omniture

Olight menjadi peneraju dengan mencipta lampu suluh aloi magnesium

OLIGHT E-COMMERCE TECHNOLOGY CO., LTD
2023-01-06 22:28 112

SHENZHEN, China, 6 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Didorong oleh nilai teras untuk menyediakan inovasi dan perkhidmatan berorientasikan pelanggan, Olight, sebuah syarikat alat pencahayaan yang terbukti dalam industri secara global memperkenalkan produk serba baharu — Baton 3 Pro Max Magnesium Alloy dalam Desert Tan, lampu suluh Olight yang pertama seumpamanya daripada bahan ini.

Menampilkan aloi magnesium, Baton 3 Pro Max Magnesium Alloy Desert Tan adalah lebih ringan dan mempunyai ciri kekuatan yang tinggi, menawarkan ciri-ciri rintangan impak dan pelesapan haba yang hebat. Pelancaran Baton 3 Pro Max Magnesium Alloy Desert Tan membuka peluang untuk lebih banyak menggunakan aloi magnesium pada lampu suluh yang merupakan logam yang sangat mungkin dapat menandingi aloi aluminium pada masa akan datang.

Aloi magnesium memiliki kira-kira 1/4 ketumpatan logam dan 2/3 ketumpatan aluminium. Ia merupakan bahan logam berstruktur yang paling ringan dan mempunyai prestasi suhu tinggi yang menjadikannya sangat sesuai untuk digunakan di angkasa lepas, peranti mudah alih, basikal dan dalam alat elektronik. Ia juga telah digelar sebagai "bahan struktur hijau abad ke-21", yang akan benar-benar selari dengan pembangunan mampan yang dapat menarik komuniti global.

Selain daripada menyatakan kelebihan Aloi Magnesium ZK61B, Baton 3 pro max ialah lampu suluh EDC yang berkuasa dengan output maksimum 2,500 lumen dan turut dilengkapi dengan sensor proksimiti dinaik taraf untuk membantu melindungi penggunanya tanpa menjadi terlalu sensitif atau menjejaskan corak pancaran cahaya. Agar lebih mesra pengguna, Baton 3 Pro Max mengguna pakai suis sisi diperbesar dan terbenam untuk beroperasi dan penunjuk baterinya dapat dihidupkan dengan goncangan pantas.

Sebagai jenama alat pencahayaan yang memfokuskan kepada inovasi yang berterusan, Olight berusaha dalam jangkauannya untuk membawa bahan-bahan baharu yang menampilkan ciri-ciri cemerlang untuk meningkatkan prestasi produk dan mengupayakan pengalaman pencahayaan sebaik mungkin. Usaha teguh itu bukan sahaja dibuktikan oleh penggunaan aloi magnesium kali ini, tetapi juga dengan gentian karbon, loyang merah, Zirkonium/Titanium Damsyik, Titanium, dsb., semua bahan produk yang popular dalam kalangan peminat global mereka. Memperkenalkan bahan baharu dalam lampu suluh bukan mudah, namun Olight ingin terus melangkah ke hadapan dengan kemajuan seperti ini bagi memberi inspirasi kepada peminat mereka dalam menerokai dunia.

Apa lagi inovasi dan bahan yang akan dijadikan kenyataan oleh Olight seterusnya? Nantikan!

Latar Belakang Olight:

Ditubuhkan pada tahun 2007, Olight berdedikasi untuk menawarkan produk pencahayaan berkualiti tinggi termasuk lampu EDC, lampu luar, lampu dipasang pada rel, lampu ambien, lampu depan dan banyak lagi.

Olight Baton 3 Pro Max Magnesium Alloy Desert Tan
Olight Baton 3 Pro Max Magnesium Alloy Desert Tan

 

Source: OLIGHT E-COMMERCE TECHNOLOGY CO., LTD
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics Mining/Metals New products/services