omniture

Memfokuskan kepada Tenaga Baharu, GWM Capai Jualan Lebih Satu Juta pada 2022

GWM
2023-01-13 16:37 73

BAODING, China, 13 Januari 2023 /PRNewswire/ -- GWM mengeluarkan laporan jualan terkini bahawa jualan globalnya mencecah 1,067,523 unit dalam tahun 2022, melebihi satu juta selama tujuh tahun berturut-turut. Sejumlah 173,180 kenderaan dijual dalam pasaran di luar China, meningkat 21.28% berbanding tahun sebelumnya, mencapai paras tinggi mencatat rekod.

Focusing on New Energy, GWM Achieves Sales of Over One Million in 2022
Focusing on New Energy, GWM Achieves Sales of Over One Million in 2022

Sebagai salah satu pembuat auto yang terkemuka di dunia, GWM mengukuhkan kelebihan tenaga baharu dan kecerdasannya pada tahun 2022. Proposisi model tenaga baharu meningkat secara berterusan. GWM telah meletakkan asas kukuh bagi mencapai jualan yang lebih tinggi dengan memperluaskan jaringan globalnya dan mengoptimumkan kenderaan.

GWM HAVAL berkembang pesat ke dalam pasaran tenaga baharu dengan jumlah jualan melebihi 610,000 kenderaan, memandangkan barisan produk terus bertambah baik. HAVAL melancarkan H6 HEV/PHEV dan JOLION HEV pada tahun 2022. Kenderaan tenaga baharu telahpun dilancarkan di Thailand, Afrika Selatan, Brazil, Australia dan pasaran-pasaran lain serta menarik minat pengguna menerusi prestasinya yang cemerlang dan pengalaman mesra alam. Di Thailand, GWM telah menyerahkan lebih daripada 13,000 kenderaan kepada pengguna dan HAVAL H6 HEV mengekalkan kedudukan peneraju bagi jualan dalam pasaran SUV Kelas C selama 15 bulan.

Jualan GWM TANK melonjak sebanyak 46.45% YoY pada tahun 2022, melebihi 120,000. Ia telahpun dilancarkan di Timur Tengah dan Australia. Jenama ini melancarkan laluan teknikal "Luar-jalan + Tenaga baharu" serta melancarkan GWM TANK300 HEV dan GWM TANK500 HEV/PHEV bagi memenuhi keperluan pengelektrikan luar jalan pengguna. GWM TANK300 HEV memenangi penarafan keselamatan ANCAP lima-bintang, lalu menetapkan penanda atas keselamatan baharu untuk SUV luar-jalan mewah.

GWM Pickup telah terjual sebanyak lebih 180,000 kenderaan. Setakat ini, jualan global GWM Pickup melangkaui 2 juta. Model mewah berprestasi tinggi yang besar, POER Shanhai (untuk pasaran Cina) telahpun dilancarkan. Model ini akan melancarkan versi HEV dan PHEV bagi mencipta pengalaman mobiliti yang bersih dan cekap untuk pengguna global pada masa akan datang.

GWM menunjukkan prestasi yang baik dalam pasaran Eropah dengan kenderaan tenaga baharu yang berkualiti tinggi, WEY dan ORA yang disokong oleh Forest Ecosystem. Model pintar GWM ORA memenangi anugerah "Kereta Elektrik Bandar Terbaik" di UK. Kumpulan kenderaan pertama WEY Coffee 01 akan diserahkan kepada pengguna Eropah dalam masa terdekat. Baru-baru ini, Euro NCAP mengumumkan bahawa WEY Coffee 01 dan GWM ORA memenangi anugerah terbaik-dalam-kelas bagi tahun 2022.

Peningkatan kenderaan tenaga baharu dan pengembangan pasaran global telah meningkatkan kedudukan serta kesedaran jenama dalam pasaran-pasaran yang berbeza. Data VFACTS menunjukkan bahawa GWM mengatasi BMW dan Tesla dengan 36.2% pertumbuhan jualan di Australia. Sebagai jenama kenderaan baharu di Brazil, GWM dicalonkan untuk anugerah "Pengeluar Auto Terbaik 2022" oleh AutoData, sebuah institusi penyelidikan industri automobil.

GWM merancang untuk melancarkan lebih daripada sepuluh kenderaan tenaga baharu yang pintar di serata dunia pada tahun 2023, memfokuskan kepada "SATU GWM" ("ONE GWM") bagi menyediakan kepada pengguna global dengan pengalaman mobiliti hijau yang berkualiti tinggi.

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation Sales reports