuan pada tahun 2021.

Pada tahun 2021, hasil keseluruhan bagi 500 teratas mencapai 38.3 trilion yuan, dengan keuntungan bersih pada 1.73 trilion yuan. Mereka menyumbang pembayaran cukai sebanyak 1.37 trilion yuan dan menyediakan 10.9 juta pekerjaan.

Lebih 60 peratus daripada 500 syarikat terutama menumpukan kepada industri sekunder dengan para pengilang menyumbang sebanyak 60.2 peratus daripada firma dan 58.8 peratus daripada hasil.

Antara 500 perusahaan teratas itu, 393 firma terletak di China timur dengan 107 firma dari Wilayah Zhejiang dan 92 dari Wilayah Jiangsu. Terdapat 60 firma dalam senarai tersebut dari China tengah, 40 dari China barat dan tujuh dari timur laut China.

500 perusahaan swasta terbaik China telah memacu inovasi teknologi dengan jumlah paten yang sah meningkat daripada 398,215 pada tahun 2019 kepada 633,922 pada tahun 2021. Tahun lalu, jumlah paten yang sah melonjak 53.6 peratus berbanding setahun yang lalu, manakala paten sah antarabangsa melonjak 474.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Syarikat-syarikat gergasi teknologi Cina iaitu Huawei, Alibaba dan Tencent merupakan tiga pelabur terunggul dalam kebanyakan penyelidikan dan pembangunan pada tahun 2021 dengan pelaburan masing-masing mencecah 142.7 bilion yuan, 57.8 bilion yuan dan 51.9 bilion yuan.

https://news.cgtn.com/news/2022-12-29/Graphics-Private-sector-helps-boost-COVID-19-hit-economy-in-China-1g9TpKJsCXK/index.html

 
Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion Economic news, trends, analysis