omniture

Inovasi, Nisbah Kos-Prestasi Tinggi dan Khidmat Premium - kunci Kejayaan Global SANY

SANY Group
2023-01-13 20:52 97

BEIJING, 13 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Xu Ming, Naib Presiden Kanan SANY Group, ("SANY"), sebuah perusahaan yang terkemuka di peringkat global dalam industri pembuatan peralatan berkualiti tinggi, baru-baru ini menyampaikan ucaptama kepada pemimpin-pemimpin industri di Munich, Jerman, mengulangi tiga kunci kejayaan syarikat: pertumbuhan SANY yang berpacukan inovasi, memberi penekanan ke atas prestasi kos projek-projek (seterusnya memperoleh kelebihan kompetitif dalam pasaran global) dan memfokuskan kepada perkhidmatan bertumpukan pelanggan.

 

Dalam ucapan tersebut, Xu mengetengahkan kejayaan yang dinikmati oleh SANY dalam beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk mencapai pertumbuhan 330-kali ganda sejak dua dekad yang lalu, dinamakan ke dalam senarai Forbes Global 2000, membina dua kilang rumah api diperakui (yang ketika ini hanya dua dalam industri berat global) secara rasmi (Global Lighthouse Network, Forum Ekonomi Dunia) dan dinamakan sebagai salah satu daripada 5 Teratas China dan 80 Teratas syarikat paling inovatif di dunia. Selanjutnya, Xu menyatakan satu sebab utama yang membawa kepada kejayaan ini: kepercayaan teguh pimpinan terhadap inovasi dan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) syarikat yang berkekalan, menerusi Pusat R&D Jentera Pembinaan Global SANY yang canggih di Kunshan, China, yang telahpun dibuka pada Januari 2022.

Buat pelanggan dan wakil penjual global SANY, beliau menyampaikan pesanan jelas bahawa menjadi jenama premium yang bertaraf dunia memerlukan kualiti produk baik yang terbukti dalam pasaran mahupun teruji oleh masa serta harga berpatutan yang memberi faedah kepada seramai mungkin pelanggan. "Nisbah harga-kualiti yang terbaik merupakan kelebihan kompetitif yang paling penting buat kami," kata Xu, "kami membantu pelanggan kami menjimatkan sekurang-kurangnya 30% daripada kos kendalian mereka."

Merujuk kepada cabaran dari segi bagaimana untuk menghadapi persekitaran ekonomi global yang kompleks dan berubah-ubah dalam era pasca-wabak, Xu berkata: "Krisis sering kali penuh dengan peluang dan cabaran. Menggunakan pemikiran campur-tolak untuk melihat krisis itu, baki akhir akan menjadi sifar, menerima realiti dan membuat perubahan merupakan pilihan pemenang. Mengapa kita harus menjadi mereka yang kalah, bukan pemenang?"

Demi pembangunan yang mampan dan berterusan, Xu berjanji SANY sentiasa melihat perkhidmatan sebagai keutamaan tertinggi dalam mencipta nilai yang maksimum untuk pelanggan: "Pelanggan SANY tidak seharusnya bimbang tentang perkhidmatan atau ketersediaan peralatan. Semua peralatan kami harus disediakan dan diurus dengan betul." Tahun lalu, berserta perkhidmatan penyelenggaraan berkala dan konvensional untuk peralatan jentera, satu kempen perkhidmatan yang dikenali sebagai "Tindakan Hijau" ("Green Action") dilancarkan di seluruh dunia yang membawakan perkhidmatan baik pulih secara percuma untuk peralatan yang dihentikan perkhidmatannya dan terabai. Xu turut menambah bahawa SANY menubuhkan 8 pusat logistik serantau untuk alat ganti secara global yang bersedia untuk memenuhi sebarang keperluan segera daripada pelanggan seluruh dunia.

Untuk melihat sorotan ucapan Xu, sila klik: https://www.youtube.com/watch?v=_nxT5_mTEl8&t=170s 

Woody Wu, wud43@sanyglobal.com

Source: SANY Group
Keywords: Banking/Financial Service Construction/Building Machinery Trade show news