omniture

Platform Kejuruteraan Pintar Motion G Kumpul Lebih AS$15 Juta

Motion G, Inc.
2023-01-05 11:26 95

SINGAPURA, 5 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Motion G, Inc. baru-baru ini mengumpul lebih AS$15 Juta dalam pusingan Pra-A, dipimpin oleh New Wheel Capital. Syarikat pemula ini merancang untuk mempercepatkan pembangunan model asas bertumpu-data, kembar digital dan perisian automasi untuk mempercepatkan proses kejuruteraan perindustrian dengan ketara.

AI dan perisian pintar secara dasarnya akan mengubah proses kejuruteraan reka bentuk produk, penentusahan, pengujian, pengilangan serta perkhidmatan dan anjakan paradigma ini merupakan satu peluang yang besar untuk turut meningkatkan kecekapan tenaga industri dalam tempoh jangka pendek. Motion G yang berpangkalan di Singapura sedang membangunkan platform kejuruteraan pintar untuk memanfaatkan trend dan peluang yang disebut di atas. Platform tersebut dapat mengurangkan kos penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta tempoh dibawa ke pasaran dengan ketara, mengupayakan ciri-ciri atas permintaan untuk penghantaran berkos rendah, menentusahkan reka bentuk pada waktu sebenar dan menjadikan produk perindustrian lebih pintar dan lebih cekap untuk dikendalikan.

Sebagai aplikasi pertamanya, platform kejuruteraan pintar Motion G telah merevolusikan penyelesaian untuk kawalan pergerakan tradisional. Penyelesaian ini telah diguna pakai dengan pantas oleh pengeluar-pengeluar bagi sistem pengangkut fleksibel, bateri ion-Li, sistem pembungkusan makanan dan minuman, rig penggerudian minyak, robot industri, semikonduktor, peranti 3C, kenderaan berpandu automatik dan alat elektrik.

 

Source: Motion G, Inc.
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics