LAS VEGAS, 5 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Pada 4 Januari, Hisense memperkenalkan ULED X di Sidang Media Hisense CES 2023, satu peristiwa penting bagi teknologi TV LCD untuk Hisense. ULED X menonjolkan kemajuan yang signifikan dalam teknologi televisyen LCD yang menawarkan kualiti gambar terbaik yang pernah ada dalam setiap bingkai dan pengalaman tontonan yang realistik dengan teknologi canggih termasuk Mini-LED X, 5000+ Zon Pemalapan Setempat, 2500 nit kecerahan puncak dan Dynamic X-Display.
ULED X Meningkatkan Pengalaman Tontonan
Sejak pengenalan TV ULED pertama sepuluh tahun yang lalu, Hisense sentiasa mengemas kini teknologi ULEDnya untuk meningkatkan pengalaman tontonan TV LCD dan akhirnya, di Sidang Media Hisense CES 2023, Hisense berjaya memperkenalkan ULED X. 110 ULED X baharu ini diiktiraf sebagai Penerima Anugerah Inovasi CES pada tahun ini.
Menurut Stephen Yao, Penolong Pengurus Besar Hisense USA, ULED X menggabungkan barisan teknologi TV yang mengagumkan, kuasa pemprosesan yang luar biasa dan kawalan yang lebih tepat ke atas gambar melalui kawalan cahaya belakang pintar yang aktif, lalu menerobos sempadan keupayaan paparan. Dilaporkan bahawa, ULED X dapat mencapai tiga kali ganda kontras persekitaran TV OLED konvensional dan dua kali ganda julat dinamik TV OLED.
Di samping itu, ULED X dapat menyediakan gambar yang lebih cerah, kontras lebih mendalam, sudut tontonan lebih luas dan nisbah pantulan yang amat rendah bagi menyampaikan salah satu pengalaman hiburan terbaik yang tersedia pada hari ini. Sebagai contoh, dengan ULED X, TV Hisense dapat mencapai kecerahan puncak 2,500 nit dan nisbah kontras 150,000:1, yang dipercayai untuk mendefinisikan semula persepsi "kontras" pengguna. Satu lagi faktor penting dalam memastikan prestasi unggul ULED X ialah Hi-View Engine X, yang mengawal lebih 20,000 LED Mini dan lebih daripada 5,000 zon pemalapan setempat. Di samping pengalaman gambar sinematiknya yang luar biasa, ULED X juga mempunyai 30% sudut tontonan lebih luas dan penambahan panel pantulan ultra-rendah bagi memastikan semua orang di dalam bilik dapat menikmati kualiti gambar tajam yang sama tidak kira di mana mereka duduk.
"Kami berusaha untuk menjadikan ULED X berbeza daripada mana-mana pengalaman TV LCD yang lain dan berbangga atas pencapaian kami," kata Stephen Yao. Memandang ke hadapan, Hisense akan menggiatkan usaha mereka untuk menaik taraf teknologinya dalam TV LED/LCD dan terus membawakan lebih banyak produk unggul yang dapat menyampaikan pengalaman tontonan premium kepada pelanggan global.