SHENZHEN, China, 4 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Pada 28 Disember 2022, ugee, jenama tulisan tangan digital yang terkenal di dunia, memperkenalkan secara rasmi imej jenama baharunya.
Sejak pelancaran produk pertama, ugee telah menemani pengguna selama 25 tahun. Pada tahun 1998, apabila dunia memasuki era Internet, ugee, sebagai jenama teknologi Cina pertama yang membuka pintu ke dunia lukisan dan penulisan digital, menjadi jambatan yang menghubungkan teknologi digital dengan dunia pen dan kertas. Pada tahun 2022, ugee (https://www.ugee.com/) telah mengambil keputusan untuk mendampingi penggunanya dengan imej jenama baharu dan konsep jenama "Untuk Menulis, Untuk Melukis, Untuk yang Baharu."
Menerusi penaiktarafan jenama ini, ugee membawakan konsep jenama yang baharu "Untuk Menulis, Untuk Melukis, Untuk yang Baharu."
ugee baharu memfokuskan kepada kumpulan usia muda menyeluruh iaitu 5-30 tahun, menyediakan pengalaman melukis dan menulis yang lebih baharu dan terpelbagai untuk peminat lukisan dan penulisan, pendidikan dan kumpulan pelbagai yang lain. Dalam masa yang sama, ugee mengekalkan personaliti jenama iaitu "Mesra, Riang, Pelbagai, Berwawasan", terus menginovasi bentuk produk baharu, meluaskan aplikasi pengguna dalam bidang lukisan dan penulisan serta menemani mereka untuk berkembang maju dalam dunia lukisan dan penulisan.
Di samping itu, ugee melancarkan imej visual VI dan imej IP yang baharu. Visual VI baharu terdiri daripada 4 huruf kecil yang membawa ekspresi yang lebih ringkas dan diperibadikan untuk jenama ini dan membawa pengalaman visual yang baharu kepada pengguna dalam pelbagai bidang; dwi imej IP uu dan gg merupakan ekspresi jenama diperibadikan dan jelas yang mencetuskan rasa emosi yang sama dengan pengguna muda dan terpelbagai.
Selepas bertahun-tahun mencapai pembangunan industri yang mendalam, ugee berjaya membangunkan pelbagai aplikasi produk seperti lukisan digital, tulisan tangan digital (https://www.ugee.com/be-ugee-partner), pendidikan tulisan tangan pintar dan rakaman kertas dan pensel serta menyediakan produk dan perkhidmatan yang beraneka dan pelbagai kepada berjuta-juta pengguna di lebih daripada 30 negara dan wilayah di seluruh dunia seperti pemula/peminat lukisan digital, pengajaran dalam talian serta pejabat jarak jauh.
Pada masa akan datang, ugee akan mencipta lukisan digital (https://www.ugee.com/drawing-monitors/u1200) dan peranti menulis yang lebih pelbagai, membuka dunia lukisan dan penulisan digital yang baharu untuk pengguna dan menyerlahkan kemungkinan baharu untuk pelbagai senario aplikasi.
Laman sesawang rasmi ugee kini disegerakkan dengan kemas kini, lebih banyak butiran naik taraf baharu dan produk inovatif, sila beri perhatian kepada dinamik laman sesawang rasmi tersebut.