omniture

Coway Lantik Jangwon Seo sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tunggal

Coway Co., Ltd.
2023-01-05 09:30 16

SEOUL, Korea Selatan, 5 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Coway Co., Ltd., "The Best Life Solution Company," mengumumkan pada hari ini bahawa syarikat ini akan menukar pengurusannya daripada struktur Ketua Pegawai Eksekutif bersama kepada sistem Ketua Pegawai Eksekutif tunggal. Jangwon Seo, Ketua Pegawai Eksekutif bersama ketika ini, akan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif tunggal ekoran persaraan Ketua Pegawai Eksekutif bersama beliau, Hae-Sun Lee yang bertukar ke jawatan sebagai Penasihat Sambilan pada 6 Februari 2023.

[Imej] Ketua Pegawai Eksekutif Coway Jangwon Seo
[Imej] Ketua Pegawai Eksekutif Coway Jangwon Seo

Jangwon Seo, Ketua Pegawai Eksekutif Coway, berkata, "Kami akan memanfaatkan 'Ketahanan Krisis & Resolusi Cabaran' ('Crisis Resilience & Challenge Resolution') untuk membentuk asas kukuh demi masa depan global Coway. Tumpuan kami adalah untuk mengukuhkan daya saing perniagaan teras dan juga menjamin enjin pertumbuhan masa depan yang baharu."

Jangwon Seo ialah seorang peguam kanan A.S. di Shin & Kim, salah sebuah firma guaman Korea yang terkemuka. Selepas memegang jawatan ini, Seo berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Pelaburan dan Ketua Pegawai Komunikasi di Netmarble Corp. dan sebagai wakil Netmarble Cultural Foundation. Beliau menyertai Coway sebagai Ketua Pegawai Kewangan sebelum bertukar ke jawatan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bersama pada Januari 2021. Ketua Pegawai Eksekutif tunggal baharu syarikat ini berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada Westminster College dan Ijazah J.D. daripada University of Connecticut School of Law.

Latar Belakang Coway Co., Ltd. 

Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "The Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Syarikat ini telah membuktikan dedikasi terhadap inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia, Vietnam, Jepun dan Eropah, berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/ atau http://newsroom.coway.com.

 

Source: Coway Co., Ltd.
Related Stocks:
Korea:021240
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Internet Technology Retail Telecommunications Personnel announcements