omniture

JA Solar kekalkan penarafan AAA tertinggi dalam penilaian keupayaan menjana keuntungan (bankability) PV ModuleTech

JA Solar Technology Co., Ltd.
2023-01-04 23:19 38

BEIJING, 4 Januari 2023 /PRNewswire/ -- JA Solar telah mengekalkan penarafan AAA tertinggi dalam laporan penilaian keupayaan menjana keuntungan (bankability) PV ModuleTech Suku Keempat 2022 yang dikeluarkan baru-baru ini oleh PV Tech, berdasarkan kepada prestasinya dalam metrik termasuk penghantaran dan kapasiti pengeluaran, digabungkan dengan status teknikal serta kewangan.

JA Solar mengekalkan penarafan AAA tertinggi dalam penilaian keupayaan menjana keuntungan (bankability) PV ModuleTech-0103
JA Solar mengekalkan penarafan AAA tertinggi dalam penilaian keupayaan menjana keuntungan (bankability) PV ModuleTech-0103

Penyepaduan vertikal untuk pembangunan berkualiti tinggi

Laporan tersebut menyebut bahawa "JA Solar mengekalkan pengeluaran sel yang berkemungkinan paling mampu teknologi di China dan sering menetapkan penanda aras untuk teknologi mendahului pesaing-pesaing domestiknya. JA Solar merupakan salah sebuah syarikat pertama di China yang mengutamakan pengeluaran sel/modul mono, dengan kehadiran yang kukuh untuk membekalkan sebanyak mungkin bekalan modulnya dengan sel-sel dalaman. Ia kini berbeza daripada banyak pembekal modul berbilang-GW lain yang membeli sejumlah besar daripada pengeluar sel."

Sebagai sebuah organisasi bersepadu secara vertikal yang terkemuka dalam industri, JA Solar menubuhkan sistem penyelidikan dan pembangunan teknologi komprehensif yang meliputi wafer silikon, sel, modul dan sistem PV serta akan terus meningkatkan pelaburan dalam R&D bagi meningkatkan prestasi penjanaan kuasa produknya. Setakat suku kedua tahun 2022, syarikat ini memperoleh 1,178 paten berlesen untuk penyelidikan dan pembangunan bebasnya, dengan purata kecekapan penukaran sel-sel jenis-n Percium dan Bycium keluaran besar-besarannya masing-masing mencecah 23.7% dan 25%. Dengan modul siri DeepBlue yang mendapat populariti yang luas dalam pasaran global ekoran kapasiti dan keandalan penjanaan kuasanya yang cemerlang, penghantaran global kumulatif JA Solar telah mencapai 115GW menjelang penghujung suku ketiga tahun 2022.

Produk syarikat ini turut mendapat pengiktirafan daripada beberapa institusi pihak ketiga dalam industri ini, termasuk anugerah 'Pelaksana Terbaik' tujuh kali berturut-turut antara tahun 2014 dan 2022 daripada PVEL dan penilaian 'Pencapai Tinggi Keseluruhan' ('Overall High Achiever') tiga kali berturut-turut oleh organisasi AS, RETC dari tahun 2019 hingga 2022. Di samping itu, produk JA Solar memperoleh pensijilan Jejak Karbon Perancis serta UL EPD dan disahkan sepenuhnya untuk prestasi hijau dan karbon rendah dalam seluruh kitar hayatnya.

Kehadiran dan populariti global

Menerusi pembangunan pasaran PV global, JA Solar meluaskan jejak antarabangsanya secara berterusan, dengan penghantaran luar negara dalam separuh pertama tahun 2022 menyumbang sebanyak 67% daripada jumlah keseluruhan. Syarikat ini telah mewujudkan rantaian perindustrian yang lengkap di dalam dan luar negara, berdasarkan kepada 12 kemudahan pengilangan di serata dunia, bagi memberi sokongan kapasiti yang kukuh untuk dibekalkan ke pasaran global.

Source: JA Solar Technology Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities