Pameran interaktif menonjolkan paparan QLED LED Mini ultra-besar jenama global, monitor permainan, peranti mudah alih, perkakas rumah pintar, komitmen kelestarian dan banyak lagi
HONG KONG, 6 Januari 2023 /PRNewswire/ -- TCL Electronics, salah satu pengusaha yang dominan dalam industri televisyen global dan jenama barangan elektronik pengguna yang terkemuka, mengambil bahagian dalam CES 2023 mulai 5 hingga 8 Januari 2023. Di bawah moto terkenal jenama ini, Menginspirasikan Kehebatan (Inspire Greatness), pengunjung yang melawat reruai berkeluasan 1,600 meter persegi TCL di Dewan Pusat, Pusat Konvensyen Las Vegas boleh mengalami sendiri teknologi TCL dan produk kategori-penuh.
Reruai pameran CES TCL sentiasa menjadi salah satu cara yang terbaik untuk menyaksikan dorongan berterusan oleh syarikat ini untuk mencapai inovasi, dengan kawasan-kawasan interaktif mempamerkan produk-produk yang dapat menjadi tajuk utama. Barangan pameran tahun ini termasuk barisan TV QLED LED Mini skrin ultra-besarnya dan bar bunyi pemenang anugerah terkini yang menawarkan audio berkualiti panggung wayang bagi meningkatkan lagi pengalaman pawagam rumah TCL. Sentiasa berusaha untuk menjadikan teknologi 5G lebih mudah dicapai untuk lebih ramai orang, CES akan turut mempamerkan telefon pintar yang paling terkini daripada TCL serta demonstrasi realiti imbuhan (AR) dan pengalaman tontonan skrin penuh peribadi yang baharu. Buat julung kalinya di CES, para pengunjung juga akan dapat mengetahui lebih lanjut tentang komitmen TCL terhadap kelestarian di kawasan TCL Green.
Pengalaman Pawagam Rumah Imersif
Pengalaman pawagam rumah TCL yang luar biasa, imersif yang dipamerkan di CES 2023 adalah hasil daripada dedikasinya untuk terus membangunkan teknologi LED Mini. Barang pameran melibatkan TV LED Mini unggulannya yang terkini, TV LED Mini 98-inci lebih besar yang memaparkan kandungannya pada tahap terbaik. Skrin XL menggunakan lebih banyak LED Mini dalam paparan TV TCL premiumnya. Dengan sekurang-kurangnya 2,000 zon pemalapan setempat yang membawakan kontras tinggi dan lebih 2,000 nit kecerahan puncak kepada imej, algoritma kawalan cahaya TCL membantu mendedahkan setiap perincian di kawasan yang sangat cerah dan gelap.
Kawasan pameran pawagam rumah juga akan mempamerkan TV QLED premium 75-inci hingga 98-inci TCL, menampilkan Teknologi Warna Titik Kuantum, pemalapan setempat dan kontras yang mengagumkan. Pemain boleh meninjau TV TCL dengan kependaman rendah yang responsif, kejelasan pergerakan serta pengoptimuman permainan video generasi seterusnya. Kesemua pengunjung pasti ingin merasai pengalaman bar bunyi RAY•DANZ Dolby Atmos yang memenangi anugerah.
Gaya Hidup Rumah Pintar Terhubung
Dalam kawasan pameran gaya hidup rumah pintar, pengunjung boleh menemui Teknologi AC FreshIN 2023, menampilkan sistem udara segar FreshIN Plus proprietari yang membantu membawa masuk udara segar dari luar ke dalam rumah. Teknologi FreshIN yang dinaik taraf adalah lebih intuitif, dengan sensor terbina dalam yang mengukur kualiti udara dan memaparkan keputusan waktu sebenar pada papan pemuka. Enjin udaranya yang berkuasa membantu meningkatkan paras oksigen dan kelembapan dengan kapasiti sehingga 60 meter padu setiap jam.
Semasa berlangsungnya CES, pengunjung juga boleh mencuba telefon pintar TCL 40 Series yang baru diperkenalkan, termasuk TCL 40 R 5G, TCL 40 SE dan TCL 408. Setiap peranti membawakan teknologi paparan NXTVISION yang dipertingkat, bateri tahan lama dan kamera berkuasa AI 50MP, agar hiburan menjadi tanpa had sepanjang siang dan malam. Dengan visi 5G untuk semua, TCL 40 R 5G memuatkan pemproses 5G berprestasi tinggi 7nm untuk mengekalkan sambungan ultra-pantas pada harga yang berpatutan. Amat sesuai untuk perjalanan jauh dan berulang-alik, TCL 40 SE memiliki skrin 6.75-inci dengan dwi pembesar suara stereo untuk video dan audio yang imersif serta paparan kadar segar semula 90 Hz yang adaptif demi pengalaman visual yang amat lancar.
Pameran TCL turut menonjolkan teknologi NXTPAPER yang dinaik taraf, seperti yang dilihat pada tablet TCL NXTPAPER 12 Pro yang memberi 100% lebih kecerahan berbanding lelaran NXTPAPER terdahulu untuk mengekalkan visual yang tajam dan menapis selanjutnya cahaya biru yang berbahaya untuk menjaga mata pengguna. Apabila digandingkan dengan TCL E-Pen, ia memiliki kelancaran seperti kertas yang hebat untuk menulis atau melukis.
Kunjungi Reruai TCL di Pusat Konvensyen Las Vegas Tarikh: 5-8 Januari 2023
Tempat: Reruai #16915 dan #16937, Dewan Pusat
Latar Belakang TCL Electronics
TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pesat dan pengusaha yang terkemuka dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada televisyen, audio dan peralatan kediaman pintar. Kunjungi halaman utama TCL di https://www.tcl.com.