omniture

Coway Dinamakan sebagai Penerima Anugerah Inovasi CES 2023

Coway Co., Ltd.
2023-01-05 09:41 14

SEOUL, Korea Selatan, 5 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Coway Co., Ltd., "The Best Life Solution Company," mengumumkan pada hari ini bahawa ia telah dinamakan sebagai Penerima Anugerah Inovasi CES® 2023 oleh Consumer Technology Association (CTA). Pengumuman berkenaan dibuat menjelang CES 2023, iaitu acara teknologi yang paling berpengaruh di dunia, berlangsung pada 5-8 Januari di Las Vegas, Nevada.

[Imej] Coway Dinamakan sebagai Penerima Anugerah Inovasi CES
[Imej] Coway Dinamakan sebagai Penerima Anugerah Inovasi CES

Program Anugerah Inovasi CES, ditaja oleh Consumer Technology Association (CTA), ialah satu pertandingan tahunan yang memaparkan teknologi perintis dari serata dunia. Produk-produk menjalani semakan yang menyeluruh dari segi inovasi, kejuruteraan, fungsian, estetika dan reka bentuknya oleh pakar-pakar industri.

Tahun ini, 'Eco-Friendly Paper Water Purifier' dan 'Everyday Care Bidet' Coway memenangi Anugerah Inovasi CES® 2023 dalam kategori Perkakas Rumah dan Kesihatan Digital.

'Eco-Friendly Paper Water Purifier' ialah produk konsep yang telah diiktiraf atas reka bentuknya yang inovatif, menggunakan sehelai kertas pada bahagian luar penulen air dan bukannya plastik. Ciri kelestariannya ditingkatkan melalui penggunaan bahan-bahan yang boleh dikitar tinggi sepanjang strukturnya, bermula daripada bahagian luar hingga pembungkusan yang sekata.

Eco-Friendly Paper Water Purifier Coway ialah sistem penulenan air aliran terus, bebas kuasa yang tidak memerlukan kuasa elektrik. Ia boleh dipasang dengan mudah dalam ruang yang sempit seperti isi rumah untuk seorang hasil daripada saiznya yang amat kecil dan reka bentuk yang kompak.

'Everyday Care Bidet' Coway, satu lagi Penerima Anugerah, ialah produk konsep bidet yang mengumpul dan menganalisis data pengguna melalui teknologi seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan Internet Pelbagai Benda (IoT) yang kemudian mengurus kesihatan untuk pengguna.

"Kami berbesar hati kerana diiktiraf atas teknologi inovatif kami, produk mesra alam dan perkhidmatan yang unik di Anugerah Inovasi CES 2023," menurut Coway. "Kami akan terus mengukuhkan daya saing global kami dengan membangunkan produk yang inovatif dan lestari serta perkhidmatan yang meningkatkan pengalaman pelanggan."

Latar Belakang Coway Co., Ltd. 

Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "The Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Syarikat ini telah membuktikan dedikasi terhadap inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia, Vietnam, Jepun dan Eropah, berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/ atau http://newsroom.coway.com.

 

Source: Coway Co., Ltd.
Related Stocks:
Korea:021240
Keywords: Environmental Products & Services Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news