omniture

TCL Diberi Penghormatan oleh ADG dengan Anugerah untuk Teknologi Inovatif semasa CES 2023

TCL Electronics
2023-01-07 02:00 26

HONG KONG, 7 Januari 2023 /PRNewswire/ -- TCL, jenama barangan elektronik pengguna yang terkemuka dan salah satu pengusaha yang dominan dalam industri televisyen global telahpun diiktiraf oleh ADG atas pencapaian teknologinya untuk sumbangan kepada kemajuan teknologi paparan semasa CES 2023.

Antara gelaran-gelaran yang tersendiri, Anugerah Emas Inovasi Teknologi Paparan diberikan kepada TV LED Mini 4K TCL C845 manakala Anugerah Inovasi Perlindungan Mata Tahunan diberikan kepada TCL NXTPAPER 12 Pro.

Dipilih oleh juri yang terdiri daripada pakar-pakar global dan media berpengaruh, anugerah tersebut disampaikan sebagai sebahagian daripada Global Top Brands Award 2022-2023 yang ditaja oleh ADG, diadakan pada 6 Januari di Las Vegas.


Berdedikasi untuk Memajukan Teknologi

Anugerah Emas Inovasi Teknologi Paparan yang berprestij untuk TV LED Mini 4K TCL C845 memperlihatkan dedikasi berterusan TCL untuk memajukan teknologi LED Mini dan paparan bagi menyampaikan pengalaman pawagam rumah terunggul dengan kejelasan luar biasa, kontras mengagumkan dan warna-warna yang kelihatan benar-benar hidup. Perkembangan terkini dalam kolaborasi industri TCL untuk menerobos sempadan prestasi paparan premium termasuk TCL menjalin kerjasama dengan TÜV untuk menubuhkan secara bersama makmal LED Mini.

Kemajuan yang terkini dalam teknologi NXTPAPER TCL mendapat pengiktirafan menerusi kemenangan TCL NXTPAPER 12 Pro 2023 dalam kategori Anugerah Inovasi Perlindungan Mata Tahunan Global Top Brands. Paparan NXTPAPER 12 Pro yang dinaik taraf memberi pengalaman tontonan yang imersif. Ia juga lebih cerah sehingga 100% berbanding pendahulunya sementara paparan seperti kertasnya dapat menapis cahaya biru yang berbahaya sehingga 61%[1] berbanding skrin biasa, lalu memastikan visual yang luar biasa tanpa menjejaskan kesihatan mata.

Alami paparan terkini TCL serta produk dan teknologi kategori-penuh secara peribadi di Reruai TCL semasa berlangsungnya CES 2023, Pusat Konvensyen Las Vegas.

*Ketersediaan produk mungkin berbeza antara negara dan wilayah.

Ikuti TCL di saluran media sosial TCL untuk perkembangan terkini semasa berlangsungnya CES 2023.

Twitter: @TCL_Global
Facebook: @TCLElectronicsGlobal
Instagram: tclelectronics
YouTube: TCL Electronics

Kunjungi Reruai TCL di Pusat Konvensyen Las Vegas
Tarikh:
 5-8 Januari 2023
Tempat: Reruai #16915 dan #16937, Dewan Pusat

Latar Belakang TCL Electronics

TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pesat dan pengusaha yang terkemuka dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada televisyen, audio dan peralatan kediaman pintar. Kunjungi halaman utama TCL di https://www.tcl.com.

[1] Angka dihitung berdasarkan kepada prosedur ujian dalaman yang ketat.

Source: TCL Electronics
Related Stocks:
HongKong:1070
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Awards Trade show news