omniture

IMOU Menang Tempat Pertama bagi Penilaian Pengesanan Objek 2D KITTI (Pejalan Kaki), Penjejakan Berbilang-objek (Pejalan Kaki & Kereta)

IMOU
2023-01-16 17:09 42

HANGZHOU, China 16 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Sebagai algoritma teras dalam kecerdasan buatan, pengesanan dan penjejakan objek visual telah digunakan secara meluas dalam senario pemantauan di rumah. Baru-baru ini, IMOU, jenama kediaman pintar di China, memenangi tempat pertama bagi pengesanan objek 2D KITTI terhadap pejalan kaki, penjejakan berbilang objek terhadap pejalan kaki dan penilaian kereta. Ia mendapat markah 57.15% ketepatan penjejakan aras tinggi (HOTA) untuk penjejakan berbilang objek terhadap pejalan kaki, 82.08% (HOTA) untuk penjejakan berbilang objek terhadap kereta dan 82.77% (Sederhana) untuk pengesanan objek 2D terhadap pejalan kaki.

Multi -object tracking list of Pedestrain
Multi -object tracking list of Pedestrain

 

Multi-object tracking list of Car
Multi-object tracking list of Car

 

2D  object detection list of Pedestrian
2D object detection list of Pedestrian

Pengesanan dan penjejakan objek generik merupakan tugas asas dan mencabar dalam visi komputer. Bagi pengesanan objek 2D, IMOU mencadangkan rangka kerja algoritma terhadap pemparameteran semula struktur dan gabungan berbilang mod, seterusnya memudahkan pencapaian prestasi yang signifikan apabila mengendalikan oklusi dan objek kecil. Rangka kerja ini diaplikasikan sepenuhnya kepada kamera pintar IMOU.

Bagi penjejakan berbilang objek, IMOU mengoptimumkan pengesanan objek, pengenalpastian semula, korelasi objek dan modul-modul lain berdasarkan rangka kerja TBD bagi meningkatkan prestasi keseluruhan. Khususnya, keupayaan pengesanan ditambah baik berdasarkan kepada pemparameteran semula struktur. Selain itu, kami mencapai peningkatan prestasi yang signifikan apabila mengendalikan herotan atau oklusi dengan mencadangkan strategi pengemaskinian templat yang dinamik. Di samping itu, rangkaian graf digunakan untuk memodelkan urutan pemasaan sasaran pengesanan bagi mengukuhkan gabungan berbilang ciri dan meningkatkan kestabilan penjejakan berbilang objek. Dengan bantuan daripada algoritma penjejakan objek yang dicadangkan, kamera IMOU dapat mengikuti sasaran perhatian secara berterusan dan merekodkan trajektori pergerakan. Apabila kelakuan tidak normal dikesan, pengguna kami akan menerima mesej amaran.

Lihat Cruiser 2, kamera luar AI yang akan dilancarkan oleh IMOU, sebagai contoh. Algoritma AI setempat dilengkapi dengan cip AI berkuasa tinggi bagi mencapai analisis dan operasi data yang cekap. Fungsi-fungsi AI yang baru dinaik taraf boleh mengenali pejalan kaki dan kenderaan dengan tepat dan sentiasa mengikuti sasaran perhatian serta merekodkan trajektori pergerakan. Di samping itu, kawasan yang dipantau juga boleh dizonkan dengan pintar pada aplikasi, lalu memudahkan kefleksibelan pemantauan pintar.

Ketika ini, penanda aras visi KITTI merupakan salah satu set data penilaian yang terbesar dalam visi komputer. Ia ditubuhkan secara bersama oleh Karlsruhe Institute of Technology di Jerman dan Toyota Research Institute di Amerika Syarikat. KITTI digunakan bagi penilaian visi stereo, aliran optik, aliran pemandangan, odometri visual, pengesanan objek, penjejakan sasaran, pengesanan jalan raya, segmentasi semantik dan tika. Sebagai penyedia penyelesaian kediaman pintar senario penuh, IMOU telah berkhidmat dalam bidang AI selama bertahun-tahun dan terus mencapai kejayaan. Dari satu segi, teknologi AI kami tekal menambah baik produk isi rumah dari segi kecerdasan aras tinggi dan kemanusiaan. Dari satu segi yang lain, kami berusaha untuk mengubah situasi bahawa produk isi rumah diasingkan antara satu sama lain. Pada masa akan datang, semakin banyak produk IMOU akan dihubungkan, lalu memudahkan ekosistem kediaman pintar yang komprehensif dan mencipta kehidupan yang lebih mudah, lebih pintar dan lebih selamat untuk setiap pengguna.

Source: IMOU
Keywords: Auto Computer/Electronics Transportation Awards New products/services