omniture

CGTN: Kesiapsiagaan China untuk melaraskan dasar COVID-19

CGTN
2023-01-05 23:36 50

BEIJING, 5 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Sejak China mengutamakan respons COVID-19nya daripada dasar COVID-sifar yang dinamik, beberapa media dan intelektual Barat telah mempersoalkan "kesiapsiagaan" China dalam membuat perubahan.


Kesiapsiagaan hanya dapat dinilai oleh keputusan yang dihasilkannya – bagi kes COVID-19, jumlah nyawa yang terselamat. Sejak berlakunya wabak, China telah mempersiapkan rakyat Cina untuk menangani virus ini. Dasar COVID-sifar yang dinamik diperkenalkan untuk memberi lebih banyak masa untuk strain asal yang membawa maut dan varian-varian seterusnya agar menjadi kurang mengancam nyawa.

Li Guangxi, pakar bagi Mekanisme Pencegahan & Kawalan Bersama Majlis Negeri berkata dalam satu temu bual bahawa "sebaik sahaja virus ini berada di dunia, ia menjadi amat teruk. Ia akan membuatkan hospital, terutamanya katil-katil ICU, penuh. Ia berlaku di setiap kawasan di dunia." "Kini, setelah virus ini menjadi kurang teruk dan ringan, ketika ini, kami ingin melonggarkan langkah-langkah kami. Kami pastinya akan mengalami sedikit lonjakan kes. Walau bagaimanapun, kadar kematian dan jenis COVID-19 yang teruk akan menjadi amat sedikit berbanding sebelum ini," kata Li.

Menurut Wu Zunyou, ketua ahli epidemiologi Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China, proposisi bagi kes-kes yang teruk dan sakit tenat telah jatuh daripada 16.47 peratus pada tahun 2020 kepada 0.18 peratus baru-baru ini.

Pengarah jabatan pentadbiran perubatan Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan Jiao Yahui berkata dalam satu sidang media pada bulan Disember bahawa hospital-hospital sementara COVID-19 China akan dinaik taraf dan dilengkapi dengan lebih banyak kapasiti rawatan untuk menjadi hospital-hospital sub-khusus untuk pesakit COVID-19. China mempunyai kira-kira 138,100 katil rawatan rapi, 10 bagi setiap 100,000 orang. Terdapat sejumlah 80,500 pakar rawatan rapi dan 220,000 jururawat rawatan rapi di China dan lebih 106,000 doktor serta 178,000 jururawat yang mampu mengendalikan tugas ICU.

Bagi melindungi penduduk rentan, termasuk warga emas, yang merupakan cabaran kritikal untuk negara ini, China melancarkan suntikan penggalak COVID-19 kedua pada 14 Disember. Vaksin boleh hidu itu turut diperkenalkan untuk mereka yang letih atau tidak mampu mendapatkan suntikan pada lengan.

Bekalan ubat antiwabak turut dipertingkatkan. Pentadbiran ubatan dan pihak berkuasa Beijing telah menghantar kumpulan kerja bersama yang terdiri daripada lebih 50 orang ke lima perusahaan borong farmaseutikal besar di Beijing untuk meringankan masalah kekurangan ubat-ubatan rawatan dan pencegahan wabak. Data daripada China Resources Pharmaceutical Commercial Group Co., Ltd menunjukkan bahawa syarikat tersebut membekalkan lebih daripada 3.5 juta kotak ubat antiwabak kepada lebih 4,000 pelanggan di Beijing dalam seminggu – termasuk 300 hospital, lebih daripada 2,200 pusat kesihatan komuniti dan lebih 1,500 farmasi runcit.

Di Shanghai, klinik-klinik demam di 145 hospital peringkat menengah dan tinggi diminta untuk terus dibuka sepenuhnya. Di Wilayah Zhejiang, hospital-hospital internet telah dibuka di beberapa bandar sebagai respons kepada permintaan yang meningkat terhadap diagnosis dan rawatan di klinik-klinik demam.

Pencegahan dan kawalan merupakan proses untuk menubuhkan institusi-institusi dan meningkatkan keupayaan perubatan bagi menangani keadaan yang berubah-ubah. China beradaptasi dengan pantas terhadap keadaan semasa dan melakukan pelarasan berdasarkan kepada maklum balas daripada orang ramai dan komuniti perubatan. Perubahan dasar pula mencerminkan hakikat bahawa China bersedia untuk menerima apa yang akan berlaku seterusnya.

https://news.cgtn.com/news/2022-12-31/Is-China-prepared-for-shift-in-COVID-19-policies-Yes--1gcS2Uz1GYE/index.html 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion