omniture

PEI-Genesis Memperkenalkan Laman Web Berbilang Bahasa: Selesaikan Urus Niaga Dalam Talian dalam Bahasa Jerman, Bahasa Itali, Bahasa Perancis, Bahasa Sepanyol dan Bahasa Cina

PEI-Genesis, Inc.
2014-01-28 22:00 180

PHILADELPHIA, 28 Januari 2014 /PRNewswire/ -- PEI-Genesis, Inc., salah satu pemasang penghubung jitu dan bekalan kuasa yang paling pantas di dunia, mengumumkan pelancaran laman web berbilang bahasanya. Kini, pelanggan boleh menyelesaikan urus niaga dalam Bahasa Jerman, Bahasa Itali, Bahasa Perancis, Bahasa Sepanyol dan Bahasa Cina melalui laman webnya di www.peigenesis.com.

"Kami mempunyai pelanggan dan rakan kongsi seluruh dunia dan laman web kami yang dipertingkat ini akan memperbaiki kemampuan kami untuk memperluas jangkauan perkhidmatan dan kepakaran kami," kata Russel Dorwart, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi PEI-Genesis. "Kami terus melihat permintaan yang meningkat untuk penghubung jitu dan bekalan kuasa di seluruh dunia dan kami mahu memastikan kami memenuhi keperluan pasaran kami yang semakin berkembang."

PEI-Genesis telah menyaksikan pertumbuhan pesat dalam tahun-tahun kebelakangan ini, lalu ini menekankan kepentingan bagi menyampaikan usul nilainya dalam berbilang bahasa. Semua kandungan dalam laman web itu termasuk senarai pembelian kini boleh diakses dalam lima bahasa selain Bahasa Inggeris. Dengan lebih 4.5 juta bahagian yang sedia dijual dalam laman web PEI-Genesis, laman itu menyediakan kemampuan pencarian berparameter untuk para pelanggan bagi membantu mereka mencari produk dengan mudah. Laman itu juga menawarkan kandungan teknikal yang beraneka untuk para pelanggan.

"Kami komited dalam memenuhi keperluan pelanggan kami," kata Colleen Ciak, Pengarah Pemasaran PEI-Genesis. "Pelanggan antarabangsa kami meminta kebolehan untuk menggunakan laman kami dalam bahasa ibunda mereka dan kami berbangga kerana laman yang telah dinaik taraf itu menawarkan kemampuan untuk menyelesaikan urus niaga dalam talian bagi pelanggan sedia ada dan pelanggan baharu."

Latar Belakang PEI-GENESIS

PEI-Genesis ialah salah satu daripada pemasang penghubung jitu dan bekalan kuasa yang paling pantas di dunia. Daripada inventori komponen paling besar, mereka membangunkan penyelesaian diatur yang menyokong sektor ketenteraan, perindustrian, perubatan, aeroangkasa, pengangkutan, dan tenaga seluruh dunia. PEI-Genesis boleh memasang lebih 12 juta penghubung tersendiri daripada stok pada kadar lebih 5,000 setiap jam. Menggunakan automasi milikan untuk kepantasan, ketekalan, dan kualiti, PEI-Genesis boleh membina hanya 1 bahagian atau 10,000 bahagian dengan sama mudah; dibina mengikut sebarang standard atau spesifikasi tersuai khusus. PEI-Genesis ialah satu-satunya rakan kongsi yang menawarkan pemasangan dan penghantaran penghubung dalam masa 48 jam dan bekalan kuasa dalam masa seminggu. Beribu pejabat di Philadelphia, Philadelphia, PEI-Genesis mempunyai kemudahan pengeluaran di South Bend, Indiana; Bensalem, Philadelphia; dan Southampton, United Kingdom; serta 27 pejabat jualan di lapan negara. Maklumat lanjut boleh didapati di www.peigenesis.com.

 

 

 

Source: PEI-Genesis, Inc.
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Electronic Components Internet Technology Web Site New products/services