omniture

SUNRATE meningkatkan penyelesaian perjalanan dalam taliannya dengan kad korporat maya baharu

Sunrate
2023-01-05 10:00 136

SINGAPURA, 5 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Syarikat Teknologi Kewangan (FinTech) Global SUNRATE telahpun bekerjasama dengan Visa, peneraju dunia bagi pembayaran digital untuk melancarkan kad korporat maya sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk memperkukuh penyelesaian perjalanan dalam taliannya. Pemegang kepentingan perjalanan SUNRATE kini mempunyai satu lagi pilihan yang lancar dan cekap apabila membuat bayaran kepada rakan kongsi mereka sendiri seperti syarikat penerbangan dan hotel, pada kad korporat maya. Menuju penghujung tahun lalu, SUNRATE turut mengumumkan satu perkongsian strategik dengan platform perjalanan digital global, Agoda. Pada tahun 2021, SUNRATE menjadi ahli utama rangkaian Visa.

Merevolusikan pembayaran perjalanan dengan kad korporat maya

SUNRATE percaya bahawa pengeluaran kad korporat maya merevolusikan pembayaran perjalanan. Sebagai contoh, mana-mana agensi pelancongan dalam talian kini boleh menetapkan had perbelanjaan dengan mudah, mendefinisikan penggunaan dan memilih vendor menggunakan kad maya. Rakan-rakan perjalanan SUNRATE memiliki kawalan sepenuhnya ke atas cara perbelanjaan diperuntukkan dan dijejak. Satu ciri utama kad maya ini ialah sekuriti. Teknologi, seperti antara muka pengaturcaraan aplikasi (API) telah menghapuskan kemungkinan maklumat kad disalahgunakan apabila diberikan, dengan menyediakan tetingkap penggunaan yang terhad untuk satu kad. SUNRATE diperakui mengikut piawiaan sekuriti data kewangan antarabangsa: Piawaian Sekuriti Data Industri Kad Bayaran (Payment Card Industry Data Security Standard, PCI DSS) Tahap 1.

"Pelancaran kad korporat maya Visa merupakan satu langkah yang besar untuk SUNRATE ketika kami mengukuhkan kepimpinan kami sebagai rakan pembayaran B2B sehenti, terutamanya untuk industri perjalanan. Sejak pengumuman perkongsian kami dengan Agoda, kami telah bekerjasama dengan banyak pemegang kepentingan perjalanan yang lain termasuk OTA lain serta kami berbangga kerana berupaya untuk memenuhi keperluan perniagaan keseluruhan mereka. Kad korporat maya Visa akan menjadi penyelesaian yang penting untuk pelanggan kami dan seterusnya," kata Shawn Qin, Ketua Perniagaan Kad, SUNRATE.

Chavi Jafa, Naib Presiden untuk Penyelesaian Perniagaan Visa, Asia Pasifik berkata, "Perkongsian kami bersama SUNRATE adalah sangat tepat pada masanya melihatkan pemulihan perniagaan dan perjalanan riadah di serata dunia. Visa menyokong syarikat-syarikat teknologi kewangan seperti SUNRATE untuk memperkenalkan penyelesaian yang inovatif bagi menjadikannya lebih mudah untuk perniagaan mengurus perbelanjaan mereka dan membuat bayaran perniagaan-dengan-perniagaan yang selamat dan lancar."

Latar Belakang SUNRATE

SUNRATE ialah platform pengurusan pembayaran dan perbendaharaan global pintar untuk perniagaan di seluruh dunia. Sejak penubuhannya pada tahun 2016, kami diiktiraf sebagai penyedia penyelesaian yang terkemuka dan mengupayakan syarikat-syarikat di lebih 130 negara menerusi platform proprietari kami yang canggih, jaringan global yang luas dan API yang mantap untuk menskalakan pertumbuhan tempatan dan global.

Menerusi ibu pejabat globalnya di Singapura dan pejabat-pejabat di China, Indonesia, Jepun dan UK, SUNRATE bekerjasama dengan institusi-institusi kewangan global yang terkemuka seperti Citibank, Standard Chartered, Barclays dan merupakan ahli utama Mastercard serta Visa. Kami dilesenkan dan dikawal selia oleh Financial Conduct Authority UK, Bank Indonesia, Hong Kong Customs sebagai Operator Perkhidmatan Wang dan Monetary Authority of Singapore sebagai Institusi Pembayaran Utama.

 

Source: Sunrate
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Travel New products/services Financial Technology