omniture

CGTN: Pemulihan dalam pelancongan domestik dan luar China dijangkakan selepas peralihan dasar COVID

CGTN
2023-01-09 22:59 81

BEIJING, 9 Januari 2023 /PRNewswire/ -- China menghapuskan sekatan COVID-19 yang tertentu ke atas penerbangan penumpang antarabangsa pada hari Ahad, dengan pelancongan domestik dan antarabangsa dijangka meningkat apabila cuti Festival Musim Bunga semakin menghampiri.

Langkah-langkah akan diambil bagi memastikan agar pengangkutan di pelbagai pelabuhan akan kembali ke paras sebelum wabak secepat mungkin dan pelancongan ke luar negara untuk rakyat Cina akan disambung semula dengan cara yang teratur, menurut Civil Aviation Administration of China.

Dasar-dasar dan langkah-langkah yang dioptimumkan termasuk penyambungan semula penerimaan dan kelulusan permohonan warganeara Cina untuk pasport biasa bagi tujuan pelancongan dan melawat rakan-rakan di luar negara.

China turut mengoptimumkan peraturannya berhubung perjalanan antara tanah besar dan Hong Kong serta Macau, menurut satu kenyataan daripada Pejabat Hal Ehwal Hong Kong dan Macau Majlis Negeri. Para pengembara antarabangsa akan dapat memasuki tanah besar melalui Hong Kong dan Macau manakala sekatan ke atas faktor muatan penumpang untuk penerbangan antara tanah besar dan Hong Kong serta Macau akan ditarik balik, menurut dokumen berkenaan.

Menurut Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan pada hari Isnin, China menyaksikan kira-kira 52.7 juta lawatan pelancong domestik pada cuti Tahun Baharu selama tiga hari sebelum ini, meningkat 0.44 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Hasil pelancongan yang dijana sepanjang musim cuti melebihi 26.5 bilion yuan (kira-kira $3.8 bilion), meningkat 4 peratus daripada tempoh yang sama tahun lalu, menurut kementerian.

"Pasaran budaya dan pelancongan negara umumnya selamat, lancar dan teratur," menurut Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan.

Lawatan jarak dekat menjadi trend dalam kalangan pengembara sepanjang tempoh cuti, dengan populariti yang berterusan terhadap aktiviti bermain ais dan salji serta berkhemah dalam kalangan anak muda, menurut kementerian. Data juga menunjukkan pemulihan yang mantap dari segi perjalanan jarak sederhana dan jauh negara ini, dengan beberapa agensi pelancongan dalam talian melaporkan peningkatan yang ketara dalam tempahan tiket untuk pelancongan rentas wilayah dan rentas sempadan sepanjang musim cuti.

Melihatkan jumlah pelancong Cina berpotensi yang signifikan, pemulihan perjalanan ke luar negara China dijangka memainkan peranan penting dalam pemulihan kedua-dua pasaran pelancongan domestik dan global.

Dalam tempoh setengah jam selepas pengumuman dasar pembukaan semula, carian untuk destinasi-destinasi luar negara melonjak sebanyak 1,000 peratus, mencecah paras tertinggi dalam tiga tahun, menurut agensi pelancongan dalam talian Cina, Ctrip.

Negara-negara Asia lain merupakan antara yang pertama mendapat manfaat daripada gelombang perjalanan ke luar negara ini. Data daripada Trip.com Group menunjukkan bahawa jumlah tempahan untuk tiket penerbangan ke luar negara yang terjual melonjak 254 peratus pada sebelah pagi 27 Disember, berbanding dengan waktu yang sama sehari sebelumnya. Singapura, Republik Korea, Jepun dan Thailand merupakan antara destinasi-destinasi yang paling popular dalam kalangan pelancong Cina.

Memandangkan dasar pengoptimuman peraturan China ke atas perjalanan terus mencetuskan minat yang kukuh di peringkat global, pihak-pihak berkuasa pelancongan di beberapa negara termasuk Thailand, Kanada, Australia, New Zealand dan Denmark telah menghantar siaran di Weibo sejak 27 Disember bagi mengundang pelancong Cina untuk datang berkunjung.

https://news.cgtn.com/news/2023-01-08/Revival-in-China-s-tourism-industry-expected-after-COVID-policy-shift-1gpXuxx1Cak/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Travel