omniture

Modul Solar HJT 700Wp+ Risen Energy Memasuki Era Pengeluaran Besar-besaran

Risen Energy Co., Ltd
2023-01-16 07:14 46

NINGBO, China, 16 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Risen Energy, pengeluar modul solar yang terkemuka di China mengumumkan bahawa syarikat ini mula mengeluarkan modul solar ion-Hiper HJT secara besar-besaran di sidang akhbar yang diadakan di Shanghai pada 24 Disember lalu. Song Yifeng, Pengarah Produk Risen Energy, menyampaikan ucaptama mengenai cabaran dan kemajuan mengindustrikan teknologi heterosimpang (HJT). Beliau memperkenalkan rancangan syarikat untuk mengeluarkan modul solar ion-Hiper HJT secara besar-besaran dan menekankan fokus untuk membentuk semula ekosistem produk HJT jenis-n sambil mengurangkan kos dan jejak karbon sebagai teras dalam rancangan pembangunan.

Risen Energy turut mendedahkan rancangan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran sel dan modul solar ion-Hiper HJT kepada 5GW menjelang separuh pertama tahun 2023 dan kemudian meningkatkannya tiga kali ganda kepada 15GW dalam enam bulan berikutnya.

Sejak tahun 2019, Risen Energy melabur dengan banyak dalam penyelidikan dan pembangunan untuk bahan, peralatan, teknologi dan proses yang berkaitan dengan teknologi HJT. Pelaburan ini membolehkan syarikat ini menjadi peneraju dalam menyerlahkan faedah-faedah teknologi HJT jenis-n dan berinovasi di laluan untuk mencari kemungkinan baharu yang akan membantu sektor solar mencapai transformasi teknologi.

Risen Energy turut melancarkan projek-projek pembangunan bersasar untuk bahan-bahan pempakejan khas, reka bentuk proses sekat-air khas dan penyelesaian anti-pelemahan yang telah membuka jalan untuk pengeluaran modul ion-Hiper HJT secara besar-besaran. Di samping itu, teknologi berpaten Risen Energy, Hiper-pautan, membolehkan saling sambung sel-sel ultra-nipis dengan penggunaan perak yang rendah, mengurangkan kos sambil menjamin output kuasa dan keandalan produk.

Hasil daripada inovasi teknologi ini, output kuasa modul ion-Hiper HJT Risen Energy mencecah 710 Wp, dengan kecekapan melebihi 22.5%, yang telah diperakui oleh TUV SÜD. Ia turut membawakan pekali suhu yang amat stabil dan kedwimukaan yang tinggi iaitu sehingga 85% ±5%, lalu berupaya mengekalkan output kuasanya melebihi 90% selepas penggunaan selama 30 tahun. Modul ini disokong oleh teknologi sel ultra-nipis 100μm dan proses suhu rendah Risen Energy yang utama dalam industri, lantas menghasilkan nilai jejak karbon (CFP) lebih rendah berbanding 400kg eq CO2/kWc, jauh di bawah paras purata pasaran.

Berbanding dengan bingkai logam konvensional, bingkai aloi modul ion-Hiper HJT mempunyai kekuatan yang luar biasa tinggi dengan keupayaan tahan-koyakan bahan keluli meningkat sebanyak 20%. Dengan mengambi kira aspek alam sekitar, Risen Energy turut mengurangkan emisi karbon yang terlibat dalam pembuatan bingkai tersebut.

"Memulakan era heterosimpang" akan diadakan jam 10:00 pagi hingga 11:00 pagi CET pada 31 Januari 2023. Pautan pendaftaran percuma ialah https://www.bigmarker.com/pv-magazine-events/pv-magazine-Webinar-Kicking-off-the-heterojunction-era?utm_bmcr_source=pvi.

Latar Belakang Risen Energy

Risen Energy ialah pengeluar bertaraf kredit "AAA", Tahap 1, global dan terkemuka bagi produk fotovolta solar berprestasi tinggi dan penyedia bagi penyelesaian perniagaan keseluruhan untuk penjanaan kuasa. Syarikat ini, ditubuhkan pada tahun 1986 dan disenaraikan secara terbuka pada tahun 2010, mendorong penjanaan nilai untuk pelanggan globalnya, Inovasi tekno-komersial, disokong oleh kualiti dan sokongan yang sempurna, melingkungi penyelesaian perniagaan PV Solar keseluruhan Risen yang merupakan antara yang paling berkuasa dan berkesan kos dalam industri ini. Dengan kehadiran pasaran tempatan serta status keupayaan menjana keuntungan (bankability) kewangan yang kukuh, kami komited dan berupaya untuk membina kolaborasi yang strategik dan saling memberi manfaat bersama rakan-rakan kongsi kami, kerana kami bersama-sama memanfaatkan nilai tenaga hijau yang semakin meningkat.

 

Source: Risen Energy Co., Ltd
Related Stocks:
Shenzhen:300118
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities