ZHONGSHAN, China, 12 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Changhong, pembuat perkakas rumah elektrik Cina yang terunggul dan jenama premiumnya CHiQ baru-baru ini dinamakan sebagai salah satu daripada antara Global TV Brands Top 10 (10 Jenama TV Global Terbaik) 2022-2023. Global Top Brands ialah sebuah acara autoriti, profesionalisme dan kredibiliti bertaraf dunia – dewan penghormatan bagi barangan elektronik pengguna antarabangsa. Senarai Global Top Brands 2022-2023 dan beberapa anugerah produk tunggal diumumkan di Pameran Elektronik Pengguna (CES 2023) Antarabangsa kali ke-56, salah satu daripada sepuluh acara tahunan terunggul untuk industri teknologi global yang diadakan di Las Vegas mulai 5 hingga 8 Januari. CES tahun ini menandakan permulaan pemulihan luar talian yang luas.
Changhong mencipta jenama CHiQ bagi tujuan pertumbuhan jangka panjang dalam bidang barangan elektronik pengguna Internet rumah. Jenama ini menawarkan pelbagai jenis produk, termasuk televisyan, peti sejuk dan penyaman udara. Changhong berharap dapat menyediakan kepada penggunanya dengan pengalaman hidup yang lebih selesa dan serba lengkap melalui CHiQ.
CHiQ berkembang secara berterusan ke dalam pasaran global sejak tahun 2017, dengan kehadiran di lebih daripada 30 negara dan lebih 40 platform e-dagang berbilang pasaran termasuk Amazon, Lazada dan Shopee. Dengan memperoleh anugerah Global TV Brands Top 10 2022-2023 yang menjadi testimoni kejayaannya, CHiQ menjadi semakin terkenal dalam kalangan pengguna di luar China hasil daripada kekuatannya sendiri dan banyaknya saluran media yang digunakan untuk jenama ini dipromosikan, kesemuanya bertujuan untuk meningkatkan pengaruh jenama.
CHiQ bermatlamat untuk membuatkan kediaman setiap orang sebagai ruang hidup yang melaluinya mereka dapat memperoleh kepuasan spiritual dengan menyediakan barisan produk pintar, penuh-reka-bentuk dan inovatif yang selari dengan nilai kehidupan mereka (dengan menjadi berwarna-warni, menarik, positif dan menyeronokkan). Bagi mencapai tujuan ini, CHiQ membangunkan idea +More ("Get + MORE Out Of Your Life"), yang melaluinya konsep +reka bentuk, +keseronokan, +kreatif, +pilihan, +gaya dan +nilai mungkin dapat direalisasikan.
Pada hari ini, kategori-kategori produk CHiQ berkembang melangkaui televisyen, peti sejuk dan penyaman udara untuk merangkumkan mesin basuh, monitor dan penyapu lantai. Daya saing barisan produknya turut berkembang secara serentak. Produk-produk yang berkualiti tinggi merupakan asas jenama ini. Dengan mengutamakan aspek ini, CHiQ akan terus mengasah keupayaan teknikalnya bagi menyampaikan produk pintar dan andal yang mencipta kehidupan yang pintar secara digital buat penggunanya.