omniture

Rakan-rakan kongsi Tech4Nature mengumumkan projek mengkaji impak pelancongan ke atas biodiversiti di Sepanyol

Huawei
2023-01-06 21:41 82

Huawei dan International Union for Conservation of Nature (IUCN) telah melancarkan projek perintis untuk membimbing pemuliharaan biodiversiti yang memfokuskan kepada helang Bonelli di Sant Llorenç del Munt i l'Obac Natural Park

BARCELONA, Sepanyol, 6 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Huawei dan International Union for Conservation of Nature (IUCN) memilih Sant Llorenç del Munt i l'Obac Natural Park di Wilayah Barcelona untuk projek Tech4Nature baharu bagi mengkaji bagaimana pelancongan memberi kesan ke atas ekosistem taman itu, khususnya helang Bonelli.

Helang Bonelli
Helang Bonelli

Taman berkenaan menyaksikan peningkatan pengunjung yang jelas sejak pandemik, lalu mencerminkan trend libur dan pelancongan yang semakin meningkat di kawasan semula jadi dan terlindung pinggir bandar. Hasilnya, pengurus-pengurus taman dapat melihat perubahan dalam corak tingkah laku helang Bonelli yang bersarang di taman itu dan disenaraikan sebagai haiwan berisiko dalam Red Book of Birds berbahasa Sepanyol.

Dijadualkan untuk dilancarkan pada Februari 2023, projek tersebut akan menyaksikan Huawei dan rakan-rakan kongsi membangunkan dan menggunakan penyelesaian berasaskan teknologi yang terdiri daripada kamera, penerima GPS dan platform awan yang akan berfungsi sebagai infrastruktur pengkomputeran dan storan. Membentuk satu sistem pengesanan-amaran, penyelesaian ini akan memerhatikan dan memantau pergerakan helang dan menentukan faktor-faktor yang mengganggu kejayaan reproduktifnya – gangguan oleh manusia terhadap kawasan pembiakan telahpun dikenal pasti sebagai ancaman utama kepada helang.

Data yang dikumpul akan dihantar ke platform awan untuk dianalisis oleh AI yang akan membantu membimbing keputusan pemuliharaan, menyokong pengurus taman dalam memberi respons dengan pantas dan berkesan terhadap risiko alam sekitar yang berpotensi dan mendidik orang ramai tentang pemuliharaan.

"Projek ini akan membantu kami mendapat lebih banyak maklumat untuk mengurus dan mengawal selia penggunaan awam," Ángel Miño, pengarah Taman Semula Jadi itu di bawah Majlis Wilayah Barcelona. "Ia juga akan dapat membawa usaha pemuliharaan biodiversiti lebih dekat dengan orang awam, memandangkan video dan bahan penyebaran lain turut dirancang. Dengan kerjasama Huawei dan IUCN, projek ini membolehkan kami melakukan lonjakan kualitatif dengan menggabungkan teknologi baharu kepada pemantauan dan pemuliharaan spesies."

Bagi meningkatkan kajian dan hasil perlindungan biodiversiti, Miño menegaskan bahawa meluaskan perkongsian awam-swasta untuk melibatkan universiti-universiti dan dunia perniagaan merupakan aspek penting dalam strategi pengurusan taman berkenaan dan penting untuk mencapai kejayaan, satu pandangan yang dikongsi oleh rakan-rakan kongsi projek yang lain.

"Kolaborasi antara institusi-institusi awam dan sektor swasta semakin diperlukan bagi menentukan kejayaan dalam menghadapi cabaran alam sekitar yang rumit," kata Antonio Troya, Pengarah IUCN Centre for Mediterranean Cooperation. "Kami berpeluang untuk memanfaatkan inovasi teknologi dan menerapkannya ke dalam langkah-langkah pemuliharaan untuk ekosistem kami. Projek ini mempermudah sejauh mana kerjasama dan pengarusperdanaan menjadi cara ke hadapan untuk menghalang kehilangan biodiversiti."

Dilaksanakan di bawah perkongsian IUCN-Huawei Tech4Nature selaras dengan Senarai Hijau IUCN dan inisiatif TECH4ALL Huawei, pengurus-pengurus taman – Majlis Wilayah Barcelona – akan melancarkan projek di taman tersebut pada awal tahun 2023. Penyelesaian teknikal akan dibangunkan oleh Huawei dengan kerjasama bersama University of Girona pada tahun 2023 dan 2024.

Perkongsian Tech4Nature, yang bertujuan untuk membangunkan penyelesaian pemuliharaan berasaskan teknologi untuk 300 kawasan terlindung selama tiga tahun dan mengukur keberkesanan projek itu terhadap Senarai Hijau IUCN, menggabungkan pengalaman pemuliharaan alam semula jadi IUCN dan kepakaran Huawei dalam membangunkan teknologi digital yang canggih.

"Projek ini merupakan yang pertama seumpamanya yang kami lancarkan di Sepanyol selepas berpuluh-puluh pengalaman yang berjaya dalam membangunkan penyelesaian untuk melindungi spesies berbeza dan kawasan semula jadi di negara-negara serata dunia menggunakan teknologi canggih seperti awan, AI dan ketersambungan," kata Eric Li, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Spain. "Peranan industri teknologi dalam memenuhi cabaran ini merupakan kuncinya, namun hanya melalui kolaborasi bersama rakan-rakan kongsi yang strategik dan komited maka objektif-objektif dapat dicapai dengan kaedah yang sebenar."

Selain memastikan agar Sant Llorenç del Munt i l'Obac Natural Park dapat mengimbangi perlindungan biodiversiti dengan keseronokan buat semua, diharapkan agar model ini dapat disempurnakan dan direplikasi di kawasan-kawasan terlindung yang lain di Sepanyol.

Latar Belakang Huawei TECH4ALL

TECH4ALL ialah inisiatif rangkuman digital jangka panjang Huawei yang bertujuan untuk tidak meninggalkan sesiapa pun dalam dunia digital. Ia memfokuskan kepada empat domain: mengupayakan kesaksamaan dan kualiti pendidikan, memulihara alam semula jadi dengan teknologi, mendayakan penjagaan kesihatan yang inklusif dan pembangunan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang di https://www.huawei.com/en/tech4all

Source: Huawei
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Computer Networks Computer/Electronics Environmental Products & Services Telecommunications Travel Animals/Pets New products/services