omniture

20 Tempat Terbaik untuk Bekerja di dunia bagi tahun 2022 didedahkan

Best Places to Work
2023-01-04 23:25 60

LONDON,, 4 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Organisasi Best Places to Work mengumumkan pada hari ini senarai 20 teratas bagi Tempat Terbaik untuk Bekerja di dunia tahun 2022. Mengungguli senarai kedudukan pada tahun ini ialah Novo Nordisk, syarikat penjagaan kesihatan bertaraf global dengan inovasi dan kepimpinan mencecah hampir seabad lamanya dalam penjagaan penyakit diabetes diikuti oleh Takeda, syarikat penjagaan kesihatan global yang terkemuka. Dell mendapat tempat ketiga antara 20 teratas bagi organisasi yang paling menunjukkan prestasi di dunia.

Agar dipertimbangkan, syarikat-syarikat harus dikenal pasti sebagai majikan yang cemerlang sekurang-kurangnya di salah sebuah benua. Sejak beberapa tahun yang lalu, program Best Places to Work mengiktiraf majikan-majikan yang terkemuka di seluruh dunia, disokong oleh pengalaman selama beberapa tahun dalam penilaian budaya tempat kerja, penglibatan pekerja dan keberkesanan organisasi.

Setiap tahun, program ini bekerjasama dengan majikan global untuk membantu mereka mengukur, menanda aras, menambah baik amalan sumber manusia (HR) mereka, pengalaman pekerja mereka dan mendapat akses kepada alatan dan kepakaran yang diperlukan oleh mereka untuk membawakan perubahan yang berkesan dan mampan dalam organisasi mereka. Syarikat-syarikat yang berada dalam senarai teratas pada tahun ini menunjukkan kecemerlangan di tempat kerja, dengan mencipta pengalaman pekerja dibezakan dan budaya inklusif yang membawa kepada hasil perniagaan yang lebih kukuh dan lebih mampan. Syarikat-syarikat berkenaan tahu cara untuk membina kelebihan daya saing tanpa mengira halangan yang berpotensi, termasuk saiz syarikat, serakan geografi dan ciri-ciri industri.

Senarai 20 teratas Tempat Terbaik untuk Bekerja di dunia bagi tahun 2022:

1.    Novo Nordisk 
2.  Takeda
3.    Dell
4.    MSD
5.  Amway
6.    Alcon
7.  AstraZeneca
8.  Webhelp
9.  Safran
10.  Hilti
11.   BSH
12.  Comdata
13.  AIA Group
14.  Fujitsu
15.  Doctolib
16.  Caisse de dépôt et placement du Québec (CDPQ)
17.  Diageo
18.  Jardine Schindler Group
19.  Servier
20.  Roche

Best Places to Work ialah sebuah program pensijilan antarabangsa, dianggap sebagai 'Standard Platinum' dalam mengenal pasti dan mengiktiraf tempat-tempat kerja terbaik di seluruh dunia, bagi memberi peluang kepada majikan untuk mengetahui tentang kualiti amalan HR mereka, penglibatan pekerja mereka dan memberi pengiktirafan kepada mereka yang memberikan pengalaman kerja yang cemerlang dengan standard tertinggi berkaitan dengan keadaan kerja.

Untuk maklumat lanjut tentang program tersebut, sila kunjungi www.bestplacestoworkfor.org.

Sertai komuniti kami di LinkedInTwitter dan Facebook.

 

Source: Best Places to Work
Keywords: Publishing/Information Service Workforce Management/Human Resources Awards