- Kesihatan Awam Global Janssen akan Menyelia Penyelidikan & Pembangunan serta Mengakses Pembangunan Strategi bagi Portfolio Perubatan Transformasi yang Semakin Berkembang
BEERSE, Belgium, 23 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Janssen, syarikat farmaseutikal Johnson & Johnson, hari ini mengumumkan pembentukan Kesihatan Awam Global Janssen (Janssen GPH), kumpulan yang baharu dan penting dengan tujuan menyatukan komitmen Janssen bagi menyelidik, membangunkan, dan menyediakan ubat-ubatan transformasi bagi menangani keperluan kesihatan awam terbesar di dunia yang tidak dipenuhi. Janssen GPH akan menjajarkan model akses sains dan inovatif syarikat itu yang canggih di bawah entiti tunggal bagi memacu hasil kesihatan yang lebih baik, memperbaiki kualiti kehidupan pesakit, dan melanjutkan kesihatan secara mampan bagi orang ramai seluruh dunia.
"Bagi menyelesaikan cabaran kesihatan awam yang terbesar masa kini, sangat penting bagi kami menekankan keperluan dunia yang membangun secara sama rata dengan keperluan dunia maju," kata Paul Stoffels, M.D., Ketua Pegawai Saintifik, Johnson & Johnson dan Pengerusi Seluruh Dunia Janssen. "Dengan kumpulan baharu ini, kami menggunakan pendekatan yang lebih bertumpu untuk membangunkan secara lanjut dan memperkenalkan ubat-ubatan kami yang paling mempunyai harapan tinggi, dan dengan organisasi lain yang bermatlamat sama, kami tidak sabar-sabar lagi untuk memajukan platform mampan yang akan memberikan kesan yang signifikan ke atas kehidupan orang ramai seluruh dunia."
Janssen GPH ialah sebahagian daripada respon yang dikongsi antara Janssen dan Johnson & Johnson terhadap cabaran kesihatan awam global dunia. Organisasi dan syarikat beroperasi lain yang terkandung di bawah Syarikat itu telah melancarkan dan terus menyokong usaha menyeluruh untuk memperkukuh kesihatan masyarakat, memperbaiki kesihatan para ibu dan kanak-kanak, dan mengelakkan penyebaran penyakit berjangkit dan penyakit yang boleh dielakkan di seluruh dunia melalui vaksinasi. Janssen GPH akan bekerjasama dengan organisasi lain yang bersesuaian di dalam Syarikat itu bagi memajukan matlamat kesihatan awam global. Adrian Thomas, M.D., Naib Presiden Akses Pasaran Global, Operasi Strategi Komersil Global, dan Kesihatan Awam Global, serta Wim Parys, M.D., Naib Presiden, Penyelidikan & Pembangunan Kesihatan Awam Global, akan bersama-sama memimpin Janssen GPH.
Janssen GPH akan bertanggungjawab untuk pembangunan klinikal dan produk serta mencipta dan melaksanakan strategi akses baharu yang inovatif bagi portfolio farmaseutikal, diagnostik, dan perkhidmatan yang semakin berkembang untuk penyakit yang memberi impak signifikan ke atas negara dengan sumber terhad serta pasaran memuncul, dan termasuklah:
"Cabaran kesihatan global besar dunia memerlukan produk dan amalan yang direka secara khusus untuk menangani keperluan dunia sebenar oleh orang ramai yang menghidap penyakit itu di rantau yang paling terpencil di dunia," kata Wim Parys, M.D. "Sebagai penyelidik yang berdedikasi, kami mengakui wujudnya keperluan yang tidak dipenuhi ini. Kami juga mempunyai kebolehan untuk menggunakan kelebihan kemahiran dan kepakaran penyelidikan & pembangunan kami dalam kolaborasi yang menyokong penyelesaian inovatif bagi dunia membangun, yang dibangunkan khusus untuk tempat yang memerlukannya dan sesuai dalam konteks tempatan. Melalui Janssen GPH, kami berharap dapat mencipta ubat-ubatan yang lebih menyasar khusus bagi merawat dan mencegah penyakit."
Selain penyelidikan dan pembangunan, Janssen GPH akan menyemai dan membantu melaksanakan penetapan harga inovatif dan model pembiayaan berasaskan keputusan yang memperbaiki akses untuk ubat-ubatan ini oleh pesakit dalam pasaran sumber terhad serta pasaran memuncul, serta mencipta penyelesaian jangka panjang yang mampan berdasarkan pemilikan negara dan kebertanggungjawaban untuk perkhidmatan dan hasil kesihatan. Strategi baharu ini akan disepadukan dengan strategi yang dibangunkan oleh Program Perkongsian dan Akses Global Janssen (GAPP) yang kini sedang menjamin akses mampu milik dan mampan untuk portfolio ubat-ubatan HIV syarikat itu di negara dengan sumber terhad.
Janssen GPH mengakui wujudnya keperluan untuk kolaborasi yang dipertingkat bagi menangani keperluan kesihatan orang awam yang tidak dipenuhi dengan lebih baik di seluruh dunia. Janssen GPH akan menjadi titik tengah bagi hubungan untuk kolaborasi berterusan dengan pihak berkepentingan kesihatan awam global dan menjemput kolaborasi inovatif, antarabangsa, dan berbilang sektor bagi mengatasi cabaran penting dalam kesihatan awam global, seperti MDR-TB. Janssen GPH juga akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan bagi memastikan polisi kesihatan awam dibangunkan untuk memaksimumkan akses kepada portfolio ubat-ubatan kami yang diperlukan oleh pesakit seluruh dunia.
"Kami sedang menggunakan kepakaran kami di tempat dan dalam situasi yang kami boleh menghasilkan impak yang paling besar," kata Adrian Thomas, M.D. "Matlamat kami adalah untuk menangani cabaran kesihatan yang kelihatan mustahil diselesaikan dalam cara yang baharu dan tidak dijangka."
Latar Belakang Janssen Pharmaceutical Companies of Johnson & Johnson
Janssen Pharmaceutical Companies of Johnson & Johnson adalah dikhususkan untuk menangani dan menyelesaikan keperluan perubatan paling penting yang tidak dipenuhi pada masa kini, termasuk onkologi (cth., myeloma berbilang dan kanser prostat), imunologi (cth., artritis rheumatoid, penyakit radang usus dan psoriasis), neurosains (cth., skizofrenia, dementia dan kesakitan), penyakit berjangkit (cth., HIV/AIDS, Hepatitis C dan tuberkulosis), dan penyakit kardiovaskular serta metabolik (cth., kencing manis).
Dipacu oleh komitmen kami terhadap pesakit, kami membangunkan penyelesaian penjagaan kesihatan yang mampan dan bersepadu dengan bekerja berganding bahu dengan pihak berkepentingan dalam penjagaan kesihatan, berdasarkan perkongsian berasaskan kepercayaan dan ketelusan. Bagi mengetahui lebih lanjut, lawati www.janssen.com.
Latar Belakang Janssen Pharmaceutica
Janssen Pharmaceutica NV ialah pusat kecemerlangan seluruh dunia untuk penyelidikan dan pembangunan bersepadu, penghasilan dan perkhidmatan am. Syarikat ini mempunyai empat tapak di Belgium (Beerse I & II, Geel dan Olen), dengan semuanya menggajikan sejumlah hampir 4,000 orang.
Lebih lapan puluh ubat yang didaftarkan kepada syarikat itu digunakan seluruh dunia dalam perubatan manusia dan perlindungan bahan. Syarikat itu beroperasi dalam rangkaian bidang patologi yang luas, seperti neurosains, onkologi dan penyakit berjangkit.