omniture

CES 2023 Hisense: Memperluas Jejak Global dan Membuka Jalan untuk Pertumbuhan Berterusan

Hisense
2023-01-05 23:07 257

LAS VEGAS, 5 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Pada 4 Januari, David Gold, Presiden Hisense USA, menyampaikan ucapan di Sidang Media CES 2023 Hisense, bagi berkongsi pertumbuhan dan kejayaan antarabangsa Hisense dari segi susun atur globalnya, inovasi teknologi, perniagaan B2B, permbangunan pintar dan juga penajaan serta perkongsiannya.

Hisense TV tersenarai No.2 secara global bagi penghantaran televisyen pada tahun 2022
Hisense TV tersenarai No.2 secara global bagi penghantaran televisyen pada tahun 2022

Skala, Kecekapan dan Kefleksibelan Tahap Tinggi Menjadikan Hisense Menonjol dalam Industri ini

Hisense TV telah mencapai prestasi tinggi mencatat rekod pada tahun 2022, tersenarai sebagai No.2 secara global berkaitan penghantaran TVnya. Pencapaian ini menunjukkan dengan jelas dedikasi Hisense terhadap produk yang berkualiti tinggi serta kebingkasannya di tengah-tengah keadaan yang mencabar.

Memiliki sejumlah 66 syarikat luar negara dan pejabat serta 31 pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D), Hisense menjual produknya ke lebih daripada 160 negara dan wilayah. Melalui pemerolehan jenama-jenama seperti Toshiba TV, gorenje dan Sanden, Hisense telah membawa operasi globalnya ke tahap baharu, seterusnya meluaskan lagi kategori-kategori produknya.

Hisense turut mengembangkan perniagaan B2B sebagai sebuah sektor baharu yang semakin berkembang. Di samping itu, menerusi trend pembangunan pintar, Hisense telah menghasilkan strategi rumah pintar, memanfaatkan kekuatannya dari segi teknologi paparan dan perkakas rumah. "Platform operasi TV pintar VIDAA kami dan platform perkakas rumah pintar ConnectLife menghimpunkan perkakas rumah pintar untuk mewujudkan ekosistem terhubung," kata David.

Perkongsian dan Penajaan Global Berterusan Menjadikan Hisense Jenama Terkenal

Ia menjadi satu perjalanan yang panjang sejak ia mula mengisytiharkan bahawa "Masa Depan Hisense Bergantung pada Luar Negara" dalam tahun 2004. Sebagai salah satu penaja rasmi FIFA World Cup 2022TM, Hisense mencapai pertumbuhan yang terunggul dari segi kesedaran jenamanya. Di samping itu, penajaannya yang berterusan untuk UEFA, Paris Saint-Germain dan United Soccer League turut menjadikan Hisense lebih dikenali oleh pengguna global yang telah membawa proses globalisasi Hisense ke tahap baharu.

Di Sidang Media CES 2023 Hisense, David Gold mengimbau pertumbuhan luar biasa Hisense dalam pasaran global dengan melabur dalam pembuatan, penyelidikan dan pembangunan, pemerolehan strategik, perkongsian baharu dan produk berprestasi tinggi. Pada tahun-tahun akan datang, Hisense akan berusaha untuk melangkah lebih jauh, dengan visi untuk terus mendahului kemajuan yang terkini dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan barangan elekronik pengguna, paparan, perkakas, aplikasi komersial dan banyak lagi.

David Gold, Presiden Hisense USA, berucap di Sidang Media CES 2023 Hisense
David Gold, Presiden Hisense USA, berucap di Sidang Media CES 2023 Hisense

 

Source: Hisense
Related Stocks:
Shanghai:600060
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news