CHANGSHA, China, 5 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (Zoomlion) melancarkan 14 komponen penting yang mesra alam dan mampan serta 32 produk peralatan tenaga baharu pada 15 Disember. Sebagai peneraju dalam dorongan industri pembuatan pembinaan ke arah pembangunan mampan, Zoomlion mewujudkan hala tuju pembangunan hijau komprehensif yang terdiri daripada reka bentuk, pembuatan dan pengurusan bagi mencapai 'greenization' (penghijauan) dalam seluruh proses, bermula daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran hinggalah operasi dan pengurusan.
Pelancaran tersebut meliputi sembilan aspek produk Zoomlion iaitu pembinaan dan kejuruteraan, pam konkrit, trak pembancuh, kerja udara, mesin tolak tanah, pembinaan asas dan jentera perlombongan, trak pembancuh serta kenderaan industri.
Ini merupakan satu lagi kejayaan buat Zoomlion, selepas syarikat ini memperkenalkan 16 produk tenaga baharu dalam lapan bidang pada November lalu. Syarikat ini telah mencapai jualan yang kukuh dalam banyak produk tenaga baharu yang lain dan bahagian pasaran bagi jentera kerja udara tenaga baharu melebihi 60 peratus pada tahun 2022.
Pembangunan komponen penting tenaga baharu
Pembangunan komponen yang penting merupakan asas untuk transformasi tenaga baharu bagi jentera pembinaan dan Zoomlion telah mencapai kejayaan yang komprehensif dalam bateri litium dan tenaga hidrogen, memperkenalkan teknologi teras dan rantaian industri komponen penting bermula daripada alat ganti hingga seluruh kenderaan meliputi perkakasan dan perisian. Sehingga kini, 80 peratus daripada komponen tenaga baharu penting Zoomlion dibangunkan sendiri oleh syarikat ini.
Pelancaran sembilan komponen litium penting daripada Zoomlion membawa kepada penyelesaian tenaga baharu litium yang komprehensif untuk mesin pembinaan yang meliputi bateri, pemacu elektrik, transmisi elektrik dan kawalan elektrik. Tiga komponen tenaga hidrogen baharunya telah menstruktur penyelesaian rantaian penuh yang bersepadu bagi penghidrogenan, penyimpanan/pengangkutan hidrogen, sel bahan api hidrogen dan enjin utama. Zoomlion turut mencipta pemampat omboh pemacu hidraulik hidrogen 45MPa yang terkemuka di dunia.
Di samping itu, Zoomlion telah memperkenalkan dua produk casis am tenaga baharu tugas berat untuk elektrik tulen dan peralatan tenaga hidrogen.
Pembangunan tenaga baharu merentas barisan produk penuh
Pada tahun 2022, Zoomlion telah mencapai pembangunan tenaga baharu bagi rangkaian produk penuhnya dan memperkenalkan siri produk yang telah menetapkan penanda aras industri; termasuk siri kren tenaga baharu tanan terbesar di dunia, kren rangkak elektrik tulen teragih pertama di dunia, trak pam gentian karbon elektrik tulen pertama dunia dan robot pemasangan kaca pertama dalam industri untuk operasi antara-tingkat dalam bangunan bertingkat tinggi. Zoomlion turut melancarkan penyelesaian pakej pembinaan pintar yang pertama dalam industri, lalu memacu transformasi pintar industri ini.
Pembuatan hijau
Zoomlion telah menginovasi teknologi hijau, barisan peralatan dan pengeluaran bagi mencapai pembuatan hijau yang cekap, lestari, karbon-rendah dan selamat. Taman Pintar Mesin Tolak Tanah baharu telah mengguna pakai teknologi berkejituan tinggi untuk memaksimumkan penggunaan bahan, meningkatkan kecekapan pengeluaran dan kecekapan tenaga, seterusnya mengurangkan emisi karbon tahunan sebanyak 82,400 tan.
Pembangunan hijau merangka laluan untuk mencapai pembangunan masa depan bagi industri jentera pembinaan dan Zoomlion akan terus mengoptimumkan strategi kelestariannya dan menyumbang untuk mencapai matlamat pembangunan mampan dalam industri ini.