omniture

CTCI Corporation Terima Anugerah Projek EPC daripada Ras Laffan Petrochemicals untuk Bina Salah Satu Kilang Etilena Terbesar Dunia

CTCI
2023-01-09 23:48 48

TAIPEI, 9 Januari 2023 /PRNewswire/ -- CTCI Corporation, salah sebuah syarikat kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC) yang terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan bahawa ia telah dianugerahkan sebahagian daripada Projek Ras Laffan Petrochemicals (RLPP) yang melibatkan unit etilena dan utilitinya. Projek ini terletak di Bandar Perindustrian Ras Laffan, Qatar. Setelah siap, kilang etilena ini akan menjadi salah satu yang terbesar di dunia berdasarkan kapasiti. Projek ini merangkumi unit etilena dan dua unit polietilena berketumpatan tinggi. Jumlah kos projek ini mencecah $6 bilion dan permulaan projek dijangkakan berlangsung pada lewat tahun 2026. CTCI melaksanakan projek ini bersama Samsung Engineering sebagai "Samsung Engineering CTCI Joint Venture" (SCJV). 

Pelanggannya, Ras Laffan Petrochemicals (RLP), ialah usaha sama antara QatarEnergy dan Chevron Phillips Chemical. Syarikat-syarikat ini membangunkan projek-projek petrokimia di Qatar dan juga Amerika Syarikat. Michael Yang, Pengerusi CTCI Corporation, berkata, "Kami menghargai kepercayaan yang diberikan oleh Ras Laffan Petrochemicals ke atas kami melalui peluang yang bersejarah untuk pasukan kami. Kami akan memanfaatkan kejuruteraan dan pengurusan keselamatan yang berkualiti untuk menyiapkan tugas ini tepat pada masanya dan mengikut piawaian."

Projek Ras Laffan Petrochemicals terdiri daripada dua pakej. SCJV dianugerahkan Pakej 1 iaitu untuk membina 2.08 juta tan unit pengeluaran etilena, utiliti dan kemudahan pejabat. Samsung Engineering akan bertanggungjawab ke atas kejuruteraan untuk kemudahan-kemudahan pengeluaran etilena yang utama dengan skop tugas melibatkan penghidrogenan C2, unit penulenan hidrogen dan tiga pemampat utama. CTCI Corporation akan bertanggungjawab ke atas kejuruteraan untuk relau dan infrastruktur utiliti, termasuk pengumpulan wap/peluwap, air suapan dandang dan sebagainya. Tugas perolehan dan pembinaan akan dijalankan secara bersama oleh SCJV. Etilena yang dihasilkan akan dihantar sebagai stok suapan ke Pakej 2, yang terdiri daripada dua unit polietilena berketumpatan tinggi. 

Selama lebih empat dekad, CTCI Corporation telah menyiapkan pelbagai projek mega yang mencabar dalam sektor penapisan, petrokimia, LNG dan kimia. Kejayaan-kejayaan yang ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini termasuk: penyiapan projek termodularisasi darat yang terbesar di dunia untuk Gulf Coast Growth Ventures bagi menghasilkan 1.1 juta tan mono-etilena glikol setiap tahun di AS; dan mencatat rekod paras tinggi sepanjang zaman dengan 77 juta masa-kerja tanpa kecederaan masa-hilang dalam projek EPC petrokimia Liwa Plastics Industries Complex di Oman. Kejayaan-kejayaan lain yang dicapai oleh CTCI di Qatar termasuk menyiapkan projek relau dan tangki etilena serta projek perluasan Kilang Penapisan Peluwap Laffan.

Hasil daripada pengalaman yang luas dalam kejuruteraan kemudahan petrokimia, CTCI Corporation telah mendapat kepercayaan RLP. SCJV merancang untuk menyediakan pengurusan jadual yang cemerlang kepada pelanggan dengan mengaplikasikan strategi-strategi yang inovatif seperti modularisasi, automasi serta pembelian peralatan dan bahan-bahan penting sebelum proses kejuruteraan dimuktamadkan. Penganugerahan kontrak ini merupakan satu lagi rangsangan yang besar terhadap kehadiran dan operasi global CTCI. 

Latar Belakang CTCI http://www.ctci.com

CTCI (TWSE: 9933, TPEx: 5209, TPEx: 6803) ialah penyedia perkhidmatan kejuruteraan bertaraf global yang menawarkan rangkaian perkhidmatan, produk dan penyelesaian yang komprehensif. Sejak penubuhannya pada tahun 1979, CTCI berusaha untuk menyampaikan perkhidmatan kejuruteraan, perolehan, pemfabrikatan, pembinaan, pentauliahan dan pengurusan projek yang paling andal di dunia. Beribu pejabat di Taipei, Taiwan, CTCI menawarkan perkhidmatan untuk pasaran penapisan, petrokimia, terminal penerima LNG, kuasa, perindustrian, alam sekitar, pengangkutan dan kemudahan teknologi termaju. Syarikat ini merupakan penyedia perkhidmatan EPC yang terkemuka di Taiwan dengan kira-kira 7,000 pekerja di sekitar 40 tapak operasi yang mencakupi lebih daripada 10 negara. Ia merupakan ahli Indeks Pasaran Memuncul Dow Jones Sustainability™.

Untuk siaran akhbar lebih lanjut, sila ke: https://www.ctci.com/www/ctci2022/page.aspx?L=EN&C=0902 

 

 

Source: CTCI
Related Stocks:
Taiwan:9333.TW Taiwan:9933
Keywords: Chemical Construction/Building Oil/Energy Utilities Contracts