omniture

Boehringer Ingelheim Malaysia Diberi Pengiktirafan Sebagai Majikan Terbaik Untuk Tahun Kelima Berturut-turut

Boehringer Ingelheim
2023-01-18 09:00 25
  • Boehringer Ingelheim ialah salah satu daripada 15 Majikan Terbaik global di seluruh dunia
  • Mencapai Pengiktirafan Global dan Pensijilan Majikan Terbaik di 29 negara daripada Top Employers Institute®
  • Faedah-faedah majikan yang cemerlang dengan penekanan terhadap kesejahteraan, persekitaran kerja yang menarik serta ganjaran dan pengiktirafan

KUALA LUMPUR, Malaysia, 18 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Boehringer Ingelheim telah dianugerahkan sebagai "Majikan Terbaik Global" untuk tahun ketiga berturut-turut oleh Top Employers Institute, salah satu daripada 15 majikan terbaik di dunia. Di peringkat serantau, ia diiktiraf sebagai Majikan Terbaik di seluruh ASEAN, Korea, Australia dan New Zealand (ASKAN).

Pensijilan ini menonjolkan komitmen syarikat ini untuk mengutamakan kesihatan mental pekerja, di samping memupuk bakat bagi menerapkan penetapan minda pencetus perubahan.

Tawaran majikan daripada Boehringer Ingelheim menonjol khususnya dalam dimensi kesejahteraan, persekitaran kerja serta ganjaran dan pengiktirafan. Keputusan ini mencerminkan pendekatan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan pekerja yang holistik oleh syarikat ini yang mana, selain penekanannya ke atas kesihatan mental, mengintegrasikan konsep kesihatan fizikal, sosial dan kewangan. Melalui program dan tawaran khusus, pekerjanya mendapat sokongan yang relevan untuk mereka dan keluarga mereka. Ini termasuk persekitaran kerja dengan keselamatan fizikal dan emosi, cara yang inklusif untuk saling bekerjasama mencetuskan semangat kekitaan, inisiatif kesedaran kesihatan mental dan latihan pengurus, memfokuskan kepada keseimbangan kerja-kehidupan, peluang untuk menjadi sukarelawan dan gaji serta faedah yang kompetitif.

Di Malaysia, Boehringer Ingelheim telah memenangi anugerah ini selama lima tahun berturut-turut. Struktur kesejahteraan yang holistik - ASKANCares - menekankan sokongan fizikal, emosi dan sosial demi sebuah organisasi yang menarik dan bagus. Aktiviti-aktiviti seperti Hari Keluarga dan sukarelawan komuniti konsisten menerapkan 3C – berkongsi matlamat melalui Komitmen, berbuat baik melalui Belas Ihsan dan kekal terhubung melalui Hubungan. Sesi-sesi perkongsian pendidikan bulanan mengenai topik-topik seperti kesihatan mental, pengurusan tekanan dan pemakanan yang sihat turut menggalakkan pembangunan peribadi dan profesional yang berterusan serta menyemai rasa erat bersama pemimpin.

"Pensijilan Top Employer memberi petanda yang baik untuk Boehringer Ingelheim dan kakitangan kami, menerusi komitmen kami untuk menjadikan syarikat ini sebagai tempat kerja yang hebat. Ketika kami bangkit daripada pandemik, masa depan kerja buat kami adalah mengutamakan kesejahteraan dan kesihatan mental. Kami percaya pendekatan holistik seperti ini menghasilkan pekerja terbaik dan memastikan mereka kekal terlibat dan produktif," kata En. Cheong Yee Kok, Pengurus Besar Boehringer Ingelheim (Malaysia, Singapura, Indonesia).

Memupuk bakat dan menyemai penumbuhan penetapan minda dipacu dalam seluruh program pekerja utama organisasi ini dengan tujuan untuk menyokong pembangunan set kemahiran yang lebih luas dan mewujudkan persekitaran kerja yang memberi kepuasan. Antara program ini termasuk program Regional Talent Move yang bermatlamat untuk membina ketangkasan dan kebingkasan dengan membenarkan pekerja mengambil tugasan jangka pendek yang mencabar (stretch assignment) di sebuah negara yang berbeza sehingga enam bulan lamanya untuk mengusahakan projek atau menyelesaikan masalah perniagaan, serta projek kesan-B yang dijalankan dengan kerjasama Ashoka, sebuah jaringan antarabangsa yang memberi tumpuan kepada keusahawanan sosial dan mengajar pekerja untuk mencetuskan perubahan yang positif dan inovasi dengan membangunkan penetapan minda pencetus perubahan menggunakan proses enam langkah.

"Kami sentiasa mencabar diri kami untuk meninggikan standard kesejahteraan pekerja kami dan tekal melabur bagi membangunkan kemahiran mereka dan nilai yang boleh dibawa oleh mereka kepada organisasi ini dan masyarakat. Dengan berbuat demikian, kakitangan kami diperlengkapkan dengan kemahiran kepimpinan dan keusahawanan bagi meningkatkan hasil untuk pesakit dan haiwan," kata David Serés, Pengarah Sumber Manusia, ASKAN, Boehringer Ingelheim.

Boehringer Ingelheim meningkatkan komitmennya terhadap kemampanan di Asia Pasifik dengan melancarkan inisiatif seperti Making More Health yang membolehkan pekerja mencapai potensi penuh mereka dan memberi impak ke atas kesihatan dan cabaran masyarakat. Semasa bekerjasama dengan Global Alliance for Rabies Control (GARC), ramai pekerja mengambil bahagian dalam kempen vaksinasi haiwan bagi membantu mengawal dan mencegah penularan penyakit rabies di wilayah ini, seterusnya mencetuskan impak ke atas kesihatan haiwan. Di samping itu, kesejahteraan umum dan penumbuhan penetapan minda pekerja dipupuk melalui pelbagai pengalaman pembelajaran dan latihan, perbincangan berpasukan secara berkala, program bantuan pekerja dan melegakan tekanan, hari keluarga serta ceramah kesedaran penyakit.

Boehringer Ingelheim telahpun disenaraikan sebagai antara majikan terbaik di pelbagai negara dan wilayah sejak sembilan tahun yang lalu. Tahun ini, Boehringer Ingelheim bakal menerima anugerah di 29 negara, serta pensijilan tambahan di benua Eropah, Asia Pasifik dan – disenaraikan di tempat pertama – Amerika Latin.

Latar Belakang Boehringer Ingelheim

Boehringer Ingelheim mengusahakan terapi perintis yang dapat mengubah kehidupan, pada hari ini dan untuk generasi-generasi mendatang. Sebagai sebuah syarikat biofarmaseutikal berpandukan penyelidikan yang terkemuka, syarikat ini mencipta nilai melalui inovasi dalam bidang-bidang yang mana keperluan perubatan tidak dipenuhinya adalah tinggi. Ditubuhkan pada tahun 1885 dan dimiliki oleh keluarga sejak itu, Boehringer Ingelheim mengambil perspektif jangka panjang. Seramai lebih daripada 52,000 pekerja menawarkan perkhidmatan kepada lebih 130 pasaran dalam tiga bidang perniagaan iaitu Farmaseutikal Manusia, Kesihatan Haiwan dan Pembuatan Kontrak Biofarmaseutikal. Ketahui lebih lanjut di https://www.boehringer-ingelheim.com/ 

Latar Belakang Top Employers Institute 

Top Employers Institute ialah pihak berwibawa bertaraf global dalam mengiktiraf kecemerlangan terhadap Amalan Kakitangan. Kami membantu mempercepatkan amalan ini bagi memperkayakan dunia pekerjaan. Melalui Program Pensijilan Top Employers Institute, syarikat-syarikat yang mengambil bahagian boleh disahkan, diperakui dan diiktiraf sebagai majikan pilihan. Ditubuhkan lebih 30 tahun yang lalu, Top Employers Institute telah memperakui 2,052 organisasi di 121 negara/wilayah. Majikan-majikan Terbaik yang diperakui ini memberi kesan yang positif terhadap kehidupan lebih 9.5 juta pekerja di seluruh dunia.

Top Employers Institute. Demi dunia pekerjaan yang lebih baik. 

MLR Code: MPR-MY-100165

 

Source: Boehringer Ingelheim
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research