omniture

Pengalaman Menonton Dinaik Taraf dan Cara Hidup Baharu: Hisense Mempersembahkan TV LED Mini ULED, TV Laser dan Kediaman Pintar

Hisense
2023-01-09 08:35 72

LAS VEGAS, 9 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Hisense memaparkan barisan produk baharu 2023nya yang menampilkan TV ULED, TV Laser baharu, kedismsn pintar dan banyak lagi di CES 2023. Setiap tahun, selaku peneraju dalam bidang perkakas rumah global, Hisense menyediakan pelanggan dengan pelbagai pilihan yang memperkayakan aktiviti harian mereka, memberikan produk berkualiti premium.

ULED - 110 ULED X Memenangi Penerima Anugerah Inovasi CES

Pada CES tahun ini, Hisense 110 ULED X telah diiktiraf sebagai Penerima Anugerah Inovasi CES. Mempunyai skrin 110 inci dan resolusi 8K, 110 ULED X dilengkapi dengan teknologi tontonan berkualiti tinggi, termasuk lampu latar LED Mini, kecerahan puncak sehingga 2500 nit dan prestasi kualiti imej HDR yang tiada tandingan. Dengan kawalan lampu latar pintar aktif dan cipset 8K proprietari baharu, penonton boleh menikmati pengalaman paparan terbaik tanpa mengira perubahan dalam suasana. Sebagai tambahan kepada teknologi gambar yang terkemuka, ULED X juga mencipta bunyi berkualiti pawagam dengan reka bentuk audio dwi teater kiri dan kanan serta 3.1.2 saluran bunyi sekeliling yang mengasyikkan. Selain ULED X, siri U8K, U7K dan U6K turut dipamerkan di CES tahun ini.

Hisense 110 ULED X at CES 2023
Hisense 110 ULED X at CES 2023

TV Laser - Kualiti Imej Lebih Menyenangkan

TV Laser 8K mula diperkenalkan ke pasaran luar negara pada CES tahun ini. Produk edisi terhad ini menyepadukan teknologi TV laser tercanggih, termasuk sumber cahaya laser tiga warna, Dolby Atmos, Teknologi DTS Virtual:X Audio, pensijilan IMAX Enhanced, dsb. TV Laser terkini Hisense meningkatkan pengalaman menonton dengan perolehan tinggi skrin ALR baharu untuk meningkatkan kecerahan dan gambar yang lebih jelas, penala TV terbina dalam serta kualiti dan ciri audio premium. Pelbagai model termasuk L9H dan L5H bersedia untuk memenuhi keperluan pengguna yang berbeza.

Hisense 8K Laser TV
Hisense 8K Laser TV

Kediaman Pintar - Cara Hidup Baharu

Hisense juga telah mengembangkan strategi rumah pintarnya, memanfaatkan kekuatannya dalam teknologi paparan, peralatan rumah dan sistem pengendalian. ConnectLife, sebagai komitmen Hisense terhadap strategi ini, menjadikan pengurusan tugasan harian lebih mudah, lebih mampan dan lebih menyeronokkan. Selain itu, platform pengendalian TV pintar Hisense VIDAA, bersama-sama dengan ConnectLife, menghimpunkan peralatan rumah pintar untuk mencipta ekosistem terhubung yang memudahkan pengurusan dan pemantauan isi rumah, mengutamakan pengguna dalam pengalaman kediaman.

Teknologi Future of Cooking Hisense, yang telah menjadikan memasak lebih mudah dan lebih bijak, merupakan faktor yang mengagumkan bagi pameran Hisense. Contohnya, Ketuhar Smart Combi Steam Hisense menyediakan pengguna dengan banyak ciri mudah, seperti zon memasak, imbasan untuk memasak, pelepasan wap automatik, dsb.

Hisense ConnectLife Experience Area at CES 2023
Hisense ConnectLife Experience Area at CES 2023

Selain itu, paparan komersial Hisense turut dipersembahkan di CES 2023. Menyampaikan pengalaman 4K yang bertenaga, kebolehpercayaan peneraju industri dan sistem pengendalian Android terkini, Hisense akan menawarkan penyelesaian paparan komersial berbeza yang akan mencipta pengalaman interaktif yang unik untuk pengguna.

CES memberikan dorongan untuk penggunaan perkakas. Dengan kehadiran Hisense, para pengguna diberikan pandangan tentang praktikalnya dan hala tuju baharu perubahan perkakas.

 

Source: Hisense
Related Stocks:
Shanghai:600060
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Television New products/services Trade show news