omniture

Yadea Meraikan Tahun 2022 yang Menyaksikan Globalisasi Pesat, Pelbagai Kejayaan Teknologi dan Inovasi Estetik, Teruja untuk "Memeriahkan Hidup Anda" Selanjutnya pada 2023

Yadea
2023-01-16 22:35 25

WUXI, China, 16 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Yadea (01585:HK), jenama kenderaan dua roda elektrik yang terkemuka di dunia, memacu menuju tahun 2023 dengan momentum yang amat besar hasil daripada satu lagi tahun penting dalam tahun 2022 yang membawakan globalisasi yang amat pantas, kejayaan teknologi yang mengujakan dan inovasi estetik yang bergaya. Kedudukan global dan imej jenama syarikat e-mobiliti yang pintar dan mampan telah dilihat dengan jelas setelah menggamit perhatian yang signifikan daripada media global industri ini pada tahun lalu. 

Yadea Meraikan tahun 2022 yang Menyaksikan Globalisasi Pesat, Pelbagai Kejayaan Teknologi dan Inovasi Estetik, Teruja untuk "Memeriahkan Hidup Anda" Selanjutnya pada 2023
Yadea Meraikan tahun 2022 yang Menyaksikan Globalisasi Pesat, Pelbagai Kejayaan Teknologi dan Inovasi Estetik, Teruja untuk "Memeriahkan Hidup Anda" Selanjutnya pada 2023

"Yadea telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam pengantarabangsaan, teknologi dan reka bentuk pada tahun 2022. Hasil daripada usaha pasukan dan pelanggan kami yang berharga, kami memiliki kitaran berbudi yang sebenar dan kami dapat melihat usaha pasukan yang ikhlas yang mana setiap orang merupakan pemenang. Melalui pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan, kejayaan teknologi yang tetap seperti yang dibuktikan oleh bilangan paten kami, kami membawakan teknologi canggih dan pengalaman mobiliti kepada pelanggan kami yang mempercayai kami dan mengiktiraf produk kami. Kami mengucapkan terima kasih kepada mereka dan tidak sabar-sabar melangkah ke tahun 2023," kata Aska Zeng, Ketua Pegawai Eksekutif Yadea Europe. 

Globalisasi dan penyetempatan yang amat pantas

Masa depan global Yadea kelihatan lebih cerah selepas tahun 2022 dengan produknya yang ketika ini meliputi lima benua dan dieksport ke 100 negara dan wilayah telah disukai dan mendapat pengiktirafan daripada 60 juta pengguna di seluruh dunia. Syarikat ini telah menubuhkan beberapa subsidiari antarabangsa dengan pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk dan jualan profesional bagi melaksanakan operasi setempat yang lebih sistematik bagi memenuhi keperluan pengguna tempatan di negara-negara seperti Jerman, Vietnam dan AS.

Strategi globalisasi jenama Syarikat ini diteruskan dengan pantas pada Jun 2022 apabila Yadea mengumumkan secara rasmi pengembangannya ke dalam pasaran Sepanyol menerusi sebuah acara pelancaran berprofil tinggi di Madrid City Hall. Pada Julai, Yadea menghadiri Eurobike 2022 di Frankfurt dan pada Oktober sekali lagi muncul di Jerman sempena pameran motosikal INTERMOT di Cologne, mempamerkan penyelesaian terkemuka China di dunia dalam era perjalanan hijau dan karbon-rendah dengan gembar-gembur media yang hebat, diikuti oleh kehadirannya dalam pameran kenderaan dua roda yang terkemuka di dunia EICMA di Milan pada November. Baru-baru ini, Yadea mengambil bahagian dalam CES 2023 di Las Vegas bagi mempromosikan gaya hidup perjalanan teknologi hijaunya. Dari segi sukan, Yadea diperkenalkan sebagai Penyokong Serantau FIFA World Cup 2022™ Asia Pasifik Rasmi untuk acara di Qatar dan pada Ogos berada di Perancis sebagai rakan penamaan untuk pertandingan gaya bebas FISE Xperience Series BMX. 

Inovasi teknologi dan estetik yang lebih baik di dunia

Pada tahun 2022, Yadea meneruskan inovasi teknologi dan kekal menjadi satu-satunya syarikat dalam industri ini yang memiliki lebih 1,350 paten, dua makmal CNAS kebangsaan, enam pusat R&D teknologi dan sebuah pusat teknologi reka bentuk perindustrian kebangsaan. Syarikat ini telah meraih pelbagai pencapaian saintifik dan teknologi termasuk penciptaan bateri grafena pertama dalam industri ini.

Yadea turut diiktiraf untuk teknologi gred-automotif, pengecasan pantasnya, membolehkan kenderaan beroda dua elektrik mengecas 80% hanya dalam masa 20 minit. Syarikat ini melancarkan motosikal elektrik berkelajuan tinggi yang pertama, Keeness VFD, dilengkapi dengan motor 10KW berprestasi tinggi yang dipasang di bahagian tengah, dibangunkan sendiri oleh Yadea, dengan kelajuan tertinggi 100km/j, hanya memerlukan empat saat untuk memecut daripada 0-50km/j.

Yadea merupakan penyokong tanpa henti terhadap strategi pembangunan produk dengan "prestasi kukuh berserta penampilan individu" dan amat berbesar hati dalam memenuhi keperluan estetik individu pengguna. Ketekunan reka bentuk ini telah membuahkan hasil dengan menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan termasuk baru-baru ini menerima IDEA Award untuk kecemerlangan reka bentuk.

Masa depan Yadea menyaksikan pengembangan dipercepatkan dan peningkatan pelaburan R&D

Pada tahun 2023 dan selanjutnya, Yadea akan terus memanfaatkan sepenuhnya trend pintar dan mampan, mempercepatkan pengembangan globalnya dan terus meningkatkan pelaburan dan penyelidikan dan pembangunan untuk menerima sepenuhnya keupayaan inovasi teknologi teras yang utama. Yadea akan terus "Memeriahkan Hidup Anda", membawa pengalaman pemanduan elektrik dua roda terunggul kepada pengguna global dan membina masa depan yang hijau dan lestari.

Latar Belakang Yadea

Yadea ialah peneraju global dalam membangunkan dan mengeluarkan kenderaan dua roda elektrik termasuk motosikal elektrik, moped (basikal berenjin) elektrik, basikal elektrik dan skuter tendang elektrik. Sehingga kini, Yadea telah menjual produk kepada 60 juta pengguna di lebih 100 negara dan wilayah serta mempunyai jaringan dengan lebih 40,000 penjual di seluruh dunia. Dengan misi untuk membantu orang ramai "Memeriahkan Hidup Anda", Yadea terus melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran serta pengembangan global demi membina masa depan yang dikongsi bersama dan lestari untuk umat manusia. 

Untuk maklumat lanjut, kunjungi:
Laman Sesawang Rasmi: https://www.yadea.com/ 
Facebook: https://www.facebook.com/Yadea.Official
Instagram: https://www.instagram.com/YADEA.GLOBAL/
Twitter: https://twitter.com/YadeaGlobal

Source: Yadea
Related Stocks:
HongKong:1585
Keywords: Auto Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Transportation