QINGDAO, China, 10 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Haier Smart Home ("Haier", Shanghai: 600690), jenama perkakas rumah dan pembina ekosistem kediaman pintar yang terkemuka di dunia, mengumumkan bahawa syarikat ini sekali lagi telah mengungguli senarai kedudukan jenama-jenama perkakas utama global, menurut laporan tahunan 2022 yang dikeluarkan oleh Euromonitor International, penyedia bebas yang terkemuka di dunia bagi kajian pasaran strategik. Ia merupakan tahun ke-14 berturut-turut Haier memenangi pengiktirafan ini, dengan jualan peti sejuk, mesin basuh, penyejuk beku dan penyejuk wain elektrik Haier turut mendapat tempat nombor satu.
Haier Dinamakan Jenama Perkakas Utama Global No.1 oleh Euromonitor International untuk Tahun ke-14 Berturut-turut.
Prestasi jualan yang mengagumkan dalam keempat-empat kategori ini merupakan satu pencapaian yang baharu untuk syarikat ini dalam pasaran perkakas utama global, kerana ia merupakan tahun ke-15 berturut-turut Haier disenaraikan di tempat pertama masing-masing untuk peralatan penyejukan, untuk peralatan dobi rumah selama 14 tahun, untuk penyejuk wain selama 13 tahun dan untuk penyejuk beku selama 12 tahun.
Selama lebih tiga puluh tahun, Haier telah menjadi jenama yang terkemuka bagi perkakas rumah, memacu ke hadapan pembangunan industri dengan inovasi teknologi. Dalam era Internet Pelbagai Benda (IoT), Haier akan meneruskan misinya untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama ekosistem yang terkemuka di dunia, membawa teknologi kediaman pintar yang berkualiti tinggi kepada isi rumah di serata dunia.
Di tengah-tengah kelembapan ekonomi global yang telah membantutkan perbelanjaan pelanggan, Haier meletakkan keperluan pelanggan sebagai tumpuan strateginya dengan menerima pakai pendekatan yang mengutamakan pengguna dan menaik taraf ekosistem jenamanya, menentang trend bagi mencapai pertumbuhan yang mantap sepanjang tahun.
Three-Winged Bird, jenama Haier yang menyediakan penyelesaian direka khas yang meliputi perkakas rumah, kelengkapan dan penambahbaikan, terus menaik taraf model perniagaannya untuk menjadi penyedia penyelesaian kediaman pintar sehenti, menawarkan pengalaman kediaman pintar yang komprehensif buat pengguna. Setakat ini, ia telah membuka lebih 3,300 kedai pengalaman di peringkat global. Sementara itu, ekosistem kediaman pintar Haier dikuasakan oleh Internet Pakaian (IoC) dan Internet Makanan (IoF), yang terbesar seumpamanya di dunia, menyaksikan pengembangan besar pada tahun 2022. Perkhidmatan IoC telah mengambil bersama lebih daripada 5,300 penyedia sumber merentas 15 industri, menawarkan pengalaman pintar kitaran penuh yang meliputi membasuh, menjaga, mengurus, memakai dan membeli untuk lebih 65 juta pengguna.
Di samping itu, Haier telah menubuhkan platform digital untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan, pemasaran, kawalan kualiti, logistik dan perkhidmatan. Bagi menyokong matlamatnya untuk mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan operasi, Haier turut mewujudkan sistem operasi yang menggabungkan reka bentuk berasaskan platform, pembuatan pintar, kolaborasi berasaskan Internet, penyesuaian, lanjutan perkhidmatan dan pengurusan digital untuk merangsang pertumbuhannya. Di samping itu, syarikat ini melancarkan Haier Ecosystem Innovation Park (Taman Inovasi Ekosistem Haier) pada 29 Disember 2022. Taman tersebut, yang menggabungkan antara IoT, data raya dan teknologi 5G, dikaitkan dengan makmal peringkat negeri, berfungsi sebagai hab yang berhubung dengan sumber dan penyelidik R&D yang terkemuka di dunia.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://smart-home.haier.com/en/.