omniture

Huawei Cloud Menjadi Finalis Franz Edelman Award

HUAWEI CLOUD
2023-01-19 10:03 53

SHENZHEN, China, 19 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Pada 17 Januari 2023, enam finalis bagi Pertandingan Franz Edelman diumumkan. Antaranya ialah Huawei Cloud, yang menonjol daripada pertandingan tersebut menerusi teknologi penjadualan sumber awan perintis dan prestasi pasaran yang cemerlang. Franz Edelman Award disampaikan setiap tahun oleh Institute for Operations Research and the Management Sciences (INFORMS) bagi mengiktiraf pencapaian dalam sains pengurusan. Huawei Cloud ialah syarikat pengkomputeran awan pertama yang disenarai pendek untuk teknologi penjadualan sejak 50 tahun yang lalu.


Bagaimana caranya untuk memaksimumkan penggunaan sumber awan tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan tetap menjadi isu yang kritikal namun mencabar untuk industri awan. Teknologi penjadualan sumber awan Huawei Cloud yang terkemuka dalam industri ini menyediakan penyelesaian yang meningkatkan penggunaan sumber rangkaian media sebanyak lebih 30% menerusi algoritma inovatifnya. Kualiti perkhidmatan (QoS) yang lebih baik diterjemahkan kepada pertumbuhan perniagaan penstriman langsung sebanyak sepuluh kali ganda sejak dua tahun yang lalu.

Para saintis terkemuka dan algoritma inovatif bagi menyelesaikan masalah industri

Huawei Cloud menugaskan 39 saintis daripada 16 pusat penyelidikan dari dalam mahupun luar China untuk menjalankan kajian tentang penjadualan sumber awan. Yuan Xiaoming, Ketua Saintis daripada Huawei Cloud Algorithm Innovation Lab, berkolaborasi dengan pakar-pakar dalam bidang penstriman langsung untuk berusaha memaksimumkan penggunaan sumber dan menjamin kualiti perkhidmatan di bawah pengebilan oleh lebar jalur persentil ke-95. Para saintis membangunkan algoritma masing-masing untuk masalah luar talian dan dalam talian. Semasa proses penyelesaian masalah, mereka menghadapi dua kesukaran:

Pertama, ekoran fungsi kos tidak cembung dan tidak licin dalam model matematik, meminimumkan kos di bawah pengebilan oleh lebar jalur persentil ke-95 adalah NP-sukar (NP-hard). Kedua, Huawei Cloud Live melibatkan lebih daripada 2,800 nod pinggir. Ini bererti terdapat 120 bilion pemboleh ubah binari dan berterusan dalam model-model matematik yang sepadan.

Di samping itu, ia sukar untuk membangunkan algoritma yang berupaya untuk menyediakan skema penjadualan yang tepat dalam beberapa milisaat dalam senario penjadualan rangkaian media dunia sebenar.

Untuk menggambarkan masalah ini dengan tepat, pakar-pakar membina siri model pengaturcaraan materimatik yang menyediakan paradigma untuk kajian yang selanjutnya. Pakar-pakar turut menjalankan analisis mendalam terhadap struktur dan ciri-ciri matematik pada model-model. Ia membahagikan masalah kepada submasalah, yang melaluinya algoritma yang menggabungkan penyelesaian masalah yang mudah dan pelaksanaan dengan kecekapan dan kestabilan yang tinggi dibangunkan. Keputusan eksperimen berangka menunjukkan bahawa algoritma ini meningkatkan penggunaan rangkaian media sebanyak lebih daripada 30% dan turut menyediakan penunjuk QoS yang lebih baik seperti kadar kejayaan tarik aliran yang lebih tinggi, pembekuan bingkai yang lebih singkat dalam 100 saat dan sedikit masa diperlukan sebelum memainkan bingkai pertama.

Huawei Cloud turut memacu banyak aspek penjadualan yang lain ke paras tinggi yang baharu seperti melalui algoritma MKSP laluan paling singkat yang utama dalam industri dan kolaborasinya dengan Huawei Backbone Network (ciri unik dalam industri) dan perkhidmatan awan termaju. Kajian berkaitan penjadualan telah menghasilkan 30 paten dan 6 kertas kajian.

Sistem penjadualan rangkaian media Huawei Cloud mendorong pertumbuhan penstriman langsung

Sistem penjadualan rangkaian media Huawei Cloud, yang menyelesaikan isu-isu yang telah lama melanda industri ini, telah diguna pakai oleh platform penstriman langsung terkemuka China seperti Douyu dan Huya. Huawei Cloud membangunkan model trafik rangkaian dan skema penjadualan yang dapat menampung turun naik pasaran, bagi memastikan penstriman langsung acara-acara penting yang lancar. Dengan Huawei Cloud, lebih daripada 60 acara sukan antarabangsa berjaya disiarkan secara langsung. Penyelesaian penstriman langsung Huawei Cloud menampilkan QoS yang utama dalam industri, termasuk 100% kadar kejayaan tarik aliran dan kependaman hujung-ke-hujung selama 2 hingga 3 saat, kependaman kurang daripada 800 milisaat oleh Low Latency Live dan video secara langsung memulakan main balik dalam beberapa saat tanpa pembekuan bingkai. Kuantiti sumber media yang disediakan oleh Huawei Cloud untuk platform-platform penstriman langsung utama di China meningkat 10 kali ganda sejak dua tahun lalu.

Berpegang kepada strategi Semua Benda sebagai satu Perkhidmatan, Huawei Cloud akan memanfaatkan teknologi penjadualan termajunya untuk mencipta lebih nilai untuk industri-industri seperti tenaga, pengangkutan, logistik dan runcit.

Source: HUAWEI CLOUD
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Awards