omniture

Sambut Ketibaan Tahun Arnab yang Dilimpahi dengan Kekayaan di IPC Shopping Centre

IPC Shopping Centre
2023-01-05 15:36 30

KUALA LUMPUR, Malaysia, 5 Januari 2023 /PRNewswire/ -- IPC Shopping Centre memulakan sambutan Tahun Baru Cina dengan mengubah wajah Ӓndra's Enchanting Garden dari musim sejuk ke musim bunga bagi meraikan ketibaan tahun Arnab. Bermula dari hari ini hingga 5 Februari 2023, pembeli-belah boleh menikmati pelbagai tawaran istimewa dan ganjaran hebat sempena Tahun Baru Cina apabila mereka membeli-belah di IPC Shopping Centre.

Sambut Ketibaan Tahun Arnab yang Dilimpahi dengan Kekayaan di IPC Shopping Centre
Sambut Ketibaan Tahun Arnab yang Dilimpahi dengan Kekayaan di IPC Shopping Centre

Diilhamkan oleh lima elemen dalam metafizik Cina – Logam, Kayu, Air, Api dan Tanah, IPC percaya bahawa kehidupan manusia perlu selari dengan peraturan alam semula jadi, dan oleh kerana itu ia saling berkait antara satu sama lain. Ini menggambarkan hubungan kita dengan alam sekitar di mana setiap tindakan kita akan mencetuskan tindak balas yang sama dan kita perlu membantu memulihara alam semula jadi demi menjamin masa depan kita. IPC terus menerajui usaha ke arah kelestarian dengan menggabungkan penggunaan bahan-bahan lestari seperti papan kayu termampat, kertas dan fabrik dalam dekorasi Krismas mereka, dan kemudian mengguna semula serta mengubahnya untuk kegunaan Tahun Baru Cina. Dengan cara ini, IPC berharap untuk memberi inspirasi kepada pembeli-belah agar memainkan peranan mereka demi alam semula jadi pada musim perayaan ini menerusi langkah pengurangan sisa buangan, guna semula dan kitar semula, di samping bekerjasama mencapai keseimbangan ke arah mencipta sebuah dunia yang lebih lestari di mana semua orang boleh berkembang maju.

Pengurus Besar IPC Shoppimg Centre, Karyn Lim berkata, "Dekorasi Krismas lestari kami menerima maklum balas positif daripada pengunjung, dan kami gembira kerana dapat terus mengguna semula dekorasi tersebut bagi mempamerkan usaha-usaha lestari kami yang kreatif dan berinovasi apabila kami mengubahnya kepada Tahun Baru Cina. Dalam menyambut ketibaan tahun Arnab, kami sentiasa mengingati bahawa Arnab melambangkan umur yang panjang, keamanan, kemakmuran, dan kami juga mahu menerapkan nilai ini dan banyak lagi ke dalam setiap tindakan yang kami lakukan di IPC. Kami ingin menggalakkan pembeli untuk menjadi lestari dengan menunjukkan contoh yang baik dan pada masa sama membolehkan mereka berhibur tanpa kompromi."

Pembeli akan menikmati pelbagai aktiviti menyeronokkan yang disediakan seperti bengkel kanak-kanak bertemakan kelestarian untuk ahli Små Club, pertunjukan perayaan Tahun Baru Cina seperti tarian singa serta maskot kesukaan kanak-kanak – Dewa Kemakmuran dan Små Club Buddies yang akan membuat kemunculan dalam sesi ramah mesra. Bazar Tahun Baru Cina juga akan didirikan di kawasan ruang legar pusat beli-belah ini dan ahli Tack Club yang berbelanja minimum RM388 dalam dua resit pada hari yang sama boleh menebus karya seni kaligrafi pelangi pada 14 dan 15 Januari di lot pengalaman berhadapan dengan King Koil di Aras 1.

Sempena perayaan ini, terdapat pelbagai ganjaran beli-belah disediakan untuk para pengunjung dan ahli Tack Club yang boleh ditebus pada hari yang sama di i-Counter yang terletak di Aras G.

Ganjaran eksklusif adalah seperti yang disenaraikan di bawah:

  • Tebus dua (2) e-baucar Tahun Baru Cina bernilai RM5 dengan perbelanjaan minimum RM200 dalam dua (2) resit
  • Tebus satu (1) set Sampul Merah Ӓndra dengan perbelanjaan minimum RM200 dalam dua (2) resit
  • Tebus satu (1) troli boleh lipat IPC dengan perbelanjaan minimum RM1,000 dalam tiga (3) resit untuk pembeli-belah biasa atau dengan perbelanjaan minimum RM800 dalam tiga (3) resit untuk ahli Tack Club IPC

Bagi memperlihatkan lagi komitmen mereka dalam memperjuangkan kelestarian, IPC Shopping Centre telah melancarkan beberapa siri video terbitan mereka sendiri yang berjudul "Into Planet Commitment", yang melihat secara lebih dekat pelbagai usaha dan inisiatif lestari yang dilaksanakan di pusat beli-belah itu, bersama-sama dengan para penyewa dan kakitangan mereka sendiri di rumah. Siri video itu boleh didapati di laman LinkedIn IPC Shopping Centre serta di dalam pelbagai platform atas talian.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen 'Ӓndra's Enchanting Garden' IPC Shopping Centre, sila kunjungi www.ipc.com.my/andra-cny dan ikuti kami di Facebook dan Instagram untuk promosi, acara dan maklumat terkini.   

Source: IPC Shopping Centre
Keywords: Banking/Financial Service Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services