omniture

CCTV+: Badan disiplin tertinggi China mengguna pakai kenyataan untuk mendorong pemerintahan sendiri Parti yang penuh, ketat

CCTV+
2023-01-12 21:17 67

BEIJING, 12 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Badan disiplin tertinggi Parti Komunis China (CPC) pada hari Selasa berikrar dalam satu kenyataan bahawa mengkaji dan melaksanakan prinsip-prinsip panduan Kongres Kebangsaan CPC ke-20 akan menjadi tugas politik utama pada masa kini dan dalam masa terdekat serta tekal mendorong pemerintahan sendiri Parti secara menyeluruh dan ketat.

Kenyataan tersebut diguna pakai di sidang pleno kedua Suruhanjaya Pusat untuk Pemeriksaan Disiplin (CCDI) ke-20 CPC yang diadakan di Beijing mulai Isnin hingga Selasa.

Xi Jinping, setiausaha agung Jawatankuasa Pusat CPC, presiden Cina dan pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, menghadiri sesi itu dan memberi ucapan penting.

Ucapan yang disampaikan oleh Xi di sesi berkenaan telahpun dikaji dan dipersetujui bahawa ia memberi panduan asas untuk memajukan projek besar yang baharu bagi pembinaan Parti dalam era baharu dan tugas pemeriksaan dan penyeliaan disiplin terhadap perjalanan baharu China dalam era baharu, menurut kenyataan berkenaan, yang menyeru semua anggota Parti untuk mengkaji dan melaksanakan semangat ucapan Xi.

Bahagian khusus pemeriksaan dan penyeliaan disiplin harus menjadikan kajian dan pelaksanaan prinsip-prinsip panduan Kongres Kebangsaan CPC ke-20 sebagai tugas politik yang utama di peringkat semasa dan dalam beberapa tahun akan datang serta mengubah pelaksanaan prinsip-prinsip panduan yang efektif menjadi daya penggerak yang mantap bagi menggalakkan pembangunan tugas pemeriksaan dan penyeliaan disiplin yang berkualiti tinggi dalam perjalanan baharu pada era baharu.

Satu keperluan lapan-perkara telah dikemukakan oleh sesi berkenaan:

  • Untuk memfokuskan kepada pelaksanaan keputusan strategik Kongres Kebangsaan CPC ke-20 bagi memperhebat pemerhatian politik;
  • Untuk menggalakkan penambahbaikan sistem dan peraturan untuk reformasi kendiri Parti;
  • Untuk memastikan pemeriksaan politik menjadi alat yang berkuasa;
  • Untuk melaksanakan keputusan lapan-perkara pimpinan Parti pusat bagi memperbaiki tingkah laku dengan ketekunan, menangani formaliti yang sia-sia, birokrasi, hedonisme dan pemborosan;
  • Untuk melaksanakan usaha menyeluruh bagi mengetatkan disiplin Parti;
  • Untuk memenangi perjuangan yang sukar dan berpanjangan dalam memerangi rasuah;
  • Untuk memajukan reformasi terhadap sistem pemeriksaan dan penyeliaan disiplin dengan cara yang mendalam;
  • Dan untuk membangunkan sumber manusia berkelayakan yang mampu menggalas tanggungjawab dalam pemeriksaan dan penyeliaan disiplin menerusi perjalanan baharu pada era baharu.

Pautan: https://www.youtube.com/watch?v=qUSUK9dwD4s

 

 

 

Source: CCTV+
Keywords: Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications Advocacy Group Opinion