omniture

Trina Solar Kekalkan Penarafan AAA dalam Penilaian Keupayaan Menjana Keuntungan (Bankability) PV ModuleTech Terkini

Trina Solar Energy Development Pte. Ltd.
2023-01-06 18:37 137

SINGAPURA, 6 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Trina Solar mengekalkan status AAA bagi suku ketiga berturut-turut dalam penarafan keupayaan menjana keuntungan (bankability) PV ModuleTech yang dikeluarkan oleh PV Tech untuk Suku Keempat 2022.

Kehadiran berterusan syarikat ini dalam kategori tertinggi mengesahkan tahap prestasi tingginya yang berterusan dalam kapasiti pengilangan, inovasi teknologi, penghantaran produk dan status kewangan serta menegaskan kedudukannya sebagai peneraju industri dalam setiap bidang ini.

Trina merupakan penggerak awal antara pembekal-pembekal modul yang terkemuka bagi teknologi jenis-n dan dijangka menambah kapasiti yang selanjutnya pada tahun akan datang.

Trina Solar Kekalkan Penarafan AAA dalam Penilaian Keupayaan Menjana Keuntungan (Bankability) PV ModuleTech Terkini
Trina Solar Kekalkan Penarafan AAA dalam Penilaian Keupayaan Menjana Keuntungan (Bankability) PV ModuleTech Terkini

Penggerak awal dan penggalak teknologi jenis-n

Trina Solar komited terhadap inovasi teknikal dan terus menerajui industri ini dengan teknologi jenis-n. Berdasarkan kepada teknologi 210mm yang utama, Trina Solar melancarkan penyelesaian senario-penuh jenis-n 210mm, mengurangkan kos BOS dan LCOE serta menawarkan nilai yang lebih besar kepada pelanggan. Volum penghantaran modul Trina bagi 210mm dan teknologi jenis-n diramalkan mencecah 30GW menjelang tahun 2030, seterusnya membantu membawa industri PV ke era jenis-n.

Pilihan pelanggan global: kenaikan jelas penghantaran modul 210mm

Trina Solar menyatakan bahawa menjelang penghujung suku ketiga penghantaran modulnya untuk tahun tersebut berjumlah 28.79GW, lalu menjadikan syarikat ini sebagai peneraju bagi bilangan modul sel 210mm yang dihantar. Menurut pihak ketiga TrendForce, industri ini menghantar 50GW modul sel 210mm dalam sembilan bulan pertama tahun tersebut. Sejak modul sel 210mm dikeluarkan secara besar-besaran, penghantarannya berjumlah 76GW menjelang suku ketiga tahun 2022.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.trinasolar.com.

Source: Trina Solar Energy Development Pte. Ltd.
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Publishing/Information Service Utilities