omniture

CATL dan UL Solutions Berganding Bahu Majukan Keselamatan dan Prestasi Bateri

Contemporary Amperex Technology Co., Limited
2023-01-19 02:35 124
  • Makmal CATL memulakan inisiatif untuk mencapai status Program Data Ujian Saksi UL Solutions (UL Solutions Witness Test Data Program) untuk UL 9540A, membolehkan syarikat menawarkan ujian sistem storan tenaga bateri komprehensif.
  • Kolaborasi baharu memberi persiapan untuk membantu mewujudkan pelaksanaan yang lebih selamat dan meluas bagi sumber tenaga boleh baharu, emisi-sifar yang penting.

NINGDE, China, 19 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Pada 17 Januari, Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL), peneraju global bagi teknologi inovatif tenaga baharu, dan UL Solutions, peneraju global bagi sains keselamatan gunaan, mengumumkan satu MOU untuk kerjasama strategik bagi membantu mewujudkan pelaksanaan yang lebih selamat dan penggunaan sistem storan tenaga bateri (BESS) dan bateri kenderaan elektrik (EV).

Sebahagian bahagian yang penting daripada perjanjian ini, makmal bateri CATL akan memulakan proses untuk mencapai status program data ujian saksi (WTDP) UL Solutions untuk menguji UL 9540A, Piawaian untuk Kaedah Ujian bagi Menilai Penyebaran Kebakaran Luar Kawalan Terma dalam Sistem Storan Tenaga Bateri. Setelah mencapai designasi WTDP oleh UL Solutions, CATL akan layak menjalankan ujian WTDP di kemudahan ujiannya di bawah pengawasan kakitangan UL Solutions, seterusnya meningkatkan kecekapan dan memendekkan masa ke pasaran untuk pensijilan dan pengujian produk bateri.

Sebagai syarikat pertama di China yang melancarkan inisiatif WTDP UL Solutions untuk UL 9540A, CATL mempunyai keupayaan pengujian dan penentusahan terpelbagai dan telahpun diberi kelayakan oleh UL Solutions melalui designasi WTDP untuk menguji mengikut UL1973, Piawaian Bateri untuk Digunakan dalam Aplikasi Kuasa Bantu Pegun dan Motif, UL 9540, Piawaian untuk Sistem Storan Tenaga dan Peralatan serta UL 2580, Piawaian Bateri untuk Digunakan dalam Kenderaan Elektrik.

EnerOne, sistem bateri penyejukan cecair luar unggulan CATL dan EnerC, sistem bateri penyejukan cecair bekas CATL, telah menerima versi terkini laporan ujian UL 9540A, lalu menjadikan CATL sebagai syarikat pertama di China yang menerima laporan ujian seperti itu bagi tahap sel, modul, unit dan pemasangan oleh UL Solutions.

Kedua-dua pihak akan turut memanfaatkan kepakaran mereka bagi menjalin kerjasama yang mendalam bagi meneroka selanjutnya keselamatan bateri ion-litium dan menawarkan pandangan terhadap membangunkan piawaian bateri BESS dan EV. Kedua-dua syarikat ini akan turut berkolaborasi bagi meninjau pengurangan jejak karbon dan usaha kemampanan yang lain.

"Teknologi storan bateri penting untuk mempercepatkan peralihan daripada bahan api fosil dengan tenaga boleh baharu dan akan memainkan peranan yang semakin penting bagi membantu memerangi perubahan iklim dan emisi karbon," kata Weifang Zhou, naib presiden eksekutif dan presiden bagi Pengujian, Pemeriksaan dan Pensijilan di UL Solutions. "Kami teruja dengan kolaborasi kami bersama CATL dan bagaimana kami berganding bahu untuk memajukan sistem storan tenaga bateri dan aplikasi bateri EV serta potensi keselamatan dan prestasinya."

"Dengan bekerjasama bersama UL Solutions, kami berharap dapat meningkatkan nilai saintifik dan kesepaduan pengujian keselamatan sistem storan tenaga, seterusnya meningkatkan lagi keupayaan pengujian dan pengesahan kami yang komprehensif untuk sistem storan tenaga," kata LiBin Tan, naib presiden CATL. "Kami akan terus memanfaatkan teknologi bateri termaju kami untuk mempermudah pelaksanaan yang selamat dan penggunaan sistem storan tenaga, seterusnya mempercepatkan peralihan tenaga global dan mencipta masa depan yang cerah dan lebih baik untuk semua."

 

 

 

Source: Contemporary Amperex Technology Co., Limited
Related Stocks:
Shenzhen:300750
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities