omniture

Yili Group Tawarkan Lawatan Dalam Talian Rantaian Perindustriannya Di Seluruh Dunia

Yili Group
2023-01-12 20:34 128

HOHHOT, China, 12 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Pada masa kini, kesedaran kesihatan semakin meningkat di seluruh dunia. Sebagai penunjuk penting bagi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) PBB, memastikan kehidupan yang sihat dan mendorong kesejahteraan buat semua juga merupakan matlamat yang penting untuk pengeluar produk tenusu. Pada 3 Januari, Yili melancarkan satu platform baharu bertema "Lawatan Dalam Talian: Perangkaian Rantaian Nilai Global Yili" bagi mengundang khalayak global untuk meneroka rantaian perindustrian rentas benua Yili secara dalam talian dan menyaksikan usaha Yili terhadap produk "100% khusus, 100% keselamatan, 100% sihat". Platform lawatan dalam talian rasmi akan disediakan di laman sesawang global Yili.

Pada Malam Tahun Baharu 2022, Yili turut mengadakan siaran langsung 15-jam di media sosial bagi memaparkan sambutan yang tidak dapat dilupakan dan saat kira detik di sepuluh wilayah di seluruh dunia. Melalui platform lawatan dalam talian, Yili akan mempersembahkan padang rumputnya yang berkualiti tinggi, tapak pengeluaran serta pusat inovasi di seluruh dunia kepada pelanggan global buat julung kalinya melalui siaran langsung, video pendek dan pemandangan realiti maya.

Berpegang kepada kepercayaan korporatnya bahawa "Yili bererti kualiti terbaik", Yili komited untuk bersifat terbuka dan telus dengan orang ramai sepanjang masa dan di semua tempat. Bahkan, Yili membuka kemudahan-kemudahannya kepada orang ramai seawal tahun 2005 dan sejak itu kemudahan-kemudahan ini menjadi tapak-tapak pelancongan perindustrian yang terkenal untuk pengguna yang berminat dengan proses pengeluaran produk tenusu dan pengurusan kualiti Yili.

Membina ekosistem kesihatan global 

Yili beraspirasi untuk mengukuhkan ekosistem kesihatan globalnya dengan melabur dalam sumber global, inovasi serta sistem pasaran. Ia telah menubuhkan 15 pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta 75 tapak pengeluaran di seluruh dunia. Ia juga berkolaborasi dengan lebih 2,000 rakan kongsi seluruh dunia di 39 negara merentas enam benua.

Yili Group Offers Online Tours of Its Industrial Chain Across the Globe
Yili Group Offers Online Tours of Its Industrial Chain Across the Globe

Yili telah mencipta "jambatan tenusu" rentas-Pasifik yang melibatkan Oceania Dairy, Westland Milk Products serta ladang-ladang tenusu rakan kongsi di New Zealand. Yili Satine New Zealand Whole Milk, Westgold Butter, Jinlingguan RuiHu Infant Milk Powder dan produk-produk lain dikeluarkan menggunakan susu terbaik di dunia.

Yili turut menubuhkan tapak pengeluaran di Indonesia dan Thailand serta kluster industri tenusu moden di China. Yili Modern Intelligent Health Valley (Lembah Kesihatan Pintar Moden Yili) di Mongolia Dalam, diwujudkan untuk menjadi "Lembah Silikon Tenusu" dunia, menawarkan perkhidmatan kepada pengguna dengan sumber tenusu premium di dunia.

Sebagai sebahagian daripada sistem inovasi globalnya, Yili telah menubuhkan 15 pusat R&D di negara-negara dan wilayah-wilayah seperti China, Belanda, New Zealand, Jepun dan Indonesia. Syarikat ini terus mengumpul kepakaran seluruh dunia untuk merealisasikan idea perintis dengan saling menghubungkan industri, dunia akademik, penyelidikan dan aplikasi. Usaha berkenaan membolehkan syarikat ini menangani cabaran-cabaran penting untuk industri tenusu, termasuk ketaktoleranan laktosa dalam kalangan pengguna Asia.

Dari segi sistem pasaran global, produk susu cair, keju, mentega, ais krim dan susu tepung Yili telahpun menembusi lebih 60 pasaran. Produk-produk seperti AMBROSIAL yogurt, Youngfun, Kabrita, Joyday dan Cremo juga telah menyaksikan bahagian pasaran yang semakin meningkat di luar negara dan memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan industri-industri tenusu tempatan.

Yili telah menjadi jenama terkenal di China dan merupakan pengeluar produk tenusu Asia yang terkemuka selepas bertahun-tahun mencapai pertumbuhan. Ia mengekalkan sikap terbuka dan optimistik terhadap teknologi baru muncul dan persekitaran yang berubah-ubah. "Yili telah menunjukkan penetapan minda operasi global, menjana sumber global bagi mencipta seni bina rantaian perindustriannya," kata Sian Yates, Pengarah Editorial FoodBev Media, media antarabangsa untuk makanan dan minuman.

Platform "Lawatan Dalam Talian" ini merupakan satu usaha untuk berinteraksi dengan pengguna global walaupun dengan adanya jarak fizikal serta satu undangan untuk menyaksikan pembangunan global Yili. Dedikasi Yili untuk mengeluarkan lebih banyak produk berkhasiat untuk semua orang pada semua peringkat akan membolehkan Yili menjadi penyedia makanan berkhasiat yang paling dipercayai di dunia.

Yili Group Offers Online Tours of Its Industrial Chain Across the Globe
Yili Group Offers Online Tours of Its Industrial Chain Across the Globe

 

 

 

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Keywords: Beverages Food/Beverages Non-Alcoholic Beverages