omniture

SUNRATE perkukuh perkongsian global dengan penyepaduan Perkhidmatan Rentas-Sempadan Mastercard

Sunrate
2023-01-17 10:00 87

HONG KONG, 17 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Syarikat teknologi kewangan global SUNRATE mengumumkan kejayaan penyepaduan Perkhidmatan Rentas-Sempadan Mastercard ke dalam platform pengurusan pembayaran dan perbendaharaan global pintarnya, lalu meningkatkan keupayaan pembayaran rentas-sempadan global untuk pelanggannya. Penyepaduan Perkhidmatan Rentas-Sempadan Mastercard ini merupakan pengembangan yang terkini untuk meneruskan perkongsian global antara kedua-dua syarikat ini. SUNRATE mendapat keahlian utama Mastercard dalam tahun 2020 yang membenarkan syarikat ini mengakses secara langsung ke rangkaian dan sumber pembayaran global yang utama daripada Mastercard.

Melalui titik akses tunggal dan selamat, Perkhidmatan Rentas-Sempadan Mastercard membolehkan perniagaan untuk menghantar dan menerima wang dengan selamat dan yakin. Ini bererti pelanggan SUNRATE berupaya menghantar wang ke lima negara yang ditetapkan di Asia termasuk Thailand, Filipina, Malaysia, Vietnam dan China.

"Kami mempunyai visi agar SUNRATE menjadi platform pengurusan pembayaran B2B dan perbendaharaan pilihan, terutamanya untuk pasaran baru muncul. Justeru itu, kefleksibelan yang dibawakan oleh Perkhidmatan Rentas-Sempadan Mastercard seperti keupayaan untuk membuat bayaran rentas sempadan kepada pasaran-pasaran yang paling popular dan baru muncul di seluruh dunia merupakan sesuatu yang amat menggembirakan pelanggan kami. Kolaborasi kami bersama Mastercard akan membolehkan pelanggan kami memfokuskan kepada apa yang lebih penting dalam perjalanan penskalaan mereka, seperti usaha penyetempatan dan berkemungkinan mewujudkan aliran pendapatan yang baharu untuk perniagaan mereka," kata Qincheng Wang, Ketua Produk, SUNRATE.

Helena Chen, Pengarah Urusan, Hong Kong dan Macau, Mastercard, berkata, "Mastercard berbesar hati untuk melanjutkan kolaborasinya bersama SUNRATE melalui penyelesaian Perkhidmatan Rentas-Sempadannya, memperkayakan perkhidmatan kiriman wang SUNRATE dengan cara yang lebih pantas, lebih selamat, lebih telus dan berkesan kos. Perkhidmatan Rentas Sempadan Mastercard mencapai lebih 100 pasaran serta 90 peratus daripada penduduk dunia dan perkongsian ini akan terus berkembang dengan harapan agar dapat meningkatkan perkhidmatan rentas-sempadan untuk perniagaan."

Latar Belakang SUNRATE

SUNRATE ialah platform pengurusan pembayaran dan perbendaharaan global pintar untuk perniagaan di seluruh dunia. Sejak penubuhannya pada tahun 2016, kami diiktiraf sebagai penyedia penyelesaian yang terkemuka dan mengupayakan syarikat-syarikat di lebih 130 negara menerusi platform proprietari kami yang canggih, jaringan global yang luas dan API yang mantap untuk menskalakan pertumbuhan tempatan dan global.

Menerusi ibu pejabat globalnya di Singapura dan pejabat-pejabat di China, Indonesia, Jepun dan UK, SUNRATE bekerjasama dengan institusi-institusi kewangan global yang terkemuka seperti Citibank, Standard Chartered, Barclays dan merupakan ahli utama Mastercard serta Visa. Kami dilesenkan dan dikawal selia oleh Financial Conduct Authority UK, Bank Indonesia, Hong Kong Customs sebagai Operator Perkhidmatan Wang dan Monetary Authority of Singapore sebagai Institusi Pembayaran Utama.

Untuk pertanyaan media dan perkongsian, sila hubungi:
Darren Thang
Ketua Pemasaran
E-mel: darren.thang@sunrate.com 

Coco He
Pengurus Besar
E-mel: coco.he@sunrate.com

Untuk maklumat perundangan Perkhidmatan Rentas Sempadan Mastercard, sila rujuk: https://b2b.mastercard.com/cross-border-services/legal/

Source: Sunrate
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Licensing/marketing agreements Financial Technology